Dah lepas SPM nie, cik miela nak cerite sedikit pengalaman semasa menduduki peperiksaan paling penting dalam hidup iaitu SPM. Overall boleh tahan, kita dapat menjawab dengan tenang. Hasil usaha dua tahun akan terjawab pada bulan 3. Dengar-dengar result SPM keluar 23.3.2011. Ala lambatnya, ingat awal bulan. Memang cik miela akan ingat sampai bila-bila tarikh cik miela ambil SPM iaitu 14.11.2011. Sebab apa, sebab hari tu hari jadi cik miela. Mestilah ingat kan?.

Bermula dengan subjek Bm dan berakhir dengan Biologi. Masa spm takder teritinggal slip atau IC tapi suka tertinggal kalkulator dalam beg pastu kene keluar balik kat dewan nak ambil balik kalkulator kalau tak habis result SPM nanti. Kalau exam SPM mestilah ada pengawas peperiksaan. Pengawas ok-ok lah, tapi paling best ketua pengawas peperiksaan suka buat lawak. Itu membuat cik miela seronok menduduki peperiksaan SPM. Teringat lawak dia, bila last paper iaitu biology paper 3. Time tu lagi 10 minit nak habis tapi dia cakap "masa menjawab ada 2 jam" apalagi semua gelak lah, orang sebenarnya excited nak habis exam. Ketua pengawas sempat juga, bagi ucapan kat kami sedikit before keluar dewan.

Sebut pasal paper exam. Memang menakut kan. Takde menakutkan sangat pun,hihi. Kebanyakan soalan cik miela spot sendiri masuk, alhamdulilah. Semuanya disebabkan cik miela buat latihan soalan trial SPM last-last minit. Boleh dikatakan banyak soalan trial negeri-negeri masuk, tapi tak sampai sebijik sangat. So, untuk yang belum ambil SPM, cik miela sarankan buat latihan soalan trial SPM dari negeri lain. Cik Miela percaya kalau korang dah mahir soalan trial tu, pasti A+ dalam tangan. Berikut komen cik miela mengenai sub jek cik miela duduki time SPM:


Bahasa melayu- komsas punyalah penat pikir,terutamanya maksud rangkap,huhu

Bi- tak tahu nak komen apa, biasa jer.

Sejarah- haha nie subjek favourite cik miela, subjek ni cik miela target A. Tapi dok tengah risau, boleh ke tak dapat A. Sebab rugi pulak tak jawab soalan 7 soalan semuanya pasal KBKK, tak cukup masa nak jawab soalan lebih daripada 3. Cik Miela jawab soalan 6 pasal getah, kebetulan cik miela baca yang tu jadi malas nak jawab soalan KBKK sebab kena fikir lama sedikit.

Matematik-hampir semua negeri target graf soalan 1 paper 2, tapi alih-alih set juga masuk. Tapi masih boleh jawab. Kalau tengok soalan mate nampak susah tahun nie, tapi kalau diteliti sebenarnya senang je.

Pendidikan Islam-paper 1 memang senang sangat. paper 2 cik miela lemah sedikit. Tak boleh nak agak boleh dapat A ke tak.

Add math- subjek nie menyebabkan ramai orang nak keluar dewan awal, tapi cik miela taklah sebab add math cukup-cukup masa cik miela jawab terutamanya paper 2. Soalan add math tahun nie, memang baik lah sebab paper 2 keluar logarthim memang makanan lar. Tapi soalan lain tak tahu nak kata apa. Harap subjek nie dapat kredit ke atas la.

Fizik- Paper 3 kat design experiment mujur cik miela target masuk. Pastu radioaktif tu pulak masuk, memang suka la jawab.

Kimia-ayoo, mampu geleng kepala ja jawab, banyak-banyak subjek kimia la kebanyakan target tak masuk.sedih :(

Biologi-sebab pergi kelas tambahan 2 hari sebelum jawab bio, mujur boleh jawab soalan esei. Thanks you cikgu.


apa-apa pun Spm sudah lepas bro. Sekarang masa itu gua cuti panjang..haha

0 Comments