Nur Fatihah berjalan menuju ke kelasnya setelah selesai menjalankan tugas menahan pelajar-pelajar sekolah yang datang lewat. Sudah menjadi kebiasaanya setiap hari melayan karenah pelajar yang tidak pandai menepati masa untuk datang ke sekolah. Macam-macam alasan diberikan oleh pelajar, namun kerana tugas dia perlu mencatat nama pelajar-pelajar tersebut didalam buka nota kecil untuk diberikan kepada Cikgu Sabariah. Sesampainya di kelas 4 Sains Tulen, suasananya kelas agak riuh sedikit. Ini kerana kawannya, Julia sedang riuh menceritakan gosip terbaru. Rata-rata pelajar perempuan di kelas tersebut agak tertarik mendengar cerita yang disampaikan oleh Julia.


“Eh Julia, apa gosip terbaru hari ini?. Sampaikan semua budak perempuan kelas ini beria-ria mendengarnya”tanya Fatihah apabila berada di sebelah Julia. Fatihah yang agak hairan dengan sikap pelajar perempuan di kelasnya pada hari ini. Selalunya mereka semua mesti sedang sibuk menbaca buku sementara guru belum masuk ke kelas.


"Fatihah, kau tak tahu ke hari ini ada tiga cikgu baru dari UPSI datang berpraktikal disini?"”soal Julia bersungguh-sungguh


“Yelah, itu aku tahulah. Apa menariknya?. Bukannya Farid Kamil datang ke sekolah ni”jawab Fatihah. Makin hairan dibuatnya. Baginya kehadiran guru praktikal tidak lansung menarik perhatiannya.


“Memang bukan Farid Kamil datang ke sekolah ini,tetapi artis korea jauh dari hebat dari Farid Kamil tu datang. Kau tahu tak, salah sorang daripada 3 guru praktikal UPSI adalah lelaki. Tadi aku terserempak cikgu-cikgu praktikal di pejabat sekolah. Cikgu lelaki itu memang ada iras-iras artis korea, dan kalau kau orang nampak cikgu tu memang handsome sampai artis Malaysia pun kalah dengan dia. Yang menarik lagi, cikgu lelaki itu akan ganti Cikgu Fazirah dan akan mengajar subjek Fizik di kelas kita nanti.”panjang lebar cerita Julia sampai ada beberapa pelajar perempuan yang lain menjerit sedikit.


“Huk alah, setakat lelaki mata sepet tak payahlah kau cerita. Aku tak berminat”. Fatihah agak pelik dengan fenomena k-pop yang melanda di dalam kelasnya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan semua terkena penangannya. Cuma Fatihah sahaja hanya buta k-pop. Apabila melihat kelibat Cikgu Maria semua pelajar pulang ke tempat duduk masing-masing. Maka pembelajaran subjek Matematik dimulakan pada pagi itu.


***


“Hari ini, aku tak sabar nak masuk kelas Fizik nanti. Mesti seronok. Mesti markah Fizik kita makin naik disebabkan penangan cikgu tu kan?. Haha” tutur Farah. Sementara menunggu helaian buku teksnya diphotokopi oleh mesin photostat di koperasi sekolah.


“Hmm, mana-mana cikgu di dunia ini mengajar aku Fizik. Markah Fizik aku tetap D jugak”jawab Fatihah. Fatihah memang dari awal tahun lagi dia tidak lansung berminat dengan subjek Fizik. Hanya dia sahaja lemah dalam subjek tersebut berbanding rakan sekelasnya yang lain. Puas Cikgu Fazirah mengajarnya, tetapi tetap sama.


“Janganlah kata begitu. Mungkin cikgu baru itu boleh mengubah kau dalam subjek Fizik. Mana tahu kan?” tegur Farah. Selesai urusan di koperasi, mereka berdua cepat-cepat menuju ke kelas kerana sudah terlewat 10 minit selepas waktu rehat. Tanpa diduga muncul lelaki muka iras-iras artis korea telah terpacak dimuka pintu kelas.


“Kenapa kamu berdua lambat?. Kamu berdua sudah lewat 10 minit. Sekarang dah masuk waktu mengajar saya. ” Tegur lelaki itu dengan muka agak serius sedikit.


“Maafkan kami cikgu, kami berdua tadi ada urusan di koperasi.”jawab Fatihah dengan rasa bersalah. Dia sepatutnya sebagai pengawas mesti berdisipilin mematuhi peraturan sekolah. Cuma hari ini dia tidak sengaja.


“Baiklah, sebelum kamu berdua pulang ke tempat duduk kamu berdua perlu menjawab soalan berkaitan Fizik yang saya akan tanyakan dahulu”. Ucap cikgu tersebut. Dia segera menanyakan soalan berkaitan Fizik kepada Farah dan Fatihah. Malangnya nasib tidak menyebelahi Fatihah. Fatihah gagal menjawab soalan yang ditanyakan sementara Farah berjaya menjawab dengan mudahnya. Hampir 2 minit Fatihah menbisu memikirkan jawapan untuk soalan berkaitan prinsip bernouli. Akhirnya Fatihah hanya menberi jawapan tidak tahu kepada cikgu itu.


“Laa, prinsip bernouli tak tahu ke?. Tak apalah hari ini saya bagi awak duduk. Nanti jika waktu seterusnya kalau saya tanya soalan dan tak boleh jawab, nanti saya akan denda sesiapa yang pelajar di kelas ini gagal menjawabnya. Sekarang kembali ke tempat awak.” Kata cikgu itu sebelum memulakan pembelajaran Fizik. Fatihah segera mengucapkan terima kasih sebelum kembali ke tempat duduk. Fatihah begitu lega setelah mendengar kata yang diucapakan oleh cikgu fizik baru itu.


“Biar saya meperkenalkan diri dahulu. Nama saya Muhammad Shahrin Bin Afzal. Saya sekarang sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya akan berpraktikal sebagai guru Fizik di dalam kelas ini selama tiga bulan. Saya harap kamu semua dapat menberi kerjasama yang baik semasa saya mengajar disini. Ada beberapa soalan lagi hendak ditanyakan?”Cikgu Shahrin mula memperkenalkan dirinya di dalam kelas 4 Sains Tulen.


“Cikgu tinggal dimana?. Umur berapa?. Mengapa cikgu mengajar Fizik?” tanya Julia yang agak jelojoh sedikit ketika bertanya.


“Cikgu tinggal di Taman Serai Wangi, iaitu rumah ibu saya. Umur saya 23 tahun. Sebab saya mengajar Fizik ialah bagi saya Fizik itu sesuatu yang mudah dan meceritakan sesuatu yang berlaku disekeliling kita dengan logik.”tutur cikgu Shahrin dengan tenang.


“Macam manalah subjek Fizik cikgu kata senang. Aku lagilah pening”jawab Fatihah di dalam hati. Maka pembelajaran Fizik dimulakan. Bagi Fatihah menunggu masa pembelajaran itu tamat bagaikan setahun menunggu jika dibandingkan dengan subjek lain. Mahu atau tidak dia harus mengikuti pembelajaran cikgu baru itu.


***


Tepat pukul 1.05 petang, bunyi loceng mula kedengaran menadakan tamatnya waktu persekolahan pada hari ini. Semua pelajar tidak sabar untuk pulang ke rumah setelah penat menutut ilmu dari pukul 7.30 pagi tadi. Lain pula Fatihah, hari ini dia harus pulang lewat kerana perlu menghadiri kelas tahanan yang menyeksakan otaknya. Fatihah harus menghadiri kelas tahanan Fizik setelah acap kali gagal menjawab soalan yang diajukan oleh Cikgu Shahrin dalam beberapa minggu lepas. Tambahan pula, Fatihah merupakan pelajar sangat lemah dalam subjek Fizik. Atas cadangan Cikgu Fazirah, Cikgu Shahrin mengadakan kelas tambahan Fizik khas untuk Fatihah pada hari Rabu dan Khamis. Hari ini adalah hari pertama Fatihah menghadiri kelas tersebut. Setelah tamat waktu sesi persekolahan tanpa menbuang masa Fatihah terus ke bilik guru seperti yang dijanjikan. Tanpa perlu menunggu, Cikgu Shahrin sudah berada di depan mata. Cikgu Shahrin menyuruh Fatihah duduk di kerusi berdekatan mejanya semetara Cikgu Shahrin sibuk mencari sesuatu di laci mejanya.


"Ambil kertas saya bagi ini kemudian tulis sepuluh sebab kenapa awak sangat lemah dengan subjek Fizik." Cikgu Shahrin mula menberi arahan setelah menjumpai sehelai kertas untuk diberikan kepada Fatihah.


“Banyaknya cikgu, saya sendiri pun tidak tahu apa kelemahan saya. Inikan pula dengan 10 sebab”kata Fatihah seakan-akan bunyi merungut dengan arahan yang diberikan.


“Saya tak kira, selagi awak tidak siapkan tugas saya berikan selagi itu awak lambat balik ke rumah. Lagipun saya kena tahu kelemahan awak sebelum saya perlu menberi tunjuk ajar awak dengan lebih dalam lagi” balas Cikgu Shahrin sambil merenung wajah Fatihah.


“Baiklah cikgu. Lebih 10 sebab pun saya boleh bagi.” Jawab Fatihah setelah berasa tidak selesa diperhatikan oleh cikgu itu. Fatihah tidak sanggup diperhatikan terus mencapai pen dan menulis apa diperintahkan oleh Cikgu Shahrin. Sambil menulis, Fatihah terfikir dengan keaadaan kawan-kawannya. Sudah tentu mereka sedang enak memakan makanan tengah hari di rumah. Sedangkan dia masih berada disekolah kerana kelas tahanan yang menyeksakan. Walaupun dia sekarang bersama cikgu praktikal yang menpunya rupa iras-iras artis korea yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan, Fatihah tidak sedikit pun bangga. Tetapi mungkin Cikgu Shahrin mampu mengubah markah Fiziknya dengan cara tersendiri seperti dikatakan oleh Farah. Selesai menulis Fatihah menyerahkan kertas tersebut kepada Cikgu Shahrin


“Nampaknya awak agak lemah dari konsep dan teori Fizik. Selain itu, chapter one pun awak belum kuasai sebelum sepenuhnya. Kalau begitu saya akan mengajar chapter one dahulu sebelum kita pelajari tajuk lain dahulu” kata Cikgu Shahrin sambil memerhati kertas yang diberikan oleh Fatihah.


“Alah,cikgu kata selepas tulis 10 sebab, saya dah boleh balik kan?. Sekarang dah pukul dua cikgu, bila saya nak balik?.”ujar Fatihah. Tadi dia bersungguh-sungguh menulis 10 sebab kerana mahu pulang ke rumah dengan cepat.


“Saya ajar sedikit sahaja untuk hari ini. Nanti sebulum pukul 3 petang, awak dah boleh balik. Lagipun bulan depan awak ada ujian pertengahan tahun, kelas ini penting untuk awak untuk ujian nanti”kata Cikgu Shahrin. Akhirnya Fatihah terpaksa akur dengan kehendak cikgu itu. Ya, mungkin dengan kelas tahanan ini akan mengubah padangan terhadap Fizik dikatakan susah untuk mempelajarinya.


***


Hari ini Julia, Farah dan Fatihah sepakat untuk berpuasa pada hari khamis kerana hari khamis merupakan hari sunat untuk berpuasa. Tambahan pula, Julia beria-ria untuk berpuasa untuk menurunkan berat badannya yang dikatakan naik satu kilogram. Farah dan Fatihah setuju kerana dengan berpuasa mereka pasti akan ganjaranNya di akhirat. Ketika waktu rehat mereka hanya duduk di hujung kantin untuk beristirehat sebentar.


"Aku kagum dengan kau, Fatihah sebab akhirnya kau dapat mengatasi kelamahan kau dalam subjek Fizik dan mendapat keputusan ujian yang jauh lebih bagus dari dulu. Ini mesti sebab berkat tunjuk ajar cikgu Fizik kita.”kata Farah dengan rasa kagum.


“Yelah Farah, cikgu handsome sekolah kita itukan telah mengubah Fatihah. Sekarang aku lihat Fatihah dah sehati sejiwa dengan subjek Fizik yang dulunya dia benci”sampuk Julia.


"Julia, perubahan aku ini bukan sebab ketampanan cikgu itu, tetapi cara cikgu itu mengajar walaupun kadang kala agak tegas sendikit sehingga kena menghadiri kelas tahanan tiap-tiap minggu.”balas Fatihah.


“Baiklah Cik Fatihah, kau berubah disebabkan cara mengajar cikgu Shahrin kan. Tapi kan sekarang ramai orang sibuk bercerita pasal kau dengan cikgu Shahrin. Kau dengan cikgu ada apa-apa kah?”tanya Julia.


“Aku memang tiada apa-apa hubungan yang special macam kau orang katakan. Sekadar hubungan murid dengan cikgu. Salah ke?”balas Fatihah. Fatihah agak terkejut dengan kenyataan Julia.


“Tak salah tetapi ramai budak perempuan sekolah ini makan hati dengan kau sebab kau berdua nampak rapat. Lagi-lagi bila kau jatuh pengsan dekat padang, cikgu Shahrin jugalah datang membantu. Cikgu Shahrin macam ada hati kat kau je.”kini Farah juga menyiakan kata Julia. Pada minggu lepas Fatihah pengsan di padang ketika waktu pendidikan jasmani kerana Fatihah tidak sempat bersarapan pagi. Kebetulan Cikgu Shahrin berada di situ terus menberi bantuan yang sepatutnya kepada Fatihah.


“Biasalah, kalau ada murid jatuh pengsan mestilah cikgu datang menbantu. Lagipun cikgu Shahrin sementara saja mengajar di sini. Nanti lagi 2 minggu, cikgu Shahrin pulang semula ke UPSI”tutur Fatihah dengan yakin. Tanpa mendengar cerita dari Farah dan Julia, Fatihah juga tahu. Tidak dinafikan dengan kata-kata mereka berdua tadi ada ada benarnya, tetapi bagi Fatihah ia bersifat sementara kerana cikgu itu pasti akan pergi dari sekolah ini.


“Betul juga cakap Fatihah, mungkin sementara sahaja perkara itu berlaku. Tetapi kalau betul apa salahnya. Kami berdua turut tumpang gembira dapat makan nasi minyak dari kau.”usik Julia


“Sudahlah, tak baiklah kau orang berdua mereka-reka cerita bukan-bukan. Hari ini kita berpuasa kurang pula pahala nanti”Fatihah cuba menepis usikan Julia. Bunyi loceng sudah pun berbunyi. Mereka perlu segera masuk sebelum di denda oleh cikgu Shahrin kerana lewat. Sejak cikgu Shahrin mengajar di sini tiada siapa warga kelas 4 Sains Tulen berani masuk lewat ke kelas. Betapa kuatnya pengaruh cikgu itu kepada 4 Sains Tulen.


***


Fatihah termenung memikirkan kata Farah dan Julia. Kadang kala layanan yang diberikan oleh Cikgu Shahrin agak lebih mesra dibandingkan dengan pelajar lain. Apa keistimewaan dia ada sehinggakan dilayan sebigitu rupa. Tidak mungkin cikgu praktikal itu mempunyai perasaan terhadapnya dengan hanya 7 tahun beza umur dengannya. Tetapi zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Zaman muasir ini perbezaan umur tidak menjadi penghalang untuk dua insan bersatu. Betapa kusutnya fikirannya memikir tentang cikgu Shahrin. Lamunan Fatihah terhenti seketika apabila ibunya memanggil namanya.


“Fatihah, ada orang datang. Cikgu Shahrin datang nak berjumpa tu”panggil Fatimah memanggil anaknya. Fatimah menjemput cikgu Shahrin dan Puan Hanum masuk ke rumah dengan senang hati.


“Sebentar lagi anak saya datang la tu.Cikgu dan ibu cikgu hendak minum apa?”tanya Fatimah


“ Apa-apa pun tak apa. Kami berdua ni ada hajat sebenarnya”balas Shahrin. Fatimah tanpa membuang masa terus ke dapur menbuat air. Tetamu harus dilayan dengan layanan isitimewa seperti mana agama Islam menetapkan barang siapa beriman kepada Allah, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Itulah prinsip Fatimah. Sementara itu, dalam keadaan ragu Fatihah akhirnya datang ke ruang tamu di mana Cikgu Shahrin dan bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya. Mungkin ibu cikgu Shahrin kali.


“Maaf cikgu saya lambat tadi. Ada apa ya cikgu datang ke rumah saya?”tanya Fatihah


“Perkenalkan yang sebelah saya ini ibu saya, Puan Hanum. Saya dan ibu saya sebenarnya ada hajat. Tetapi biarlah ibu awak ada sekali. Senang kami hendak berbincang” ujar Cikgu Shahrin. Fatihah terus bersalaman dengan insan yang dikenali sebagai ibu kepada cikgu Shahrin. Puan Hanum terus memeluk Fatihah. Fatihah berasa pelik memikirkan apa sebenarnya hajat cikgu shahrin itu. Di tambah pula dengan pelukan ibu cikgu Shahrin dengan penuh rasa sayang. Akhirnya Puan Fatimah datang ke ruang tamu sambil membawa minuman untuk tetamunya.


“Ini air tehnya, Maaf cikgu air ini saja mampu saya bagi. Tadi, cikgu kata ada hajat. Hajat apa sebenarnya”tanya Fatimah setelah duduk disebelah Fatihah.


“Sebenarnya saya hendak melamar anak makcik untuk…………………………….”


Fatihah bukan main terkejut mendengar perkataan melamar. Tidak mungkin cikgu itu hendak melamarnya sebagai isteri. Adakah ini mimpi?.


“Untuk dijadikan sebagai adik angkat saya”kata Cikgu Shahrin sudah menbuat Fatihah lega. Rupa-rupa cikgu Shahrin berhajat untuk menjadikan Fatihah sebagai adik angkat. Tetapi kenapa?.


"Sebenarnya anak saya menberitahu kepada saya bahawa ada pelajar di sekolah anak saya mengajar ada pelajar iras muka anak saya yang kedua.Ternyata orang itu adalah Fatihah. Sebenarnya anak kedua saya, Madihah telah meninggal dunia 7 tahun lepas akibat lemas. Jadi kami berdua sepakat untuk menjadikan Fatihah sebagai anak angkat saya merangkap adik angkat kepada Shahrin. Saya harap puan dan anak puan dapat merima permintaan saya ini.” Ujar Puan Hanum sambil mengharap. Ternyata dari sinar matanya terpacar keikhlasan untuk menjadikan Fatihah sebagai anak angkat. Sememangnya wajah Fatihah tidak ubah seperti Madihah.


“Oh begitu. Saya tak kisah kalau Fatihah ini nak dijadikan keluarga angkat. Lagipun Fatihah ini anak tunggal. Tiada adik beradik. Saya dan Fatihah dengan senang hati menerima permintaan puan”ucap Fatimah dengan senang hati.


“Jadi, Fatihah awak kena panggil saya abang tau. Tetapi disekolah tetap panggil saya cikgu. Jangan berasa segan dengan saya sebab saya sudah jadi abang angkat awak”kata cikgu Shahrin yang kini sudah menjadi abang angkat.


"Baiklah abang Shahrin"


Kini Fatihah sudah tahu kenapa Cikgu Shahrin begitu mesra denganya sebelum ini. Rupa-rupa wajahnya seiras dengan arwah adiknya. Hati abang mana tidak tersetuh takkala melihat orang mempunyai wajah seperti arwah adiknya sendiri. Kini Fatihah tidak perlu bimbang lagi dengan cerita mengenai dia dengan cikgu Shahrin lagi. Fatihah sangat bersyukur menpunyai abang seperti Cikgu Shahrin yang sentiasa mengambil berat terhadapnya. Inilah kasih sayang seorang abang walaupun tidak mempunyai darah daging yang sama.





Amaran: Anda dilarang mencopy cerpen ini dan cetak tanpa kebenaran tuan blog sendiri

0 Comments