Cerita sekolahku: Info mengenai SMK SRI KURAU
"Tak pernah dengan pun?". Mungkin sesetengah orang pun tak tahu wujud ke SMK SRI KURAU. Memang wujud la, sekolah kebanggaan cik miela wei!. Biar cik miela cerita serba sedikit tentang sekolah ni.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau atau nama ringkasnya SMK Sri Kurau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Siakap.Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau telah ditubuhkan pada 1hb, Januari 1965 oleh Kementerian Pelajaran untuk memenuhi polisi Kerajaan bagi menyediakan pendidikan menengah untuk semua kanak-kanak terutama sekali yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau memiliki 656 pelajar lelaki dan 634 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. SMKSK mempunyai seramai 106 orang guru.
Itu adalah bilangan pelajar tahun lepas di mana tahun akhir cik miela berlajar di situ. Nama asal sekolah tu dulu Sekolah Menengah Rendah Batu Tiga. Jom tengok gambar sekolah cik miela dulu.
Yang ini pula lencana sekolah. Smart tak?. Motonya ialah "BERUSAHA BERJAYA".
Dah tahu kan?. Semua orang pasti akan merindukan zaman persekolahan. So kepada yang masih bersekolah tu, hargailah masa belajar anda di sekolah kerana kenangan itu akan dikenang seumur hidup. I ♥ SMK SRI KURAU :) .
2 Comments
hehe same je :) susah ohh nak lupakan zaman sekolah :D
ReplyDeleteitulah zaman paling sweet <3 katakan
ReplyDelete