Good morning readers, have a nice day k?. Tangan Cik Miela dah gatal nak update blog, padahal berjam-jam nak fikir entri apa nak update, sejak lepas SPM nie cik miela jadi blur sedikit nak update story sebab hanya pengalaman kat sekolah macam-macam idea nak cerita. Oklah staraight to the point, sejak lepas SPM ni kan, kebanyakan orang selalu tanya soalan lebih kurang sama je kat Cik Miela, nak tahu apa soalanya?.

1. "Kau kerja apa sekarang?"

Itulah soalan orang selalu ditanya especially kawan-kawan cik miela. Tahulah yang tanya tu ada kerja bagus gaji bagus yang cik miela tak kerja eh silap kerja menulis blog perkerjaan jugak,hihi. Bila hujung bulan ada gaji mesti beli macam, ah jelousnya. Tak pe cik miela oi tak kerja pun tak pe, asalkan jangan buat kerja haram sudah.

2. "Tengah buat apa sekarang?"

Hmm soalan kedua nie macam lebih kurang soalan 1, tapi yang soalan dua kurang sakit hati mendengarnya, soalan lebih terbuka daripada soalan 1 yang lebih spesifik. Golongan yang selalu bertanya kawan, keluarga dan guru. Jawapannya tetap sama "Saya sekarang duduk rumah je tak de buat apa-apa. Tunggu result SPM".

3. " Adik ni lepasan SPM ke?"

Soalan nie salalu ditanya oleh perkerja kedai, supermarket dan sewaktu denganya. Cik Miela tau kenapa mereka nie tanya, sebab mesti kena ramah dengan customer. Lagi 1 mesti la dia orang rasa pelik budak sekolah pergi ke kedai dia pada hari sekolah, padahal bukan budak sekolah pun. But ada sesetengah yang tanya tu terkejut sikit, sebab dia orang ingat cik miela budak form 3, aduhai cik miela dah umur 18 tahun. Mungkin aura budak sekolah masih terpacar di muka?.

4. "Result dapat berapa A?"

Ni soalan cepumas, soalan ni akan ditanya selepas slip keputusan sudah berada digengaman. Yang tanya pulak tanya berapa A, cubalah tanya berapa B ke berapa C ke,hahaha. Kalau result teruk tersipu-sipu nak jawab,kalau result bagus dengan bangga nak jawab tu. Lebih bagus kalau orang tu tanya "Result dapat berapa kredit". Yelah buka semua yang kita tanya tu dapat result bagus kan?


P/S: Tak sekolah pun kena tanya juga. Mungkin yang tanya tanda mengambil berat

0 Comments