Sudah 3 hari 3 malam aku menangis kerana keputusan Abah untuk menghantarku ke sini. Puas ku pujuk, Abah tetap dengan pendiriannya meskipun Mama juga turut memujuk agar aku tidak “di usir” dari banglo mewah. Menghantarku ke kawasan jauh dari bandar metropolitan, menbuat dadaku sesak. Mana tidaknya, aku terpaksa tinggal dengan nenekku di kampung yang sememangnya dari dulu aku tidak pernah akrab dengan nenek sendiri di tambah pula segala kesenanganku di tarik balik. Segala aktivitiku yang aku gemari seperti membeli belah, menonton wayang dan bermain boling bersama-sama kawan tidak dapat aku lakukan disini dan tinggallah aku di desa yang jauh dikemewahan.
Hari ini hari pertama aku berada di sekolah ini. Langsung tiada perasaan teruja datang ke sekolah ini.Warna diding-diding bangunan sekolah ini sudah luntur warnannya. Persikitarannya tidak seceria dengan sekolah aku dahulu. Kemudahan prasarana juga kurang. Tiada menariknya di sekolah ini, nama pun sekolah luar bandar.
“Nanti bila Lia sekolah kat sini, Lia dapat kawan baru tau. Mereka semua baik-baik. Kalau ada apa-apa call Mama tau.” Itulah pesan Mama sekadar untuk menenagkan hati aku. Kawan-kawan?. Mana bisa aku mendapat kawan-kawan di sekolah ini. Sesunggunya aku rindu kawan-kawanku di sekolah lama, Mimi, Jess, Fifiy dan Sofea.
Aku sudah tidak tahu menbuat apa di sini. Dari tadi asyik berdiri di koridor bangunan ini. Tadi Cikgu Safiyah memintaku ke kelas 4 Anggerik sendiri kerana Cikgu Safiyah ada hal yang tidak dapat dielakkan. Cikgu Safiyah sudah memberitahuku arah ke kelas baruku, tetapi aku hanya endah tak endah mendengar kata-kata cikgu. Akibatnya, sudah 10 minit aku terpacak disini. Walaupun ada pelajar lalu lalang di sini, aku masih segan untuk bertanya. Itulah malu bertanya sesat jalan.
“Awak budak baru ke?. Kenapa awak masih tercegat disini?. Sekarang kan waktu berlajar.” Tanya seorang pelajar lelaki yang dari tadi aku tidak sedar kehadirannya di sebelahku. Menbuat aku terkejut sehingga terangkat bahuku sedikit.
“Erm, ya saya budak baru. Awak tahu di mana kelas 4 Anggerik?. Saya dari tadi pening mencari di mana kelas 4 Anggerik” Tanyaku. Sudah alang-alang dia menegurku. Lagipun aku sudah tidak tahan terpacak disini, sudahlah panas hampir berpeluh-peluh aku dibuatnya.
“Oh, kelas 4 Anngerik dekat blok sebelah, tingkat dua. Apakata saya tunjukan awak jalan ke kelas 4 Anggerik. Lagipun saya memang hendak ke blok sebelah sebab kelas saya bersebelahan dengan kelas awak. Jom ikut saya” pelawa lelaki itu yang aku belum ketahui namanya.
Aku aku turuti sahaja katanya, demi menuju ke kelas baru aku. Lantas aku ekori langkahnya.
“ Nama saya Zul Husni, panggil saya Husni. Saya dari kelas 3 Teratai. Nama awak apa ye?”
Hendak ku jawab atau tidak pertanyaannya. Kalau diikutkan hati malas untuk menjawab pertanyaan budak kampung ini. Dari tadi lelaki itu asyik memadangku sahaja, rimas dibuatnya
“ Nama saya Syazatul Eylia, panggil saya Lia” jawabku
“Ooo, sedapnya nama awak. Kalau awak perlukan apa-apa awak boleh minta bantuan saya. Maklumlah awak kan pelajar baru. Ha, sekarang dah sampai pun. Inilah kelas 4 Anggerik. Oklah, saya pergi dulu. Semoga awak gembira berlajar di sekolah ini” tutur Husni sebelum dia berlalu pergi.
Nampaknya inilah kelas aku. Macam reban ayam saja aku tengok, ini kelas ke atau reban ayam?.
***
Aku membuka ikatan tali kasut yang tersimpul serta sarung kaki yang tersarung di kakiku. Selesai kasut dan sarung kaki terpisah dari kaki ku, aku meletakannya di tempat rak kasut.
“Lia dah balik ya. Nanti lepas Lia mandi, makan tau. Nenek masak ikan masak lemak. Nanti boleh nenek makan tengah hari dengan cucu nenek” terdegar suara nenek dari dapur sebaik sahaja aku masuk ke rumah.
“Nenek tak payah tunggu Lia. Lia dah makan kat sekolah, nenek makanlah sorang”
Seleraku mati dengan masakan nenek. Entah bersih atau tidak masakan kampung ini. Sebenarnya aku lapar dan tadi aku hanya berbohong sahaja kepada nenek. Masakan bandar lebih terlekat di lidahku. Nasib baik aku sempat bawa bekalan sebanyak mungkin ketika aku “dicampakkan” di rumah ini. Menu makan tengah hari ini hanya secawan mi segera.
Pintu bilikku ditutup. Kemudian aku mencampakan diri ke di katil. Fuhh penat sunguh hari ni. Rimas betul dengan sekolah baru ku sendiri. Aku masih tidak dapat menyesuaikan diri di sekolah kampung.
Jika disekolah lamaku, tiap-tiap hari pasti aku bersemangat untuk ke sekolah. Berjumpa dengan kawan-kawan dan berborak-borak. Jika waktu bergini, pasti aku dan kawan-kawanku melepak di mana-mana tempat sebelum pulang ke rumah. Di sekolah kampung sebegini, aku secara automatik menjadi seorang pediam. Tidak banyak bercakap seperti mana di sekolah lamaku.
Ada pula rakan kelas cuba menegurku, tapi aku masih bersikap dingin. Mereka menegurku dengan mengajak aku makan di kantin bersama-sama. Hanya gelengan kepala ku menyapa.
“Eylia tadi awak tak makan?. Nah ni baki cekodok yang saya beli di kantin. Ambillah satu, mesti awak lapar kan.” Syarimah menghulurkan kuih berbentuk bulat itu kepadaku.
“Erm tak payahlah. Hari ni saya puasa ganti.” Balasku. Padahal aku sangat lapar pada masa itu. Tetapi egoku menghalangnya.
Nampaknya aku perlu berlajar merasa makanan kampung, tapi entah bila. Mengharapkan bekalan yang ku bawa, lama kelamaan habis juga.
***
Hari ini seperti biasa aku hanya berehat di dalam kelas sahaja sementara rakan-rakan yang lain menghabiskan masa rehat di kantin. Walaupun seminggu sudah berlalu, masih aku belum menyesuaikan diri di sini. Merasa masakan kampung juga belum masih terlekat di lidah. Untuk tidak mensia-siakan waktu rehat ini, aku menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh Cikgu Saidiyah. Sememangnya subjek Matematik ini “makanan” buatku.
Sedang ralit meyelesaikan soalan bab matric eqution. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tanpa segan silunya mengambil kerusi di sebelahku kemudian duduk di hadapan meja ku.
“Pandai juga awak selesaikan soalan ni, biasalah budak bandar. Saya dengar rakan-rakan sekelas awak lemah bab ni. Bolehlah awak tolong ajar mereka.” Husni menyapaku
“Awak ni buat apa kat sini?. Sibuk ambil tahu hal orang. Nak tolong ajar mereka bab ni, tegur pun tak pernah” balasku. Mengapalah budak Husni ni terlalu berani menegurku. Aku pula melayan saja, sedangkan rakan sekelas menegur pun aku tak seramah ini.
“Haha, ye ke?. Ke awak yang segan dengan mereka. Mereka semua baik-baik perangai. Mereka semua ikhlas kawan dengan awak. Awak sahaja tak tahu. Saya faham mungkin awak masih kekok di sini, tapi awak perlukan orang-orang disini supaya awak dapat menyesuaikan kehidupan di sini. Saya tahu awak belum dapat menyesuaikan diri. ”
Wah Husni pandai kau beri ceramah. Kau macam tahu-tahu je aku masih kekok dan kaku dengan suasana disini.
“Awak ni suka buat-buat tahu. Mana awak tahu yang kononnya saya masih belum dapat menyesuaikan diri di sini?. Pandai jer awak buat serkap jarang” aku menbidas kata-katanya tadi.
“Haha, tengok pun sudah tahu. Buat apa kalau tiap-tiap hari masa rehat duduk dalam kelas. Langsung tak jejak kaki ke kantin. Kalau awak dapat menyesuaikan diri dah tentu awak rehat bersama-sama dengan classmate awak. Awak sanggup tahan lapar awak daripada pergi rehat bersama mereka”
Kata-kata Husni tadi buat aku terdiam. Arghh biarkan saja, buat tak tahu sudah. Aku mula sambung dengan kerjaku seseolah tidak mendengar kata-kata Husni tadi. Husni pula melepaskan keluhan. Mungkin dia ingat kata-katanya tadi langsung tidak menberi kesan terhadapku seperti mencurah air ke daun keladi.
“Awak ni cekodok saya bawakan untuk awak. Awak mesti lapar. Sedap tau masakan cekodok buatan mak cik kantin ni” Husni menhulurkan cekodok kepadaku.
“Tak nak!!” jawabku sambil menjelir lidah. Apalah istimewa kuih berbentuk bulat tu, dah rupanya buruk tentu tak sedap.
Husni terus mengambil buku latihan Matematik aku di meja secara tiba-toba.
“Awak ni kenapa Husni?. Tiba – tiba awak rentap buku saya. Bagilah balik buku saya balik, saya nak buat kerja ni”. Aku mula merasa geram dengan sikap Husni.
“Saya tak kan bagi buku ni kat awak selagi awak tak makan cekodok yang saya bagi ni”
“Tak nak!!”
Aku segera mendapatku buku matematik dari tangan kiri Husni. Terpaksa aku terjengket-jengket mendapatkan buku aku kembali kerana Husni lebih tinggi dariku. Tanpa sedar tubuhku hampir sahaja dengan Husni. Membuatkan mata kami saling berpadangan. Aku malu dengan situasi ini, lantas mengambil cekodok dari tangan kanan Husni kemudian masuk ke mulut dengan selamba. Sudah lupa dengan niat sebenar hendak mengambil buku matematik dari tangannya. Hmm, sedap juga kuih ni. Kenapalah dari dulu aku tak merasa kuih ni?.
“Nah ni buku awak. Sedapkan cekodok ni?. Oklah, dah bunyi loceng. Saya masuk kelas dulu. Awak ingat pesan saya. Saya percaya satu hari nanti awak dapat menyesuaikan diri di sini”
Husni berlalu pergi. Aku termegu dengan kata-katanya sebentar tadi.
***
Cikgu Safiyah memulakan ceramah pada pagi ini. Ceramah hari ini sempena Kem Jati Diri yang berlangsung selama sehari. Kesemua pelajar tingkatan 4 terlibat dalam aktiviti ini. Hampir lena dibuatnya mendengar ceramah cikgu. Namun dalam tersenguk-sunguk, Cikgu Safiyah mengumumkan setiap pelajar di dewan perlu dibahagikan beberapa kumpulan. Terus kepalaku tegak. Aduhh macam mana ni, tak retilah bergaul dengan mereka semua melainkan Husni.
Sebut tentang Husni, hubungan aku dengannya semakin rapat. Hari-hari dia menbawa cekodok kepadaku, sebab aku lebih suka rehat di dalam kelas. Sekarang cekodok sudah menjadi kegemaranku, kalau tak kerana Husni tak merasalah keenakan cekodok pisang buatan makcik kantin.
Syukur, mujur Husni kebetulan satu kempulan denganku apabila aku di bahagikan dalam kumpulan. Memang nasibku baik hari ni. Seramai 7 orang ahli kumpulan kami. Kami akan bersama-sama mereka sepanjang hari ini dengan aktiviti yang dirancang oleh guru-guru terlibat. Kumpulan kami sepakat melantik Husni sebagai ketua kempulan.
“Terima kasih kerana melantik saya sebagai ketua kempulan. Insyallah saya akan lakukan terbaik untuk kempulan ini. Kalau ada ketua, mesti ada penolongnnya. Oleh itu saya melantik Eylia sebagai penolong kempulan ini. Korang setuju kan?”. Ahli kempulan yang lain yang mengangguk sebagai tanda setuju.
Amboi memadai kau Husni lantik aku sebagai penolong. Kau ingat assistant kau ke?. Suka suki kau je buat keputusan, mentang-mentanglah jadi ketua kempulan.
“Hah apa lagi Lia, kenalkan diri” kata Husni separuh berbisik sambil menyikuku.
“Nama saya Sayazatul Eylia. Panggil saya Lia. Saya dari kelas 4 Anggerik”. Tahu tak?, dengan terpaksanya aku menujukkan keramahan terhadap ahli kempulan..
“Kalau nak tahu, Lia ni pemalu sedikit. So korang rajin-rajinlah tegur sapa dengan dia yer. Supaya Lia dapat menyesuaikan diri kempulan ini” tutur Husni dengan dengan lagak sebagai seorang ketua.
“Lia, tak payah risau. Kami semua friendly. Jangan segan-segan ya?”tegur salah seorang dari ahli kempulam kami.
Aku menbalas senyuman terhadap mereka. Ni mesti plan Husni untuk aku supaya aku lebih ramah dengan pelajar sekolah ni. Erm ada betulnya juga, sampai bila aku asyik menzipkan mulut dengan semua orang?.
***
Di waktu petang ini, aku mengahabiskan masa dengan menonton televisen. Saluran TV3 menjadi pilihanku. Masa ini digunakan untuk beristirahat setelah sepagian belajar di sekolah. Sedang asyik menonton televisen aku disuakan dengan sepingan cekodok pisang yang sememangnya makanan kegemaranku semenjak aku tinggal di kampung.
“Nah ni nenek masak cekodok ni buat Lia. Tentu Lia suka. Makanlah” ujar Nenek.
“Terima kasih nek. Sedap betul cekodok nenek buat ni” aku memuji masakan nenek. Nampaknya nenek tersenyum gembira, melihat cucunya kini berubah. Jika dulu aku selalu bersikap dingin dengannya.
“Nenek, nanti boleh tolongkan ajar Lia buat cekodok?. Lia tak retilah buat cekodok. Bolehlah nenek?.” Kataku sambil merengek manja.
“Boleh sayang. Nanti nenek ajar cara-cara buat cekodok. Tak susah manapun buat ceekodok ni. Hanya guna tepung dan pisang sebagai bahan utama. Kemudian di goreng. Itu ja”
“Lia sayang nenek” Aku menghadiakan pelukan kepada nenek. Terlihat nenek begitu terharu dengan kata-kataku tadi. Berkaca-kaca mata nenek.
“Lia minta maaf selama ni Lia banyak buat salah dengan nenek.”
“Tak pa Lia. Dah lama nenek maafkan Lia. Nenek sayang sangat kat Lia. Tak mungkin nenek marahkan Lia. “
Pelukan kami semakin erat. Terasa perasaan kasih sayang yang mendalam dalam pelukan. Aku bahagia sekali, kini tiada jurang hubungan antara cucu dengan nenek.
***
“Lia kami balik dulu ya. Esok jumpa lagi” kawan-kawanku melambaikan tangan ke arah. Aku juga turut melambai kepada mereka. Sebenarnya kami baru sahaja selesai buat study group . Maklum sajalah peperiksaan semakin dekat. Belajar berkempuluan dapat mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Cuma aku merasa ada seseuatu yang tidak kena. Ada seorang lagi masih belum pulang ke rumah. Masih lagi ada seorang lagi duduk di pangkin sambil tersengih macam kerang busuk ke arah ku.
“Awak kenapa tak balik lagi?. Hari dah nak senja. Pergi balik sekarang” marahku sambil menepuk bahunya di belakang.
“Aduh sakitlah cik Lia oi. Yelah saya nak baliklah ni. Tapi saya nak cakap seseuatu dengan awak. Boleh?”
“Boleh tapi lima minit tau. Saya penat ni. Apa dia Husni?” kataku sambil menujuk angka lima kepada Husni.
“Awak seronok tak duduk kat kampung ni?”
“Laa yang tu awak nak tanyakan saya. Erm, saya rasa makin lama makin seronok duduk kat kampung. Tenang dan damai. Tak macam di bandar, kampung lebih tenteram. Segar bila banyak pokok di sini. Saya berasa seronok sekali bila saya dapat kawan-kawan orang kampung macam awak” aku menjawab pertanyaannya dengan ikhlas. Tersenyum Husni mendengar kata-kata ku tadi
“Baguslah awak kata macam tu. Saya pun senang mendengarnya. Akhirnya awak dapat menyesuaikan diri di kampung ni”
“Terima kasih sebab awaklah saya dapat menyesuaikan diri di sini”
“No hal lah Lia. Saya ikhlas bantu awak”
“ Husni takkan soalan ni je awak nak tanya. Mesti ada soalan lain awak nak tanya. Betul tak?” Aku mula menbuai andaian.
“Tiba-tiba saya lupa nak tanya soalan penting apa kat awak. Erm tak palah. Saya balik dulu. Assalamuaikum” Husni meminta izin sebelum pulang ke rumah.
“Waalaikummusalam” jawabku.
Husni pulang dengan basikal biru kesayangannya itu. Lelaki ini banyak berjasa kepadaku dalam mengenali kehidupan di desa ini. Kini persoalan berada di minda tentang apa sebenarnya Husni ingin katakan kepadaku. Arghh, abaikan sahaja.
“Lia hari dah senja. Tak elok duduk kat luar tu”panggil nenek.
“Ya nenek”
Aku segera mengambil buku-bukuku di atas pangkin. Teringat pesan nenek, waktu senja beginilah banyak jin berkeliaran. Kena masuk rumah cepat ni. Hanya beberapa langkah, diriku sudah berada di dalam rumah.
***
“Kenapa pukul tiga petang awak nak ajak saya ke pasar malam?. Kan awal lagi” tanyaku dengan penuh hairan
“Awak ikut saya baru awak tahu kenapa. Jom” ajak Husni
Jarak pasar malam dengan rumahku hanya beberapa meter sahaja. Jadi kami berdua hanya berjalan kaki. Pagi tadi Husni mengajakku pergi ke pasar malam. Tak sangka pula seawal tiga petang dia mengajakku ke pasar malam.
Akhirnya kami sudah sampai di pasar malam. Tetapi para peniaga sedang sibuk dengan urusan gerai masing-masing. Orang ramai masih belum ada lagi di pasar malam, hanya kami berdua sahaja. Ini menbuatkan aku semakin pelik.
“Awak, inilah gerai cekodok mak cik kantin tu. Setiap hari sabtu pasti, dia akan berniaga cekodok. Kalau awak nak tahu, sebenarnya mak cik kantin ni adalah mak saya” kata Husni sebaik tiba di gerai yang menjual cekodok pisang
“Haa. Saya tak sangka pula awak ni anak mak cik kantin. Patutlah selama ni hari-hari awak bawa bekalan cekodok untuk saya” aku bergitu terkejut dengan kenyataan Husni tadi. Tak sangka Husni sebenarnya anak Mak Cik Maimon, mak cik kantin yang menjual cekodok pisang.
“Mak, ni saya kenalkan Lia. Kawan sekolah Husni” Husni memperkenalkanku kepada ibunya.
“Oh Lia yang suka sangat cekodok mak cik ni. Tak sangka Lia ni cantik orangnya” Mak Cik Maimon mula bersuara sambil sibuk mengoreng cekodok pisang.
Aku tertunduk malu, rupanya mak Husni tahu selama ini aku sangat gemarkan cekodok pisang buatannya. Entah apa lagi dicerita Husni mengenai aku kepada emaknya.
“Lia. Tujuan saya bawa ke sini saja nak ajak awak berniaga cekodok dengan saya. Selama ni awak tahu makan jer, apakata hari ini awak berniaga cekodok pula”
“Ok. Saya akan buktikan kepada awak yang saya bukan saja tahu makan cekodok tetapi tahu berniaga cekodok pisang”
Husni hanya ketawa melihat gelagatku. Manakala Mak Cik Maimon hanya tersenyum. Inilah rancangan Husni menbawaku ke pasar malam, rupa-rupanya mengajakku berniaga cekodok. Hari ni aku “mencemar duli” dengan berniaga cekodok di pasar malam yang tidak pernah sekali dalam seumur hidup berniaga di pasar malam.
***
“Abah Mama!!. Lia rindu” jeritku sambil menuju ke arah mereka yang baru sahaja keluar dari kereta.
“Abang tengok anak kita ni. Dah demam rindu sangat dengan kita” Mamaku berkata
“Nanti Lia hari-hari boleh tengok muka Abah dan Mama” ujar Abah
Aku melepaskan pelukanku terhadap Mama. Aku begitu hairan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Abah sebentar tadi. Ada apa sebenarnya?.
“Mama datang ni nak ambil Lia balik ke bandar. Lia kan dah hampir setahun tinggal di sini. Lagipun tahun depan Lia nak ambil SPM. Abah dan Mama nak Lia ambil SPM di sana. Lia pun dah berubah sejak tinggal di sini”
“Betul tu. Lia berjaya buktikan yang Lia dah boleh berdikari. Kalau Lia duduk kat bandar nanti, senang Abah dan Mama tengok prestasi Lia bila naik tingkatan 5. Khamis ni, Lia ikut Abah dan Mama balik sana yaa”
“No..!!. Lia tak mahu ikut Abah dan Mama balik sana. Lia seronok sangat tinggal di sini. Nanti macam mana dengan nenek, tak kan nak biarkan nenek tinggal seorang di sini. Lia tak nak” Aku menbentak. Aku sungguh tidak setuju dengan keputusan Abah dan Mama. Dahulu, Abah beria-ria menghantarku ke sini. Sekarang beria-ria mengajakku pulang.
“Lia jangan risau, nanti Pak Su tolong tengokkan nenek. Tak kira, Lia kena ikut kami balik ke sana. Sudah cukup tempoh tinggal di sini. Lia kena balik sana juga” kata Abah dengan tegas.
“Lia!!…”panggil Mama.
Aku kecewa dengan keputusan Abah, akhirnya aku lari dari perkarangan rumah. Seketika akhirnya sampai tempat aku tujui. Di sungai ini, hanya pemadangan di sini mendamaikan jiwaku. Bunyi air deras di sungai menbuat halwa telinga ku tenang mendengarnya. Aku tidak begitu faham dengan sikap Abah. Apa salahnya kalau aku terus tinggal di sini selamanya?. Deraian air mata jatuhku jatuh ke bumi.
“Lia kenapa awak menangis?”
Husni mengalihkan tubuhku meghadapnya. Entah dari mana Husni muncul di sini. Husni menyeka air mataku di pipi.
“Awak kenapa ada disini?” tanya ku pula dalam keadaan tersedu-sedu. Husni yang menayaku tadi, aku pula menbalas dengan soalan pula.
“Tadi saya lalu kat sini. Ternampak awak menangis di sini. Lia cuba bagi tahu hal sebenarnya.” Tanya Husni sambil mengocang bahuku.
Aku menceritakan segala-segalanya apa yang berlaku sebentar tadi. Tentang permintaan kedua ibu bapaku mengajak ku pulang ke bandar. Aku mencerita perasaanku yang sedih ketika itu.
“Awak, sebagai anak awak perlu ikuti permintaan ibubapa awak. Ada benarnya juga, tahun depan awak SPM. Mereka perlu menberi perhatian terhadap prestasi awak” Husni menberi nasihat.
“Jadi awak suka saya balik sana?. Awak memang tak sayangkan saya” bentakku sekerasnya
“Bukan begitu, sebab saya sayangkan awak sebagai kawanlah saya mahu awak ke sana. Saya nak kita sama-sama berjaya dalam SPM. Awak janganlah risau, nanti cuti sekolah awak datanglah melawat sini balik”
“Terima kasih awak, sebab cuba tenangkan perasaan saya. Tapi saya sedih terpaksa tinggalkan kawan-kawan dan nenek disini. Tentu awak sunyi kalau tak ada saya”
“Memang saya akan berasa sunyi, tapi saya percaya awak mesti takkan lupakan saya. Awak janji dengan saya yang awak takkan lupakan saya” Husni memintaku menbuat janji
“Ya saya janji saya tak kan lupakan kerana awak sahabat terbaik saya”
***
Aku menyalami tangan nenek. Terasa berat meninggalkan kampung ini. Terlalu banyak kenangan manis di sini. Di sini aku mengenali tentang kehidupan di desa. Beg-beg sudah masuk di dalam bonet kereta. Aku masih tertunggu dengan kehadiran Husni. Dimana agaknya dia, dia sudah janji hendak berjumpaku sebelum aku pulan ke baglo mewahku.
“Lia cepatlah. Kenapa tercegat di situ. Abah nak cepat ni. Nanti lambat sampai pula” terdengar suara ayahku dari kereta.
“Nenek, Lia balik dulu”
Aku masuk ke dalam kereta dengan perasaan sedih. Nenek yang berada di luar kereta hanya mampu melihat sahaja. Sayu hatiku meninggalkan desa ini. Begitu banyak kenangan tercoret di sini. Hatiku masih tertanya-tanya di manakah Husni?. Husni tak mungkin memungkiri janjinya. Tetapi dia tiada di sini. Kereta mula bergerak.
Tiba-tiba ada bunyi ketukan cermin di sebelahku. Husni!!!, kau tetap menunaikan janjimu. Tesenyum gembira aku di buatnya. Lantas aku menbuka cermin tingkap kereta.
“Lia ini saya bawakan cekodok untuk awak. Awak jaga diri baik-baik di sana. Jangan nakal-nakal tau” sempat lagi Husni bergurau disaat akhir ini. Aku menyambut bekas berisi cekodok dari tangan Husni
“Ye saya tak kan nakal-nakal di sana. Terima kasih dengan cekodok ni. Awak pun jaga diri baik-baik di sini” kataku sebelum kereta yang aku naiki meninggalkn Husni.
Aku membuka bekas yang berisi cekodok. Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Aku menbacanya, namun terkejut dengan kata-kata terakhir di dalam surat itu.
Lia, saya cintakan awak
Daripada: Husni
Aku tersenyum . I love you to.

0 Comments