Haha walaupun sibuk still nak update blog, biasalah tak lama lagi nak pergi matrik. Tinggal 17 hari lagi,glupp. Kena update puas-puas sebelum blog ini bersawang lagi. Tahu tak kenapa Cik Miela sibuk dalam beberapa hari ni?:

1. Sibuk dengan belajar kereta

Punyalah berat hati setiap kali nak belajar, pak cik yang ajar kite marah kite sebab kite tak berapa cekap nak tekan clucth. Hari demi hari berlalu, dan semalam test JPJ. Sebelum test JPJ, ada kawan dah FAIL test JPJ, jadi semalam dia buat ulangan test JPJ. Paling takut, tengok ada seorang gadis menangis sebab FAIL. Waa, masa tu buat Cik Miela rasa gerun. Dup dap dup dap, akhirnya "Saya Telah Berjaya dan LULUS dalam test JPJ". Tak payah nak pergi kat AMPU(Akademi Memandu Perak Utara) lagi. Happy sesangat.


2. Sibuk dengan kawan-kawan

Beberapa hari ini Cik Miela kerap bermain sms dengan ex-classmate. Tanya itu tanya ini. Soalan paling fomous la ditanya "Kau nak mana pergi lepas ni?" . Dengan humblenya "Erm, pergi matrik jeerrr". Bukan itu je, ada yang tanya pendapat la, tanya barang nak pergi matrik, tanya tarikh result rayuan upu dan lain-lain. Ingat Cik Miela ni kuanter pertanyaan?, relax Cik Miela jangan marah, cool. Nanti jarang nak main sms dengan depa kalau pergi Matrik. Ok, Cik Miela nak cerita jugak yang hari ini Cik Miela pergi dengan my bestfriend pergi sekolah nak tanya something about form 6 dan matrik. Dapat jumpa cikgu yang mengajar masa form 5. Masa tu tak cofident nak pergi matrik. Tapi cikgu bagi semangat supaya pergi matrik, jangan pedulikan orang lain. Terharu sangat. Sebelum nak balik, cikgu bagi nasihat dan bagi hadiah walaupun kecil. Huhu rasa nak nangis je [padahal belum pergi lagi].


3. Sibuk persiapan pergi matrik

Dah nama nak pergi matrik, mestilah sibuk nak isi borang, beli barang, buat urusan pembayaran dll. Punyalah SEMANGAT my parents beli barang nak pergi matrik padahal lagi tiga minggu [yang Cik Miela relax sebab tak SEMANGAT nak pergi,huhu]. Tetiba dua hari lepas, mak dah bayar yuran matrik. Wah Ini lagi SEMANGAT. Bermakna sudah termaktub Cik Miela kena pergi matrik. Terlajak perahu tak boleh diundur. Kalau tukar fikiran tak jadi nak pergi, naya Cik Miela kena marah. Suka ka, hang tak suka ka, hang kena suka jugak [haha ayat siapa la tu].


Tamat. Sekian sahaja story Cik Miela pada hari ini. Diharap anda boleh ambil iktibar dari story ini :P.

3 Comments

  1. Assalam.
    Saya pun dapat matrik perak jugak. :)
    Ada facebook tak?

    ReplyDelete
  2. @Aqila Salim yek ke>..bestnya..ada https://www.facebook.com/salmila.nadia

    ReplyDelete
  3. salam.akak saya nak tanya la..saya amik aliran sains jgk before ni..and saya nak tukar akaun.tapi kalau na byr yuran melalaui bank tu mcm mana ?sbb yuran aliran sains n akaun lain.

    ReplyDelete