Salam Ramadhan. Pernah dak hampa bila bukak email atau message rupa-rupanya dah berbulan-bulan tapi baru sekarang nak baca. Some with me T__T. Alahai rasa bersalahnya "kenapa aku baru baca message sekarang?. Hmm mesti depa ingat ceq sombong" . Minta maaf naa, Miela betul-betul tak perasan message tu. Facebook pun satu, tak bagi notifications bila dapat message.


Ada yang PM Miela tanya tentang Matrikulasi, mungkin sebab depa google pasal matrik jumpa blog ni pastu baca, kemudian terus PM Miela. Haaaa begitulah andaian Miela rasa. Walaupun message tersebut dah lama, Miela nak jawab jugak soalan hampa ni. Mungkin boleh dijadikan rujukan junior lain pada masa akan datang.

Dari Nisa:



Walaikumsalam. Untuk soalan pertama, matrik tak pernah mewajibkan student bawak laptop, even ramai je kawan akak masa matrik tak bawak laptop. Tak pakai sangat pun sebenarnya tapi tak tahu laa sistem matrik yang sekarang macam mana. Adakah mengalakkan student mengunakan laptop dalam sesi pembelajaran?. Kedua, koperasi ni depends ikut tempat matrik, kalau matrik Perak dulu bukak sampai kol  10-11 malam kalau tak silap. Manakala untuk jawapan ketiga, kelas biasanya start dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang. Dan akan ada gap 1-2 untuk makan tengah hari dan solat.


Dari Nur Liyana:

Walaikumsalam. Terlebih dulu nak ucapkan tahniah kepada Nur Liyana sebab dapat melanjutkan pelajaran ke matrik. Pilihan Liyana untuk study kat matrik Insyallah satu jalan yang sangat berbaloi sebenarnya. Berkaitan soalan tadi, Akak tak pasti bagaimana saluran untuk melanjutkan ke luar negara dengan course akaun ni. Kalau melalui universiti  swasta memang jalan mudah tapi memakan duit yang banyak kecuali dapat biasiswa. Kalau melalui awam, itu tak berapa pasti macam mana. Actually, walaupun study dalam universiti awam, ada peluang untuk merasa study di luar negara tetapi hanya satu semester jelah. Ia dikenali sebagai study exchange program. Contoh kat USM ni, kalau ada yang berminat untuk sertai exchange program kena melalui interview dan result yang bagus.


Itu sahaja jawapan Miela mampu berikan. Hehe maaflah tak dapat jawab dengan baik, tapi Miela try jawab. Jika ada khilaf sepanjang mejawab soalan ni, harap dimaafkan. Miela menjawab sekadar Miela tahu sahaja, takut jugak kalau buat tahu-tahu ni. Untuk pengetahuan hampa, dah lama Miela tinggalkan zaman matrik hampir 3 tahun. Miela masuk matrik pada May 2012 dan sekarang study di USM, nak masuk tahun ketiga dah pun. Huhu rasa dah tua lah pulak, sekejap sahaja masa berlalu tinggal zaman matrik ni.

0 Comments