Salam readership. Sejak bermenjak-menjak ni entah kenapa pula Miela rasa macam rajin nak update blog, padahal nak exam lebih kurang seminggu je lagi hoho. Waktu biasa, taknak pulak kau nak update blog bagai? hahaha. Entahlah, kali ni rasa update blog salah merupakan satu cara nak hilangkan stress selepas study.

Semangat study, jangan malu-malu tau datang 

Dulu sebelum masuk zaman belajaq a.k.a zaman sekolah atau dikenali zaman berhingus.  Miela ada cita-cita, "bila aku masuk U nanti, aku nak belajar bersungguh-sungguh sampai mak ayah aku bangga". Tapi bila dah masuk U ni kan, ermmm entahlah semangat study macam ke laut China Selantan. Kenapakah?? "Adakah bila kau dah dapat apa yang kau nak, aku malas nak berusaha?"

Semangat study ni dah ibarat masuk dalam hutan, susah nak cari line internet gitu, hahaha. But I try force myself to study. Tak study, A mana boleh turun dari langit kan. Try untuk cari semangat study. So disini Miela nak bagi tips kat hampa untuk bangkitkan semangat study tu :-

1. Kalau study week hang balik kampung, try tengok muka mak ayah korang. Ingat balik macam mana depa berkorban untuk hang supaya hang masuk univerisiti. Kalau hat tak balik rumah time study week sebab jauh, tengok gambaq pun bolehlah. Yang penting hampa kena ingat mak bapak hampa, jadikan depa sebagai inspirasi untuk belajaq.

2. Dengaq lagu universiti. Ingat tak masa minggu orentasi, hampa punyalah semangatlah bila nyanyi lagu universiti. Masa tu dah pasang tekad nak belajaq bersungguh-sungguh sampai grad. Bila hampa pasang lagu univerisiti, hampa jadi campak belakang masa minggu orentasi tu.

3. Study and reward. Ini Miela rasa ramai sangat student selalu buat. Lepaih study ada reward macam makan ke, tengok movie ke, layan whatsapp ataupun tidoq. Tapi tips ni macam kureng berkesan, sebab selalunya reward akan lebih daripada study hahahaha. Contoh study 5 minit, reward main facebook 2 jam, kahkahkah.

Ramai student selalu buat :3

4. Ok ni last, sebab Miela pun dah start mengantuk bila taip part ni, huhu. Selalu Miela akan terangsang semangat study bila tengok orang lain study. Bila orang dah study banyak, kalut lah nak study. Kalau boleh nak sama atau lebih ngan orang, semangat bersaing bak hang. Tapi kalau dapat kawan jenih malas study, kita pun jadi malas. Ini namanya pengaruh kawan.


Ini sahaja tips dari hamba Allah yang juga seperti pelajar lain sedang dibelenggu oleh sifat MALAS. Mari kita bebaskan diri penjara MALAS, jangan terus dibuai angan dan keseronokan. Ayuh semangat, kita berperang bersenjatakan BUKU. Selamat study week semua dan Good Luck for Your Exam!!

5 Comments

  1. bagus dibaca oleh para pelajar yang agak kemalasan nak studi.. hihiih

    ReplyDelete
  2. kita tak boleh tengok orang study , terikut sama. heheh. btw, lagu universiti memang naikkan semangat.. hihi

    ReplyDelete
  3. kite dulu selalu study group.. best sikit.. :)

    ReplyDelete
  4. kita serupa cik Miela... bnyk gile alasannya klu nk start study.. nk study jek bnyk jek alasan nk update blog la, fb la, watapp la, inta la, mcm2.. tips berguna ni.. plg best reward diri lps blaja 5 minit fb 2 jam terbaik!! hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau kak sally senang je...

    tgk slip exam masa kena repeat paper tu...hahahaha~

    ReplyDelete