Pendapat mengenai #SayaZahra
Salam Ramadhan. Isu mengenai video ucapan Zahra telah menjadi viral beberapa hari lepas. Tapi disebabkan Miela agak sibuk sikit maklumlahkan dah nak raya. Persiapan pun makin giat. Hari ni baru berkesempatan menonton sendiri video tersebut selepas membaca daripada beberapa blog mengenai viral tersebut.
Video Nama Saya Zahra Dan Saya Sayangkan Malaysia
Pertama sekali Miela ingin memuji atas keberanian Kak Zahra bercakap di hadapan orang ramai dan VIP termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan penuh tenang dan tidak terlalu beremosi. Kak Zahra telah mengunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk menceritakan realiti kehidupan fresh graduate dengan kos sara hidup makin tinggi. Rasanya tak ramai anak muda mampu memberikan ucapan tanpa gentar seperti Kak Zahra. Saya sendiri pun tak mampu apa yang Kak Zahra buat, sebab untuk berpublic speaking yang berkualiti bukannya mudah. Mungkin boleh diperbaiki skill public sepaking tu, masih ada masa lagi.
Well seperti biasa mesti ada mengeluarkan pendapat dan kritikan tentang video ni. Ada yang menyokong penuh apa yang dikatakan ada pula menbidas apa yang dilontarkan oleh Kak Zahra. Tapi Miela taknak ulas tentang tu sebab benda tu memang dah ada dalam laman sosial. Kali ni biar tuan blog ni memberi pendapat. Nama pun setiap orang ada pendapat masing-masing.
Bila menonton video ini Miela agak gusar sedikit dengan masa hadapan. Mungkin sekarang Miela belum rasa betul-betul susah kehidupan sekarang SEPENUHNYA disebabkan masih lagi student dengan bantuan PTPTN, parents dan sumber kewangan lain seperti blog dan bantuan anak perkerja. Tapi bahangnya memang terasa jua, dengan sumber kewangan sedia ada Miela perlu mengunakan sebaiknya dan tidak boros dalam kos hidup yang tinggi. Paling senang nampak masuk sahaja kedai runcit atau koperasi dengan berbekalkan RM10, berapa barang kita mampu beli??. Jawapan ada pada anda.
Seperti Kak Zahra gambarkan kehidupan lepas belajar rupa-rupanya tak seindah Miela impikan. Maknanya bermula dari sekarang pelajar perlu membuat persiapan menghadapai kehidupan alam pekerjaan yang mencabar. Untuk meringankan kos hidup masa hadapan mungkin pada masa sekarang pelajar boleh start menabung. Jika duit PTPTN dan wang belanja tak cukup, macam mana nak simpan??. Buat kerja partime atau side income untuk cari duit lebih. Jika bekerja, dimanakah pula masa study untuk mendapatkan degree first class supaya PTPTN menjadi biasiswa. Semua pelajar faham untuk mendapatkan pointer yang tinggi, usaha mestilah lebih dengan masa berkualiti. Inilah realiti hidup pelajar harus hadapi, tak apa biarlah kita belajar erti susah sebelum mengenal erti senang :).
Tapi pointnya disini kami bukannya manja inginkan gaji yang tinggi, perlukan subsidi atau pendidikan free. Apa Kak Zahra tekankan adalah survival dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Cukuplah penurunan harga barang dan cukai yang membebankan membuatkan kami mampu "bernafas" dengan kehidupan sekarang.
Sekian sahaja pendapat dari insan yang bakal menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan yang makin mencabar. Hanya orang susah sahaja faham apa erti cabaran hidup.
7 Comments
Kehidupan bekerjaya memang tak seindah bayangan. Kena pandai cari peluang dan tak boleh terlalu memilih. Nikmati saat-saat bergelar pelajar semaksima mungkin. Semoga tabah.
ReplyDeleteAkhir kata jemput singgah blog saya. Ada banyak entry baru http://nurinafarhana.blogspot.com
sy setuju apa yg dikatakan zahra tu. mmg realiti mcm gitu pun Malaysia sekarang.
ReplyDeleteNampaknya dari sekarang kita kena cari wang tambahan.huhu cobaan
ReplyDeleteYang baik kita ambil sebagai cerminan dan bayangan akam selepas tamat pengajian..
ReplyDeleteapa yang zahra cakap betul dik, orang yang menghentam zahra pada akak adalah orng yang mungkin asal hidupnya senang lenang, mak bapak da provide mcm2, tak perlu bayar kereta..kereta bapak beli, tak perlu sewa rumah..pasal duduk rumah bapak no 2. Pada akak zahra bukan malu naik LRT tapi, impiannya tersasar ..bila dia membayangkan dengan berdegree dia mestilah berkeupayaan untuk berkereta & memandu keretanya ke pejabat tanpa masalah
ReplyDeleteInsya Allah Miela .. ada rzki buat Miela :)
ReplyDeletesy follower ke 807 sni miela :)
ReplyDeletehttp://ilovebunga89.blogspot.com/