Cek dari Nuffnang

Salam readership. Alhamdulilah semalam dapat cek dari Nuffnang selepas 1 bulan lebih menunggu. Ini juga hasil pertama berblogging selepas dua tahun pasang iklan Nuffnang. Terima kasih kepada yang selalu klik iklan dan juga yang jadi unique vistor blog ni. Tapi bila dah dapat cek, macam mana nak tunaikan yea???.

First Miela pilih Maybank sebagai bank tunaikan cek. Tak semestinya bila dapat cek HSBC kena tunaikan kat bank yang sama. Miela pilih Maybank sebab nanti hasil duit berblogging boleh shopping online huhu. Ternyata nak tunaikan cek di Maybank sangatlah mudah, just guna mesin deposit cek. Ok cara-cara tunaikan cek Nuffnang macam ni:

1. Sebelum memulakan urusan isikan maklumat di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon.
2. Pilih Cek Deposit
3. Masukan nombor akaun.
4. Kemudian masukan jumlah tunai cek yang ingin ditunaikan. Pastikan sama nilai dengan cek tersebut.
5. Bila ada arahan suruh masukkan cek, masukkan cek mengikut arah dengan betul.
6. Bila proses dah siap maka keluar resit seperti di bawah ni.


Nota: Cek akan di proses selama 3 hari bekerja. Jika cek deposit dibuat selepas 4.00pm akan diproses pada hari bekerja berikutnya

8 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah..belanja kak PC gegula sposen..hihi..

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna. Singgah sini klik tabung nuffnang awak sekali :)

    ReplyDelete
  3. Salam... bw dari blog Diari Jejaka Hangat...hihihi

    Done follow awk...hihihi

    ReplyDelete
  4. Nak tny ni. Kalau bank in duit tpi masalahnya salah bank in ke deposit cek. Apa yg perlu buat?

    ReplyDelete
  5. Kalau kt belakang cek tu xde tmpt nk tulis nama/no.akaun/no.fon mcm mana? cek tu xvalid ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cik miela, no akaun di belakang cek perlu diisi dengan tanda sempang atau tak? Terima kasih

    ReplyDelete