Sibuk dengan penanda buku felt
Salam Readership. Dalam seminggu ini blog agak sunyi dari sebarang entri. Minggu lepas pulak kena balik USM secara mengejut selepas mendapat call untuk ganti orang dan menjalankan tugas sebagai co-fasi untuk sebuah kem. Selepas kem pula, sibuk nak menghabiskan sisa kain felt untuk buat penanda buku. Tengok-tengok cuti tinggal sebulan ja, sibuklah nak kena tambah stok penanda buku ni.
Actually biasanya waktu cuti sem Miela akan buat seberapa banyak penada buku felt untuk dijual masa bukak semester nanti. Miela takkan buat penanda buku ni masa belajar tau, sebab Miela tahu bukak semester mesti sibuk dengan study dan juga aktiviti persatuan. So cuti daripada duduk saja baik kita buat kerja kan?.
Design penada buku yang ada |
Penada buku felt yang dah siap simpan elok-elok dalam kotak |
Dah dua kali cuti semester Miela buat benda ni dan alhamdulilah laku jual jual penanda buku felt. Selalunya Miela jual kat bilik je, jiran-jiran bilik selalu mai nak beli penanda buku yang comel ni. Lagi satu Miela selalu meminta orang ketiga jual dalam ekspo WUS. WUS atau dikenali sebagai subjek Keusahawanan di Universiti. So ada satu task di mana student kena jual barang dalam tarikh ekspo ditetapkan. Dari situ Miela boleh generate money setiap semester, cukuplah nak tampung makan sikit.
Nota: Student memang suka cari extra money walaupun sudah ada duit pinjaman atau biasiswa. Biasalah zaman muda macam-macam keperluan dan keinginan nak tampung.
7 Comments
Jgn kata students yg dah keja ni pun gigih cari extra income jgak. Hahaha.
ReplyDeleteTapi cantik lah. Comellll! Hehe
Comelnyerr.. Kreatif betul! Semoga boleh berkembang lg minat cik miela.. In sha Allah :)
ReplyDeleteAmin!! hehe
Deletekreatif..
ReplyDeletecomel hehe
ReplyDeleteRajinnya Miela! Pandai cari duit poket. Arol pun ada jugak barang-barang felt craft nie tapi dah bertahun mereput dalam almari. Sejak sambung belajar dah malas nak buat. :D
ReplyDeleteamboi sampai felt mereput dalam almari. T kalau nampak penanda buku felt jual kat USM, jangan lupa beli! hikhik
Delete