I'm Third Year Student :)
Salam readership. Dengan perasaan sedih berbaur excited jugaklah semalam akhirnya pulang ke universiti usm tercenta ini. Pagi-pagi dah bersiap awal nak balik U, padahal lebih dekat je pun U dengan rumah . Bajet-bajet belajar kat U hujung dunia pula hehe. Bukan apa selalu kalau balik petang, confim jem. Balik pagi senang, jalan lengang sikit. Boleh kemas barang siap-siap kan. Petang boleh tidur gitu. Huhu sebenarnya tak jugak, sampai USM petang terus ada meeting T.T. sob sob awal-awal dah kena buat gerak kerja.
Ini gambar bilik Miela. Dah masuk third year baru nak upload gambar bilik hehe. Alhamdulilah sampai third year masuk duduk dalam hostel yang sama. Bilik ni pun dah dua tahun berturut-turut bilik yang sama. Roomate pun pun still sama. Dalam USM ni, Miela tinggal di Desasiswa Saujana. Desasiswa paling jauh nun dari dewan kuliah. Nasib sem ni bawah motor, jimatlah masa nak pergi kelas daripada kena turun tunggu bas.
Eh rasa baru je masuk USM, tengok-tengok sekarang dah masuk third year. Ada kawan sebatch Miela dah masuk third year sebab course depa tiga tahun but not me T.T. Course Miela 4 tahun, mereputlah lagi 2 tahun disini. Tapi course 4 tahun relax sikit, takdalah ambil unit banyak setiap sem. Oklah Miela tak boleh nak update panjan-panjang dalam entri ni, dah nak start sibuk nampaknya. Nampak tak betapa gigihnya nak update blog hehe?. Doakan Miela supaya dipermudahkan tahun ketiga ni :D.
Nota: Maaflah ayat entri agak tunggang langgang sikit, taip cepat-cepat sebab ada kerja lain nak kena settle. Huhu
0 Comments