Salam Readership. Beberapa hari lepas Miela ada try masak Ketang Goreng Cheese ni. Kemudian olah sikit ikut citarasa gitu. Main tauk-tauk je tup tup dah jadi satu resepi. Kemudian bila makan tu kongsi dengan adik licin terus. Memang sedap tapi agak berlemak sikit. Kalau makan hari-hari mau naik badan.

Kali ini untuk resepi baru Miela tak bagi kuantiti sebenar, sebab Miela buat pun agak-agak je. Sebenarnya jumlah daging dan sosej bergantung kepada jumlah kentang korang guna. Kentang selalu lebih kena lebih daripada daging atau sosej.  Ok jom tengok bahan apa lagi diperlukan


Resepi kentang goreng cheese daging/sosej

Bahan menumis:
- 2  ulas bawang merah
- daging atau sosej atau campur dua-dua
- sedikit serbuk kari
- sedikit serbuk lada
- sedikit sos cili 

Bahan lain
- kentang segera
- beberapa keping slice cheese 

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang, kemudian goreng daging atau sosej bersama serbuk kari dan lada. Kemudian bila daging dan sosej masak gaulkan bahan tumis dengan sos cili. Selepas itu asingkan ke tepi.
2. Goreng kentang segera sehingga masak dengan minyak mencukupi.
3. Selepas itu sediakan bekas loyang untuk buat lapisan kentang cheese daging/sosej.
4. Lapisan pertama letakan semua kentang segera yang digoreng.
5. Lapisan kedua letakan daging/sosej yang ditumis.
6. Lapisan ketiga letakan slice cheese untuk menutupi lapisan kedua.
7. Akhir sekali , panaskan 3 lapisan tadi di dalam microwave selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Tips: Padangan Miela kentang dengan daging lebih sedap berbanding sosej sebab dia akan rasa ala-ala kebab gitu. Tapi kalau takda bahan guna sosej pun boleh.

Mudah je kan? Orang bujang pun boleh buat beb. Tak payah susah-susah pergi kafe hipster sebab sekarang pun boleh kentang cheese sendiri.

3 Comments

  1. woww! Extraordinary ! hehe. Manalah dapat idea buat cemni kan. hehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh sedapp nih. dah bookmark!! nanti nk try.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Saya memang minat menu yang ada cheese macam ni.

    ReplyDelete