Salam Readership. Pagi tadi dikejutkan dengan berita Ustaz Kazim dimasukukan di hospital swasta disebabkan masalah kesihatan. Miela agak terkejut juga sebab semalam baru sahaja tengok ustaz Kazim ceramah dekat DTSP Universiti Sains Malaysia yang bertajuk "Dosa Diviralkan".

Tiket ceramah semalam

Throwback kisah semalam. Agak penuh dewan DTSP semalam. Yelah sapa tak kenal ustaz Kazim kan. Ramai berpunsu pergi ceramah walaupun bukan student usm.  Pada awal ceramah ustaz Kazim memang nampak tak sihat jugak laa. Tapi bila dipertengahan ceramah beliau nampak beliau masih bersemangat nak sampaikan ceramah semalam. Ceramah beliau memang best, asyik gelak je. Ceramah beliau sampaikan agak santai. 



Tuptup pagi tadi beliau masuk hospital. Agak kesian juga walaupun tak sihat semalam tapi masih bersemangat bagi ceramah untuk kami. Terima kasih atas ilmu yang disampaikan semalam. Perasan jugak masuk hospital masih pakai baju ceramah yang semalam. Jadi marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan ustaz Kazim. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz kazim. Amin.....

1 Comments