Salam Redaership. Siapa sini suka pakai mask tiap-tiap minggu?. Penting kot uolzz pakai mask ni sebabnya kita nak kena jaga muka daripada muka kita kusam, tak bermaya dan gelap akibat kesan daripada sinaran mata hari dan memakai makeup setiap hari. Sebenarnya tak cukup sekadar pakai krim pelembab sahaja kena ada extra care untuk merawat kulit wajah ni.


Baru-baru ni Miela ada order mask dari Sephora. Sephora ni femes nau dikalangan kawan gurl-gurl yang suka make up haha. Tapi kali ni Miela order online sahaja sebab beli RM80 ke atas dah dapat free delivery. Untung kan? Kalau malas nak pegi store boleh order online di sephora.my.


Tadaa 2 mask nilah Miela order. CC Cream abaikan sebab dapat sample free masa order dua mask ni. Miela telah order Sephora Collection: Sleeping Mask Mono Orchid dan Skin Inc Pure Deepsea Hydrating Mask.





Sleeping Mask Mono sebenarnya terdapat pelbagai warna kotak berbeza seperti Rose, Green Tea, White Pearl dan lain-lain. Tekstur gel warna lutsinar dan bau dia memang bau wangi sangat seperti bau orchid gitu. Cara pemakaianya ambil sedikit gel dan ratakan ke muka. Biarkan satu malam, esoknya cuci dengan air. Fungsi mask ini adalah untuk lembutkan tesktur muka, , meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencerahkan muka korang




Skin Inc Pure Deepsea Hydrating Mask pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memutihkan kulit secara semula jadi. Mask ni sesuai untuk orang kulit berminyak macam Miela dan juga terdedah dengan jearwat. Boleh digunakan setiap hari sebagai rutin samada pakai masa tidur ataupun selama 30 minit. Sejak pakai mask ni kulit Miela semakin kurang berminyak daripada sebelum ni. Mask ni pun merupakan best selling sephora okay, dan bahan dirumus daripada kacang soya, air laut Okinawa dan asid Hyaluronic.


Jadi kalau nak cari mask yang best-best boleh boleh cuba shopping di Sephora secara online. Pengalaman shopping Sephora sangat mudah dan menyeronokan bukan sahaja dapat free delivery tetapi masa penghantaran tidak mengambil masa yang lama. Jadi kalau nak dapatkan produk mask terkini daripada Sephora boleh shopping disini.

1 Comments

  1. Kebetulan tengah cari sleeping mask. Thank you review produk ni =)

    ReplyDelete