Salam Readership. Hai hampa. Agak-agak kan kalau kita nak pergi ke Sabah, Indonesia, Korea, Landon atau tempat yang  jauh-jauh tu, kita mesti kena naik flight kan? heee. Hampa naik flight bukan untuk bekerja je, boleh juga pi untuk bercuti ke ataupun kalau ada games di negara lain yang mesti menggunakan flight atau kapal terbang.

Bila naik flight ni memang memudahkan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain tak perlu naik kapal yang ambil berhari-hari untuk sampai. Selain tu,  kita boleh pergi ke tempat yang jauh dari tempat kita. Walaupun ada baik atau buruk naik flight ni, penerbangan airlines masih ramai lagi digunakan. Paling hampa nampak kelebihan dia sangat menjimatkan masa. Sebelum ni, kalau kita nak pi satu tempat, kita mesti naik kereta atau kapal, dan lama jugak nak sampai. Contohnya, macam kalau kat Malaysia, orang dulu-dulu akan naik kapal untuk menunaikan ibadah Haji kat Mekah dan perjalanan tu ambil masa dalam 3 ke 4 minggu juga nak sampai ke sana. Tapi zaman laa ni, kita dah boleh naik flight untuk pergi ke Mekah. Kat Malaysia ni, terdapat banyak jenis airlines yang ada seperti AirAsia, MAS, Malindo, FireFly dan macam-macam lagi. Tetapi kalau hampa nak tau, MAS atau Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan yang terawal dan tertua di Malaysia sebelum adanya airlines yang lain. Kira syarikat MAS ni penerbangan yang lagend laa.


Gambar zaman dulu-dulu naik kapal pergi mekah

Dan hampa tau tak,  yang MAS ataupun Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan nasional Malaysia yang menawarkan mod pengangkutan yang terbaik untuk terbang ke, dari, dan sekitar Malaysia. Sebagai ahli perikatan satu dunia,MAS menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar ke lebih daripada 1,000 destinasi di lebih daripada 150 buah negara. Seyies banyak kan?.  Malaysia Airlines juga menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, seperti Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan, dan Kelas Pertama. Tapi based on pengalaman kawan mila sendiri, naik kelas ekonomi dengan MAS pun dah selesa sangat better lain airlines lain.



Contoh kelas pernebangan pertama MAS airline

MAS juga mampu mengakses ke lebih daripada 650 lapangan terbang lapangan terbang di seluruh dunia. Hampa mesti kagum kalau Miela cakap yang pada awal 2016, Malaysia Airlines menandatangani perkongsian codeshare dengan Emirates untuk mengendalikan penerbangan di seluruh Asia, Afrika, Amerika, dan Timur Tengah.  Kiranya satu pecapaian yang besaq oleh Malaysia Airlines ialah Syarikat Penerbangan 5-Bintang dari Skytrax pada tahun 2009, 2012 dan 2013. Malaysia Airlines juga telah dinamakan Airline Utama Asia pada tahun 2010, 2011 dan 2013 oleh World Travel Awards. Kagum kan dengan MAS. Kalau kagum, selalu-selalu lah naik MAS hehe.

Alang-alang dah cerita tentang MAS, Miela nak bagi cara beli tiket flight MAS melalui Traveloka yang agak mudah untuk beli tiket flight ni. Mula-mula hampa kena la cari dahulu lepas tu dan tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines hampa dalam talian melalui Traveloka untuk mendapatkan harga dan promosi terbaik. Di Traveloka, bila dah daftar hampa akan dapat promosi diskaun dari Traveloka setiap minggu. Jadi hampa jangan  risau kalau hampa nak pi mana-mana pun naik flight, dengan Traveloka, dah dapat diskaun.



Kini dah boleh booking flight melalui Traveloka

Berbalik pada membeli tiket flight tadi. Habis tu bagaimana nak membuat tempahan tiket?. Ini adalah cara yang hampa boleh buat untuk menempah tiket Malaysia Airlines melalui online:

1.      Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App, Isikan butiran penerbangan dalam kotak carian, Pilih dan tempah penerbangan hampa, Isi maklumat hubungan dan butiran penumpang, . Okay settle bab isi maklumat ni
2.      Kemudian lengkapkan pembayaran melalui kaedah yang dipilih, hampa akan menerima e-tiket Malaysia Airlines dalam Tempahan Saya atau dalam e-mel.
3.      Lepas dah book, hampa kena la tahu cara untuk membayar tiket pula kan. Cara-caranya macam ni  boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Cash on Counter. Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, hampa boleh tengok kat Cara Bayar. E-tiket Malaysia Airlines. E-tiket Malaysia Airlines adalah bukti yang betul untuk tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Hampa just kena tunjukkan tiket e-tiket semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk diri, untuk mendapatkan pas masuk.
4.      Jika hampa belum menerima e-tiket dalam tempoh 60 minit selepas pembayaran selesai, hampa boleh hubungi Perkhidmatan Pelanggan Traveloka. Senang ja kan??. Hampaa boleh buat benda ni bila-bila masa je


That all. Jadi, hampa boleh plan la percutian sebaik mungkin dan book lah tiket flight hampa melalui MAS dan book hotel di Traveloka.

1 Comments