Salam Readership. Dua minggu lepas Miela berkesempatan melawat ke Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru Penang. Sejujurnya ini kali kedua Miela pergi. Untuk kali pertama Miela pergi time tu sebelum beberapa hari nak konvo. After kali kedua pergi, Miela rasa nak pergi tempat tu. Boleh hilang stress tau tengok kucing comel-comel ni. 

Miela memang sangat mengharapkan ada zoo mini kucing di kawasan utara, maklumlah kalau nak pergi KL jauh sangat noks. Tapi Alhamdulilah ada juga di kawasan Penang. Meh Miela belanja sikit gambar sis bulus yang comel-comel nie.



Si bulus sedang makan friskies


Kucing pun pandai exercise tauuu. Miela tengok kucing ni banyak kali dok main benda ni, patutlah kurus 😂😂

Decoration yang menarik


Di Penang Cat Studio & Spa, Bayan Baru korang akan diberi masa sejam untuk main sepuas-puasnya kucing kat sini. Malah ada juga tools diberi untuk korang berjinak-jinak kucing kat sini. Kucing kat sini hampir semuanya manja-manja uollss. Kat sini juga ada macam-macam jenis baka kucing ada seperti bengal, golden, cinnamon, British short hair, munchkin, vegdoll, dan Turkish angore. 


Overall Miela sangat puas hati tempat ni. Sekurang-kurangnya korang bayar tiket masuk dapat berjinak-jinak dengan kucing. Kucing kat sini agak hyperactive, memang kelakar tengok telatah kucing comel ni. Layanan staff sini sangat okay dan ramah bercerita tentang habit kucing kat sini.


Haarga tiket masuk 
Dewasa hanya RM9.00 
Kanak-kanak RM5.00
Student RM5.00 (untuk weekdays sahaja)

Alamat
1-1-25,The One Terrace Plus Shop,
Tingkat Mahsuri 4,
11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Waze
Penang Cat Studio And Spa

No telefon
013-3029788

Facebook

p/s: Korang yang pencinta kucing tinggal area penang wajib tau pergi!

4 Comments

  1. comeinya, x pernah lagi ke cat studio, dok penat lyan kucing sendri..

    ReplyDelete
  2. Menarik!!! suka sangat kucing. tapi hanya mampu bela seekor. tu pon diva ya amat! serik mak! hahah

    ReplyDelete
  3. sejam saja ye masa yg dibenarkan. kalau betul2 minat kucing tak puas ni kalau sejam.

    ReplyDelete