Salam Readership. Pernah dengan brand Focallure?. Brand Focallure agak femes dengan MUA Youtuber. Sebab dia brand makeup murah giler tapi berkualiti. Yang penting dia bukan produk timbang kilo. Focallure ni murah sebab dia dari China, tapi kualiti okay macam barang kat watsons. Boleh hampa cari review brand ni dekat youtube juga.


Untuk pertama kali try brand Focullure, Miela beli Focallure Waterproof Matte Liquid Lipstick, Focallure 14 Colour Glitter Shimmer Tropical Vocation EyeShadow dengan Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil. Kesemuanya RM24.20 jer, murah kan?


First dapat packaging bubblewrap memang nice giler, memang confirm barang tak pecah. Okay jom review barang satu-satu.


Focallure Waterproof Matte Liquid Lipstick


Miela beli code deep cheesenut. Malangnya code tu tak berapa sesuai dengan kulit Miela kaler dia cerah sangat macam sapu water colour buncho tu ðŸ˜‚ , serius. Tapi kalau nak sesuaikan kena pakai foundation cerah sikit kat muka atau mix kaler nude atau warna deep red dengan lipstick ni baru sesuai. Tapi yang best lipstick ni tahan lama dengan harga RM5.20 agak berbaloi. Cuma texture agak terlalu kering, kena pakai lipbam sikit baru okay. Peringatan lipstick susah sikit nak tanggal kalau pakai sekejap. Kalau pakai lebih 8 jam memang ok je tanggal.


Focallure 14 Colour Glitter Shimmer Tropical Vocation EyeShadow


Miela tak tahu nak review eyeshadow ni, sebab inilah firstime seumur hidup , umur 25 tahun baru merasa beli eyeshadow pallete ni haha. Sebab sebelum ni prefer pakai stick eyeshadow tapi macam tak best pulak sebab tak boleh combine banyak warna kalau stick ni. Ramai orang cakap eyeshadow foccallure memang pigmented giler. Oklah untuk beginner makeup boleh try eyeshadow mampu milik ni hehe. So far Miela suka combine code heat dengan desert, memang cantik je pakai.


Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil


Abaikan background kucing kat belakang tu 😆. Miela ni pengemar eyebrow pencil sekali sikat disediakan. Lagi-lagi yang jenis tak payah nak asah pencil. Payah nak jumpa eyebrow macam tu kat Watsons. Banyak yang pencil kena asah je. Kalau ada, agak mahal sikit, tapi benda tu cepat habis. Suka yang macam ni sebab lagi mudah lukis kening, dia kalau pakai memang tak nampak over kalau hampa pandai buat teknik macam korea makeup lukis kening. Nampak natural. So far antara tiga barang, Focallure Waterproof Long Lasting Eyebrow Pencil ni paling puas hati sebab murah giler and pigmented. Kalau compare kat Watsons boleh dapat 3-4 eyebrow tau dengan focallure. Rasa nak beli lagi banyak-banyak, buat stock beberapa bulan hihi.



Ok sampa sini sahaja review Miela untuk kali ni. Kita review jujur tauu 😇. Untuk brand focallure brand wajib korang try sebab tak rugi pun sebab murah sangat. Kalau nak murah beli kat Shopee, postage RM5.20 jer.

2 Comments

  1. Ada juga nampak brand ni kat shopee tapi takut nak beli sebab murah sangat. Bila baca reviee ni nampak macam menarik je eyeshadow tu nanti boleh try yang ni pulak

    ReplyDelete
  2. Murahnya! baru tahu pasal focallure ni

    ReplyDelete