Di akhir entri tentang percutian Miela ke Sabah, Miela cuba nak kongsikan bajet pergi ke Sabah dari Pulau Pinang memadangkan airport paling terdekat ialah Pulau Pinang. Bajet dipamerkan tak semua sebijik, yang bertanda * adalah anggaran tetapi masih hampir bajet sebenar disebabkan I juga terlupa nak catat masa bercuti. Jom kita tengok total bajet bagi satu kepala.

TIKET FLIGHT 
PEN-BKI : RM327.92 ( tak termasuk add on makanan dan bag 15kg)
Add On : RM59.24 (Nasi Lemak, Seat dan Checked Baggage 15kg)
Total : RM387.16

PENGINAPAN
Capsule Audrey Hotel : RM36.75/pax
Kiram Cabin Village : RM37.50/pax
Sakot Hostel : RM19.61/pax
Total : RM93.86

KERETA SEWA
Myvi Auto 2 days: RM50/pax
Minyak Kereta : RM20/pax
Total: RM70

GRAB
Total : RM22.20/pax*

TIKET MASUK
Desa Dairy Farm: RM10 (Sebab masuk dua kali 😆)
BW Bus Restaurant : RM5
War Memorial Park : RM3
Kinabalu Park: RM3
Melangkap Nabalu Refflesia: RM3
Total: RM24

Total bajet TAK termasuk Tiket Flight: RM210.06
Total bajet termasuk Tiket Flight: RM597.22
*exclude makanan dan ole-ole

Bajet disini sini Miela tak masukan bajet makan dan beli ole-ole ye. Sebab masa kat sana banyak makan merapu jugak muahahaha. Pandai-pandailah korang bajet yer. Tapi kalau tolak bajet tak termasuk tiket flight memang kira murah sebab tiket flight sebenarnya boleh dapat lagi murah.  Plus murah mungkin sebab tak sempat nak island hoping juga. Disini nak kongsi tips jimat pergi ke Sabah.


Makan
Selalunya kalau bab makan nak jimat bila korang breakfast makan roti atau makan masak sendiri. Masak sendiri rasanya valid kalau korang stay dekat homestay. Ataupun paling simple makan meggi jer. Tapi bila di tempat orang cuba juga try makan makanan lain dari yang lain sikit dah alang-alang sampai ditempat jauh.

Tiket Flight
Actually kalau tiket flight boleh dapat murah lagi terutama kalau dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Tiket flight selalu juga murah bila kita ambil antara selasa sampai khamis kalau tak silap la. Kiranya bukan hot date. Jadi banyakkan survey tiket flight dulu sebelum beli

Pengangkutan
I galakkan bila di bandar Kota Kinabalu naik Grab je sebab apa boleh lagi jimat daripada sewa kereta. Sewa kereta kena bayar by hari dan kena tambah minyak.  Tak termasuk korang bazirkan masa dan minyak bila sesat nak cari parking. Tapi kalau naik Grab depa hantaq depan-depan pastu jalanlah puas hati korang jimat masa cari parking. Sebab bandar Kota Kinabalu sesak sikit. Tapi kalau nak pergi Kundasang wajib sewa kereta, sebab sana takde Grab.

Penginapan
Kalau pergi secara solo atau kumpulan kecil bolehlah cari hostel atau hotel capsule murah-murah terutama bila guna Agoda. If pergi ramai orang I galakkan korang stay homestay sebab lagi berbaloi plus boleh main masak-masak. 


Itu sahaja tips dan bajet Miela boleh share dengan korang. If terkurang minta maaf la yer. Sepanjang bercuti di Sabah beri satu pengalaman baru like selalunya sebut Gunung Kinabalu mungkin dah biasa tapi bila tengok depan mata rasa luar biasa. So sebagai rakyat Malaysia bangga dengan khazanah berharga yang merupakan puncak tertinggi kat Malaysia nie.



1 Comments

  1. Thank you kongsi tips and expenses dkt sana. Boleh la bajet2 kalau nak pegi lepasni. Tiket flight yg mcm mahal sebenarnya. Kalau plan awal2 mmg boleh dpt murah lagi kan kan

    ReplyDelete