Hai guys. Bermula entri ini dan entri seterusnya Miela akan story tentang trip ke Sabah. Alhamdulilah Miela baru sampai rumah semalam setelah bercuti ke Sabah 5 hari. So untuk first entri tentang Sabah nak story tentang tempat penginapan pertama I duduk setelah sampai di Sabah.

Sekarang ni banyak hotel ala-ala capsule sebab harga sangat berpatutan untuk orang suka travel bajet. Lagipun travel lebih focus kepada berjalan, sesuai ambil capsule hotel macam ni sebab banyak spend di luar daripada dekat bilik. Miela jumpa Audrey Capsule Hotel ni pun dekat Agoda. Ada Miela ceritakan cara nak order di entri ini

Audrey Capsule  Hostel antara paling murah kitaorang jumpa. Masa promo dapat lebih kurang RM19 semalam. So kami stay dua malam size katil queen dapat RM36.75/per pax dan total 2 kepala dapatlah RM70.32. Murah kan??


Hostel ni terletak area Penampang. Jauh sikit dari kuasa bandar tetapi dekat dengan Airport Kota Kinabalu. Jarak dalam 15 minit perjalanan dari airport. Hostel dia terletak atas kedai Lighting tu, tingkat dua berhadapan kedai mamak Mahathir. Walaupun jauh sikit dari kawasan bandar tapi dekat kedai makan seperti kedai mamak, KFC dan 7Eleven. So tak perlu risau kalau nak cari makan.


Yang ni tak I tau nak panggil tempat apa, maybe mini lobi lah. Basically korang boleh check in dari pukul 2 petang sampah tengah malam. Sesuai nak stay 1 night kalau flight sampai malam. Kat mini lobi boleh charge handphone dan powerbank. Sini juga boleh buat port untuk sembahyang.


Inilah rupa bilik capsule untuk 2 orang. Ada bawah dan atas. Tapi I prefer ambik bawah sebab malas nak panjat.






Bawah katil ada laci, memang muat sumbat bagasi. 


Ada juga laci berhampiran pantry. Tapi kitaorang tak guna sebab laci bawah katil dah cukup letak barang kami and lagi dekat kami boleh cari barang.


Ada lampu dan cermin. Lampu boleh tukar-tukar colour lagi.


Dalam katil capsule ada tv, tapi kitaorang tak guna pun sebab hostel kami tinggal fungsi lebih kepada tempat kitaorang tumpang tidur sahaja. Tv ni kitaorang pun tak reti guna huhu.


Cons
Dengan harga bajet of courselah kita tak boleh expect selesa macam hotel 5 bintang. Hostel capsule ni mix gender, so agak difficult terutama perempuan muslim nak jaga aurat kalau berada di luar capsule. So environment macam asrama sikit. Bilik mandi memang kena share. Lagi satu capsule dia bukan sound proof so kalau kita sembang dalam capsule boleh dengar. Pendek kata kat hostel capsule kena behave sikit dan agak kurang privicay. I not recommeded untuk family besar tinggal sini tapi untuk solo traveler atau orang muda yang bujang stay sini yes ini maybe tempat korang stay hotel bajet


Pro
Very save our bajet dengan satu malam RM19 kalau book online if walk in dalam RM30 satu malam. Miela rasa tempat ni boleh jadi tempat pelarian konon merajuk boleh tidur sini 😆, haha okay gurau je. Kemudahan basic ada kat sini macam pantry, tempat iron baju, and ada ruang nak solat. Tuala pun boleh korang minta. Orang jaga hostel pun sangat ramah. I very recommended untuk orang nak stay sekejap 1 or 2 malam yang lebih focus untuk jadikan tempat tidur sahaja and more to spend masa berjalan.

4 Comments

  1. menarik hotel dia...lagi best environmentnya berbanding capsule kat klia2 tu...haha

    ReplyDelete
  2. Menarik juga lokasi penginapan budget ni. Tak tahu pula di Sabah pun ada capsul hotel camni

    ReplyDelete
  3. Capsule hotel mmg range harga yg sesuai utk tourist yg ada bajet yg sikit. Tak selesa sikit takpe je kalau niat travel bukan nk stay atas katil hotel seharian hehe teringin nk try. Tpi belum berkesempatan

    ReplyDelete
  4. nampak cantik dan sesuai untuk travel sensorang..bw famili mmg x sesuai laa kan..

    ReplyDelete