Saturday, July 27, 2019

Booking Penginapan Mengunakan Apps Agoda Tanpa Bayaran

Hai hampa. Ada tak nak plan nak bercuti-cuti mana?. Sedang nak cari hotel untuk menginap?. Miela suggest pakai Agoda je. Miela dah compare website lain Agoda still the best bab price ni. Alkisahnya Miela sedang mencari tempat menginap bila sampai ke Kota Kinabalu. Insyallah hujung bulan 9, takde aral melintang sampailah ke bumi Sabah. Alang-alang I taip entri ni, boleh buat tutorial cara nak booking melalui apps Agoda tanpa payment.

Seriuslah boleh booking tanpa payment? Yang best sekali korang boleh cancel booking tanpa cancelation fee. Untuk booking tanpa payment, korang boleh booking tanpa payment sehingga 5 hari sebelum menginap. Lagi 5 hari nak menginap nanti dia akan auto debit. Untuk free cancelation, korang boleh je cancel free sebelum 5 hari nak menginap, kalau cancel last minute kemungkinan dapat bayaran separuh atau non  refundable.

Cara-cara booking melalui Agoda :


Mula-mula isi detail destinasi, tarikh check in dan check out dan berapa orang.


Nanti dia akan keluar macam ni. Korang boleh scroll puas-puas cari hotel yang berkenan sesuai dengan bajet


So Miela pilih Audrey Capsule hostel sebab harga bajet tapi banyak review yang ok. Lagipun aktiviti kat sana banyak berjalan je, just booking tempat untuk tidur sahaja



Klik Book Now


Isi detail yang patut



Bahagian payment korang kena take noted. Korang boleh pilih antara Pay Now atau Pay Later. Untuk pay now korang boleh bayar direct pakai Maybank2u, CIMB Cliks semua tu. Tapi untuk pay later korang kena pakai kad debit. Kad debit boleh guna kad bank korang je. Tengok kad bank korang ada logo Visa ke, Master Card. Kalau Visa pilih Visa and masukkan nombor kad. If kad korang memang tak boleh untuk payment ni, cuba try kad lain pula


Last sekali nak apa-apa special request macam nak check in lambat ke, nak extra bed boleh letak kat nota. Dan slide to book untuk booking korang punya penginapan. Nanti dah booking dorang akan hantar email, nak keluar detalil dekat bahagian booking. 


Mudah kan booking dengan Agoda??. So yang pernah booking dengan Agoda share-share komen kat bawah atau pernah booking website boleh boleh korang story juga feedback macam mana.

8 comments:

  1. both agoda n booking apps mmg da ada dlm hp ni😊😊

    ReplyDelete
  2. Hi, nak tanya...kalau kita pilih option 'PAY LATER' agoda akan auto deduct duit dalam account bila sampai waktunya atau macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan auto deduct duit dlm account sampai waktunya

      Delete
    2. Kenapa saya try nak buat payment, tp payment unsuccessful eh? Masalah kad bank ke?

      Delete
    3. hai nak tanya kalau pay later kan . cth payment 23hb . then before 12am 23hb kena ada duit cukup dalam acc ke ? payment dia tolak bila ye ?

      Delete
    4. Tak semestinya..5 hari sebelum menginap kena ada duit dalam acc mencukupi untuk agoda auto debit nanti

      Delete
  3. kalau pembayaran dikutip oleh harta tanah pada bila-bila masa.macam mana ya.

    ReplyDelete