Salam Readership. Actually dah hampir sebulan beli sambal nyet khairul aming, cuma hari ni berkesempatan nak review dalam bentuk entri. Miela rasa bertuah sangat sebab I antara lucky person yang berjaya dapatkan sambal nyet setelah berpuluh-puluh kali berperang kat Shopee nak dapatkan sambal nyet ni. Sebabnya sambal dia selalu je sold out.





Sebelum Miela nak review lebih detail, I nak bagi tips nak dapatkan sambal nyet Khairul Aming ni. First of all hampa kena pastikan duit dalam  shopee pay dah siap top up dengan jumlah memcukupi untuk beli sambal nyet. Kalau masa nk beli baru nak bank in, alamatnya takdan bayar memang sold out. Sambal Nyet selalu sold out tak sampai beberapa minit je. Second kalau uolls nampak  kedai dia online, korang kena refresh sebanyak mungkin, kemungkinan bila online dia tengah restock sambal. Masa tu bila sambal dah restock, masa nilah hampa kena check out secepat mungkin duit baki shopee pay dah ada.

Alhamdulilah selepas order, hari tu jugak sambal dipost. Memang proses delivery cepat masa tu. Dari segi packaging memang secure, takda satu kuah yang tumpah. Bila bukak btol, bau sambal dia buat lagi tak sabar nak cuba



Terus Miela makan sambal nyet dengan nasi ayam penyet. Fuhh memang ngam dia. Rasa tak pedas sangat, bau dia memang amat menyelerakan. Tips nak sambal tahan lama, lepas buka nanti simpan peti ais sebab sambal memang normally tak tahan lama. Untuk sambal Khairul Aming Miela bagi 8/10 . Korang juga boleh video tiktok review sambal khairul aming kat bawah ni okay!




@salmilanadia

Finally, i managed to buy sambal nyet khairul aming after 153844637399979x refresh on shopee 😚 #sambalnyetkhairulaming #racunshopee #tiktokmalaysia

♬ Woah (feat. D3Mstreet) - KRYPTO9095

1 Comments

  1. boleh cuba nih, memang tengah tercari2 sambal pedas sedap untuk stok ramadhan nanti.

    ReplyDelete