Salam readership semua. Kali ni I nak review lagi port best makan dekat penang. Ini betul-betul honest review, takde bayar-bayar. I memang sukarela makan dim sum dekat sini sebab lama teringin nak makan dimsum dekat kedai chinese kebetulan memang kedai ni ada sijil halal, so tak ragu-ragu makan di sini.

Canning Dim Sum Canning Dim Sum Express Bayan Lepas betul-betul dekat  D'Piaza Mall. Kalau tak jumpa juga boleh waze confirm tak sesat!. Btw, nak masuk kena bayar parking tak mahal dalam RM1-RM2 gituu je. Kedai ni dua shift iaitu pagi 8.am - 3.00 pm dan waktu malam 6pm-9pm . Recommended pergi awal, takut ada makanan korang aim habis hehe.





Antara menu di Canning Dim Sum. 


Ni menu kitaorang makan






Yang gulung-gulung smoke duck roll memang sedap sangat-sangat. Tak cukup sebenarnya satu pinggan haha




Disebabkan first time order, kitaorang main order je sebab tu banyak walaupun makan untuk dua orang tapi puas giler mostly memang sedap  macam dim sum, wantan mee, smoky duck dengan pau salted egg perghh memang sedap. Kalau save budget boleh jugak cuba ambik set dimsum pun berpatutan jugak harganya.


Selain makan, boleh jugak port ootd satu 😆


Miela recommeded orang utagha atau sapa-sapa mai penang untuk try canning dim sum ni. Orang penang tak perlu dah turun ipoh nak makan dim sum sebab kat bayan lapas dah bukak dah cawangan hehe. So pastikan yang belum pernah cuba boleh  masuk wish list makan makan ni. Untuk info lanjut boleh ke Page Canning Dim Sum Express Bayan Lepas . Sebelum tamat jangan lupa tonton tiktok pengalaman makan dim sum di bawah okay!





Finally dapat cuba halal dimsum dekat penang. Recommended, banyak pilihan 😍 #penangfoodie

2 Comments