Hai uolss. Baru-baru Miela sempat cuba perisa terbaru air Tealive Famous Coco Smothie dengan Famous Vanila Smothie. Haha laju betul Cik Miela kita ni rasa perisa viral terbaru nie. Of courselah, benda viral mesti kena cuba 😝


So I malas bersesak-sesak nak beratur just order melalui apps Food Panda. Dalam Food Panda harga Famous Coco Smothie dengan Famous Vanila Smothie masing-masing RM13.90. Bila campur tolak kos delivery dan voucher FEASTNOW dapatlah RM23.70 untuk dua air.


Rupa bila air dah sampai


Sebelum I beli tu, dua-dua drink request half sugar macam dikhuatiri manis. Rupa-rupanya tindakan saya itu betul sebab walaupun half sugar air still manis tapi masih masuk dlm tekak. Kalau full segar taktau apa jadi 😂


Korang jangan ingat Miela beli dua perisa, I terus balun dua-dua. Of course not, haha mesti beli untuk member juga tapi tumpang rasa Coco Smothies tu sebab I ambik Vanila Smothies. 


Dari segi review rasa Famous Vanila Smothies agak manis ya walaupun dah half sugar. Tapi rasa cookies tetap ada, ada rasa vanila agak strong. Untuk Famous Coco Smothies rasa coco dan sedap sangat. Berbaloi request half sugar sebab boleh rasa coco kuat. Plus ada cookies yang hancur dalam air tu lagi feel la minum. Overal 4.3/5 utk Vanilla Smoothies, 4.6/5 untuk Famous Coco Smoothies.

1 Comments