Salam Readership uolss. Entri kali ni Miela nak berkongsi resepi Kek Pisang mudah untuk di buat. Disamping tu juga, bila share kat sini if tak ingat resepi boleh tengok balik dekat blog 😆. Kek Pisang sudahlah mudah, nak pakai bahan senang je. Hari tu Miela buat kek mostly bahan semua dah ada dekat rumah kecuali top up beli pisang je pastu terus buat. 

Recommended untuk korang cuba resepi ni, mana tahu nanti raya or ada jamuan boleh buat terus dengan mudahnya dan resepi  ni juga sangat save kos.


Bahan:

3biji Telur Gred A

190gm Minyak

200gm Gula Pasir Halus

Blend Kesemua Bahan Diatas Lebih Kurang 1 Minit


250gm Pisang (Emas/Berangan)-Lenyek Dengan Tangan

150gm Tepung Gandum (diayak)

1 sudu teh Soda Bicarbonate

1 sudu teh Baking Powder

¼ sudu teh Garam

½ sudu teh Esen Pisang/Vanilla


Cara-Cara:

1. Masukan Pisang Yang Dilenyek Kasar-Kasar tadi dengan Sekali Putar Sahaja.

2.Campurkan Bahan-Bahan Blend Tadi Ke Dalam Tepung, Kacau Guna Spatula.

3. Bakar Suhu 160c Selama 40 Minit.

4. Sebelum Bakar Hiaskan Dengan Pisang




Kek pisang boleh juga di hias dengan coklat cip







0 Comments