Pengalaman merasa Kieda Crepe Yang Popular dekat TikTok
Siapa yang selalu bukak tiktok, mesti kenal Kieda Crepe ni? Sampai beratur panjang nak dapat crepe. Plan asal nak pergi HQ Kieda Crepe dekat Bertam kebetulan cuti panjang raya haji sampai rabu. Tapi bila fikirkan balik perlu beratur seawal 10 pagi sementera kedai bukak pukul 3 petang means dalam 5 jam tunggu, rasa tak kuat iman nak menunggu. Kalau setakat 1-2 jam gagah sikit huhu.
KLIK juga: Buat Crepe DIY sendiri
Kemudian hari Khamis 17 Julai tu, I memang teringin sangat cuma setakat mampu melayan tiktok pasal Kieda Crepe kemudian ada satu video lalu kt fyp pasal Kieda Crepe pernah hantar dekat vendor dekat Bandar Perda yang dekat tempat kerja I. I stalk dari tiktok Butik Anisz sampai ke IG hinggalah ke owner butik Facebook. Sebab nak tau hari apa ada, katanya tak selalu ada di butik. Lebih kurang seminggu sekali.
Lepas nampak posting ni terus I decide balik kerja nak pergi. Masa ni niat macam nak cuba nasib ja. Kalau ramai sangat atau lama sangat tunggu mungkin tak kot sebab I ni bukan jenis suka beratoq berjam-jam ni haha. Kebetulan dalam live dan ig story Kieda pun dia habaq hari tu ada Kieda Crepe akan sampai dua tempat satu dekat Bandar Perda satu lagi dekat Shell Sungai Dua. Kiranya depa semua bagi tau last minute sebelum pukul 6 petang sebab tak nak bagi harapan dekat orang beratur awal lagipun stock terhad sangat memadangkan Kieda Crepe sangat viral.
I beratur dekat butik pukul 6 petang, mula-mula pelik pasaipa tak ramai kan. Tapi I beratoq jugak dapat turn nombor dua haha. Start nak masuk pukul 7 tu dah ramai sangat orang. Nasib I baik beratoq dalam butik dan berecon so dah alang-alang tunggu dapat dok barisan depan tunggu jelah crepe sampai landing dekat butik.
Lebih kurang 7.30 petang dalam tempoh 1 jam setengah berator akhirnya dapat merasa Kieda Crepe. Sumpah terasa terharu, macam tak percaya je macam mimpi 😍 . Sebab I tak letak expectation tinggi untuk dapatkan benda yang viral macam ni, ini rezeki sangat-sangat. Hikmah juga depa habaq last minute ni huhu.
So dapat grab 2 je disebabkan dorang bagi limit beli dua sahaja. Kesian jugak ramai sangat berator, at least bagi limit dapat lagi ramai merasa. Ni pun dah kira bersyukur sangat. I grab Nutella Oreo Crepe dengan Coklat Strawberry Mille Crepe hat bekas bulat tu. Total I beli RM27, harga ikut flavor starting RM8 hingga RM15.
Hat Nutela Oreo Crepe sedap sangat, memang nuttela full tau dan crepe tak tebal pun
Untuk Mille Crepe Coklat Strawbery ni isi dia agak padu, paling best makan waktu sejuk. Nasib ambik hat strawberry sikit ada rasa masam-masam kurang sikit rasa muak tu. Kombinasi terbaik coklat dan strawberry ni
Itulah pengalaman Miela nak dapatkan Kieda Crepe yang pada mulanya macam susah nak dapat, tetiba rezeki dapat agak mudah tak perlu beratur terlalu lama. Sejam lebih beratur tapi tak rasa lama, dengan berbaloinya dapat Kieda Crepe ni. Btw I memang buat tiktok pasal Kieda Crepe ni boleh tengok dekat link https://vt.tiktok.com/ZSRRoSKjC/?k=1
0 Comments