Pengalaman bermalam di Gopeng Glamping Park, Perak untuk Team Building
Hai uolss, kali ni I nak share pengalaman stay Gopeng Glamping Park untuk team building yang dianjurkan oleh company I berkerja. Alhamdulilah dapat stay tempat viral macam ni, nak booking susah gila sebab waktu weekend selalu je full, kalau last minute booking memang payah nak dapat.
Even I tolong booking untuk company I ambik masa sebulan tunggu turn sebab memang full untuk booking ramai. Jadi uolss nak pergi kena booking awal tempat penginapan dekat Gopeng Glamping Park, kalau pergi weekday senang dapat . Ni I share rate untuk weekend dan weekdays, basically weekday memang murah sikit rate dia
Untuk team building antara barang uolss boleh prepare seperti:
- Suncreen wajib ( I beli stick boleh reapply atas makeup banyak kali)
- Waterproof bag (untuk bawak masa water rafting)
- Waterproof case jika nak bergambar dalam sungai
- Topi (wajib bawak nak lindung dari cahaya matahari)
- Baju ironless untuk mudah bersiap
Btw uolls boleh tekan link warna biru, untuk uolls mudah nak membeli
Sambung cerita tadi, kami semua pergi pada waktu weekday dari Penang ke Gopeng ambil masa dalam masa 2 jam. Sebelum sampai ke Gopeng Glamping Park kami singgah makan di Restorant Adly dekat keluar pintu masuk tol Gopeng, sedap makan tengah hari kat situ. Wajib singgah kalau makan tengah hari dekat Gopeng.
Masa untuk check in 3 petang, tapi kalau untuk check out 12 tengah hari. Kami sampai awal so sempat bergambar dekat kawasan situ sementara tunggu masa untuk check in sempat bergambar hehe.
Aktiviti pertama apabila sampai kami berbasikal dahulu sekitar Kampung Chulek. Untuk berbasikal rate RM5 untuk 3 jam, tapi kena bayar deposit RM5. Bolehlah nak menghirup angin dekat kawasan kampul, sempat lagi tau kalau nak singgah warung dalam kampung haha.
Selain dekat sana boleh buat aktiviti indoor game seperti memanah dan bermain badminton. Semua ni freee tau
Dan juga kita sempat buat aktiviti telematch. Telematch memang ada pakej kalau nak dan berbayar. Paling senang ada instructor yang plan game tu, tinggal join dan enjoy
Aktiviti telematch
Untuk sebelah malam pula, aktiviti lebih santai iaitu makan dengan bbq dan juga tonton fireshow. Selain tu rehat dikawasan camping site disebelah malam
0 Comments