Kali ni Miela nak share sedikit pengalaman I bayar hutang PTPTN dalam 6 tahun. I sangat happy dapat selesaikan hutang PTPTN sebelum masuk umur 30 tahun. Alhamdulilah rezeki yang Allah bagi, sebenarnya bukan kaya nak bayar hutang terus sebanyak RM25,000 tu tapi actually ada cara dia

First final sem start I intern I simpan duit sikit untuk bayar hutang PTPTN. Selepas habis semester tak tunggu surat berapa bulanan I terus bayar sikit-sikit dulu dalam RM500 first pay. Then start kerja bayar sikit bulanan dalam RM150 RM100 walaupun surat arahan bayar tak sampai lagi. Bila surat dah sampai I bayar ikut jumlah ditetapkan, kalau ada bonus I kadang-kadang bayar lebih sedikit

Dijadikan cerita bermula PKP sekitar tahun 2022 kerajaan umum ada pengeluaran khas kwsp, so I macam terdetik duit kwsp banyak-banyak tak keluar je, so I decide keluarkan maksimum dalam 10 ribu kemudian guna duit untuk bayar PTPTN. Yang ni lagi mudah nak keluarkan sebab tak perlukan dokumen apa daripada pengeluaran biasa. Masa tu pula PTPTN ada diskaun, rugi tak bayar kan. Kebetulan bayar separuh dari PTPTN dapat 12%, so I bayar dapat diskaun 1k lebih macam tu

Diskaun PTPTN 2022

Diskaun PTPTN 2023

Kemudian tahun ni 2023 PTPTN ada offer diskaun, so masa bulan 3 I mampu bayar separuh je itupun I guna pengeluaran KWSP. Cara nak nak keluarkan duit KWSP nanti I cerita next entri sebab ada step di website dan dokumen yang diperlukan untuk keluarkannya . Yang permohonan pengeluaran tersebut akan bayar terus masuk dalam akaun PTPTN. Sebulan lepas tu baki PTPTN I dah ditolak sekali diskaun 15% masa tu dapat RM300 lebih. After next month I bayar sampai habis hingga bulan june I isytiharkan bebas hutang PTPTN. Actually surat pengesahan I dapat 2 minggu selepas I bayar habis.


Kesimpulan di sini untuk settlekan hutang PTPTN secara cepat

1. Korang mestilah kena berkerja, sebab hasil bekerja duit kwsp akan beranak dari tahun ke tahun tup2 dah beribu nanti boleh buat pengeluaran untuk settlekan hutang

2. Kalau boleh dapat duit lebih sikit cuba biasakan bayar duit ptptn lebih dari bulanan biasa

3. Alert dengan diskaun PTPTN. I suggest nak bayar full atau half wajib tunggu waktu diskaun, sebab PTPTN ada diskaun tau

1 Comments

  1. Tahniah,, saya pun tinggal sikit lagi nak habis bayar PTPTN.

    ReplyDelete