Wednesday, January 11, 2012

Tutorial: Cara nak block rakan di Facebook


Cik Miela nak ajar korang cara nak block rakan dalam FB. Sebenarnya ada 2 3 rakan cik miela tanya macam mana nak block rakan FB nie. Rasanya cik miela dah terangkan kat mereka tapi still tak faham. SO, melalui medium blog nie, cik nak ajar cara block rakan nie lagipun senang sekali ada gambar. Benda nie simple je, tak sampai seminit, kalau internet laju la. Tujuan meblock rakan FB ialah unntuk mengelakkan rakan FB anda menadd anda lagi sebagai rakan dan mengelakan anda diganggu oleh individu FB tersebut. Kalau report pulak, anda meminta agensi FB untuk mendelete akaun individu tersebut. Tapi block pun dah cukup, cian pulak nanti kawan FB yang anda tak suka kena tutup akaun.

1. Mula-mula pergi ke FB profile yang korang nak block tu. Klik benda macam seting tu dan muncul la macam dibawah nie Untuk pegetahuan semua FB profile dibawah nie cuma pratonton je, tak de niat pun nak block. Better korang unfriend la dulu ok?.


2. Lepas tu muncul benda alah nie. Klik yang atas. Lau yang bawah tu untuk report


3. Senangkan?. Sekarang dah takde orang yang menyakit hati ganggu lagi,huhu.

Thursday, January 05, 2012

Twitter saya!!

Selamat petang semua. Moga hari nie dan hari seterusnya lebih ceria yea. Sebenarnya cik miela nak.......................................................................................................nak promo my twitter jap. Twitter cik miela nie kurang follower, so kalau korang senang hati follow la ek?. Bukannya susah pun, kalau korang follow cik miela punya twitter, saya ucap terima kasih yea.Tapi kalau korang rasa terpaksa hmm tak payah follow sebab cik miela bukan suka paksa-paksa orang pun. Ok ini twitternya

http://twitter.com/SalmilaNadia

Azam Blog CiK Miela 2012


Huhu jangan ingat hanya orang je ke ada azam, blog nie pun ada azam jugak?. Cik Miela sebenanrnya dah tetapkan azam blog nie mejadikan Blog Cik Miela blog yang bombastik yang dipenuhi dengan entri yang menarik. Sasaran cik miela ialah

~Mencapai bilangan folower 700+ ke atas
~Mendapat bilangan liker dari page Blog Cik Miela 100+ ke atas
~Menukar warna tema blog cik miela berwarna pink kepada warna lain.(warna masih dalam pemilihan)
~Menajadikan entri blog kepada yang lebih matang sesuai dengan umur Cik Miela yang 18 tahun
~Mengupdate entri sekurang-sekurangnya 6 entri dalam sebulan
~Mengurangkan entri copy paste sebaliknya meningkatkan entri dari tulisan sendiri

Insyallah azam dan sasaran ini dapat dicapai jika mempunyai iltizam yang tinggi dan usaha tidak sekadar hangat-hangat ayam. So inilah AZAM BLOG CIK MIELA 2012. Sebagai penutup entri nie, cik miela print screenkan gambar blog cik miela untuk dijadikan kenangan kerana blog ini akan berubah selaras dengan azam baru..Hihihi