Wednesday, May 09, 2012

Entri dukacita


Hari ni barulah nak update pasal benda ni,huhu. Sorry ya dua tiga hari Cik Miela tak update tentang result UPU, walaupun beriban-riban blogger sama age update tentang ni. Cik Miela je lambat, bukan apa dua tiga hari ni ada tetamu datang ke rumah. Siapa lagi kalau kawan-kawan Cik Miela, semua mai semata-mata nak tentang buat urusan dan tanya tentang UPU/matirk/ form 6 siap pinjam laptop lagi nak buka facebook, ==". Amboi bila susah baru nak mai rumah aku?, haha wayang jer ok.


Tepat pukul 12 tengah hari pada 7 mei 2012, saya Cik Miela try la bukan laman web UPU, Seperti biasa, internet jem bukan sebab jem nanas [haha merapu apa ni?]. Masa tu sabar jelah, padahal masa tu punyalah curios nak tahu.


Cuba punya cuba, akhirnya boleh. Namun first word iaitu Dukacita.......... . Ah menbuatkan Cik Miela, WHY?, kenapa tak dapat?. Hina sangat ke aku ni sampai tak dapat?. Result aku ok pe, takkan tak dapat?. Macam-macam persoalan ada di dalam benak fikiran. Siyes masa tu tak percaya langsung result tu, tapi bila tengok kat Facebook, ramai gak tak dapat even 6A tak dapat, apa cer?. Dengan redhanya, Cik Miela terima muka ni tak layak masuk ipta [ayat sedih nampak]. Oh Dukacita, kenapa kau muncul dalam result UPU aku?. Huhu sedih.


Jelous gak Cik Miela tengok ada blogger lain dapat UPU. Kepada yang dapat Tahniah yer, jangan sia-siakan masa belajar di U. Bersyukur dengan tawaran tu, orang lain sampai menagis-nagis tak dapat UPU. Maaf bukan saya yer, masa tu mampu ketawa je sebab muka ni tak layak masuk ipta [ayat ni lagi =="].


Masa ni Cik Miela baru bersyukur dapat matrik, wakakaka. No choice, Cik Miela terpaksa masuk Matrik. Ok Matrik pe?, dapat money money money[elaun]. Tak la, takkan nak masuk Matrik semata-mata nak money money money, tapi sebab nak menuntut ilmu. Jangan sebab tak dapat UPU, bermakna kita berputus asa dalam menuntut ilmu, No. Tuntulah ilmu hingga ke liang lahad, maknanya sampai mati pun kita masih perlu menuntut ilmu. Kolej Matrikulasi Perak i'm coming, yeah.

Saturday, May 05, 2012

Matrik atau U


Salam readers. Sampai ke hari ini, Cik Miela masih terkebil-kebil memikirkan masa depan. Begitu sulit sekali, kalau jadi budak tadika kan bagus, tak payah fikir bagai nak rak pening nak pergi ke mana. Pagi-pagi pergi tadika belajar A B C bila cukup time balik, yaahooo. Masalanya sekarang dah umur 18 tahun, setiap pilihan akan bagi effect terhadap masa depan. Walaupun result UPU belum keluar lagi, pening nak pilih nak pergi matrik atau U. Yelah kalau U diploma 3 tahun sedangkan matrik leh shortcut ambil degree.

Dalam diri ni 50-50 je. But i'm waiting for UPU. Kalau nice pergilah. Kalau tak matrik jawabnya,hmm. By the way, sebelum result UPU keluar Cik Miela ada cari info about matrik, terima kasih kepada Pak Cik Google dan Abang Facebook [siap ada gelaran lagi, =="] sebab bagi info tentang Matrik . That true, setiap benda ada kebaikan dan keburukan. Begitu jugaklah Matrik.

Matrik ni ada kebaikan ada keburukannya. Siapa-siapa dapat matrik ni mesti tengah pening kan macam lembu ni,hahaha. Ok Cik Miela kongsi sedikit kebaikan dan keburukan Matrik. Kebanyakan info dari blog akak abang yang pernah pergi Matrik. Jangan buat fakta hanya pointer 4 flat je dari Matrik boleh pergi U. Habis yang bawah pointer <4.00 tu letak ke mana??. Cik Miela start dari keburukan dahulu, sebab Cik Miela suka ending diakhiri dengan happy ending, wah gitu.


Keburukan:

1. Barang siapa dapat pointer kurang dari 1.5 pada first semester kemungkinan besar anda diberi status GAGAL dan diberhentikan daripada pengajian. Nampak kejam, tapi itulah hakikatnya sebab Matrik nak best student.

2. Kalau habis matrik nanti dapat pinter 2.00 - 3.00 kemungkinan dapat course lelong, tapi ikut nasib la. Paling sadis, terpaksa ambil diploma balik, sebab low pointer dan tak dapat tawaran. Kan dan buang masa tu belajar kat matrik.

3. Kehidupan kat Matrik memang terkenal dengan jadual belajar yang pack. Dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Kadang-kadang kelas habis pukul 5 petang, dan ada juga kelas tambahan pada waktu malam. Ayoo letihnya.

4. Belajar kat matrik super past, boleh dikatakan satu hari satu tajuk. Kena cepat-cepat tangkap. Kalau yang jenis lambat tu cepat-cepatlah tanya lecture atau kawan-kawan.Kat Matrik belajar cepat sebab nak kena cover tajuk semua, yelah satu tahun kan belajar [kecuali dua tahun].

5. Result matrik tak boleh digunakan untuk kerja, last-last sijil SPM kau je laku nak kerja. Tujaan belajar kat Matrik nak sambung belajar degree bukan nak berkerja ok?.



Kebaikan:

1. Paling suka, dapat elaun lebih kurang RM1200+. Yuran pengajian pun murah, takpayah pakai duit ptptn. Jimat wang jimat masa. Jimat masa sebab after matrik boleh ambik degree. Mestilah duit pun pakai sikit.

2. Kehidupan di Matrik sangat-sangat best menurut senior. Even satu tahun pun. Ada yang kata hidup kat Matrik lagi best daripada Universiti yang kadang-kadang budak dia sosial sikit.

3. Berita baik, tadi korang risau tentang pointer kat Matrik kan?. Sebenarnya setiap course dalam universti kat Malaysia nak pointer tertentu dari pelajar Matrik. Contoh, si A yang pointernya 3.87 dan mohon medic di UKM, GAGAL. tapi si B pointer 3.5 mohon medic di UMS, LULUS. jadi, bukan tak boleh memilih U yang baik tetapi nak memilih pun berpada-pada laa. Dan masih ada lagi U masih menerima pointer 2.00+ seperti uitm/unikl/unisel. Tapi tak kan nak target pointer 2.00+ je?.

4. Pemadangan kat matrik sangat best, sebab terletak di luar bandar. Terutama kat matrik gopeng [sebab Cik Miela dapat gopeng, tahu tentang matrik gopeng je]. Matrik kat gopeng pemadangannya wow, indah sebab dekat atas bukit, hijau lagi sangat menyenangkan. Ipoh pun dekat, boleh keluar outing kat Ipoh [haha berangan la tu].

Matrik gopeng


Konklusinya, lu pikirlah sendiri. Haha. Moga-moga entri ni dapat bagi info yang dapat Matrik. Result UPU keluar 7 mei, huhu berdebar tau. Kepada follower, jangan ingat entri ni bermakna Cik Miela coform nak pergi Matrik. Selagi result UPU tak keluar, takde kata putus nak pergi belajar mana lagi.


Wednesday, May 02, 2012

Apa makna Like?


Jeng- jeng ramai tak sedar apa sebenarnya fungsi like button di Facebook. Yup semua tahu Like bermakna suka. Bahkan budak tadika pun tahu like is suka, suka is like. Tapi tahu tak makna disebalik like jika seseorang itu like post korang di Facebook/. Ok, kali ni Cik Miela nak cerita tentang sebab-sebab post facebook anda di like, yang ni version Cik Miela tau.


1. Suka dengan post anda

Bermakna diaorang like sebab setuju isi kandungan dengan apa korang post tu. Dan kadang-kadang mereka like sebab apa yang isi kadungan dalam post korang sama dengan situasi diri mereka.



2. Keboringan teramat sangat

Kadang-kadang mereka ni dah takde kerja, jadi main like jelah. Kebosanan melanda diri bila buka facebook, maka button like menjadi mangsanya. Mereka ini digelar Kaki Like atau kalau sampai tahap kritikal di panggil Hantu Like.


3. Like as admire/bestfriend/bf or gf/ family

Kadang-kadang orang like, sebab dia syiok kat kita. Haha, ada betulnya jugak. Kalau setiap kali kita post, mesti orang sama yang like. Tetapi tak semestinya dia like bermakna suka atau syiok kat kita, kadang-kadang sebagai tanda relationship friend/boyfriend/girlfriend/family. Pastikan anda dapat membeza niat seseorang itu like, jangan syiok sendiri naa.



4. Like sebab tak suka

Disebabkan button unlike facebook takde, jadi mereka like sebab tak suka dengan post korang. Walaupun sebenarnya kita boleh add button unlike di Facebook dengan mengunakan aplikasi tertentu =,=.


5. Membalas budi

Semua orang tahu budi baik di balas baik. Begitu jugalah like, korang like post diorang, diorang like balik post korang sebagai tanda menghargai. Kan bagus macam tu selalu,huhu.


6. Kerna terpaksa

Haha macam lirik lagu pula, ini adalah kes paling sedih dan sadis. If korang paksa seseorang like post anda semata-mata nak capai like paling banyak di dunia sekali pun. Tak kemana pun, jika tak ikhlas orang tu like. Janganlah dik bersikap macam tu, nak kejar populariti sangat di Facebook.