Thursday, July 04, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera


Salam readership. Miela join :D

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)

Review Running Man EP 152


Salam readership. Memadangkan segmen review episode running man berupaya meningkatkan traffik blog picisan ini so masa free ni Miela akan teruskan lagi review episode running man setiap minggu. Maklumlah kan rancangan Running Man racangan kegemaran ramai. Yaa dakk?. Kalau tak baca lagi review episode running man yang lepas boleh refer entri di bawah:

Review Running Man Ep 150
Review Running Man Ep 151

Minggu ni, episode Running Man ke 152 masih lagi mengekalkan guest yang sama Jung Woo Sung, Jungho 2PM dan Hyo Joo arumdapttaa!!. Episode kali ini bertemakan vacation race. Pelbagai hadiah menarik disediakan bersempena vacation race.

Tadaaaa, nilah hadiahnya.


Tapi mereka harus melalui challenge untuk merangkul semua hadiah tu. Kalau mula-mula tu dorang boleh pilih hadiah, tapi di akhir race semua boleh berubah sekelip mata. Haa apakah itu? jeng jeng

Antara  challenge yang best ialah lari ala-ala past battom tapi mengunakan tembikai sebagai battom. Dorang perlu makan tembikai sampai habis sebelum ke garisan penamat. Di sini dorang tunjuk macam-macam style makan tembikai, paling kelakar Gwang Soo very ugly face, haha.



Lagi-lagi aktiviti yang dorang lakukan *malas nak taip, hehe

Blob Jump challenge

waa tingginya. Anda berani??

Song Ji Hyo Vs Hyo Joo

Song Ji Hyo vs Big Nose Hyung. Dah boleh agak siapa yang menang.haha


Siapa yang menang vacation race?. Kumpulan Yoo Jae Suk atau kumpulan Kim Jong Kook yang menang?. Jeng jeng. Namun, lepas tamat vacation race. Ada tiga guest baru iaitu  Koo Ja-cheol, Park Ji-sung dan Sulli. Ni buat Miela tak sabar dengan episode minggu depan.





Penting! untuk tingkatkan earnings

Salam readership. Hari ni Miela nak cepat sebab ada kerja lain lagi. Kali ni Miela nak tunjuk tutorial cara nak clearkan cache dan cookie. Bukan coklat cokie-cokie naa?. Clearkan cache dan cookie ni berkesan untuk tingkatkan earnings. Miela perasan ramai peserta Segmen Menjelang Ramadhan tak clearkan cache dan cookie ni sebelum klik link iklan. Kenapa penting?, bukan nak tingkatkan earning sahaja tapi untuk tujuan keselamatan.

For example, korang buat online banking. Mestilah korang dah logout semua. Tapi sisa-sisa cache dan cookie ni masih ada. Menyebabkan orang lain yang berniat jahat mengunakan data cache dan cookie untuk masuk ke akaun anda. Bahaya kan?, bukan akaun bank je boleh ceroboh. Akaun FB, twitter dan blog pun boleh ceroboh jika laptop jatuh ke tangan orang lain. Malang tidak berbau kan?

Miela nak tunjukan cara-cara clearkan cache dan cookie bagi browser google chrome sebab Miela selalu guna google chrome je. Kalau browser lain boleh tengok kat sini

1. Pergi ke History


2. Klik clear browsing data
3. Tick delete cookie and empty the cache seperti gambar di bawah


4. Clear browsing data