Saturday, January 30, 2016

Program Motivasi Jejak Lestari USM

Salam Readership. Semester 5, boleh dikatakan Miela banyak jugak join macam-macam program kat USM. Normal kalau study di USM, memang banyak gila program. Sebab tu USM boleh lahirkan ramai student yang aktif di luar kuliah.  

Cuma hari ni Miela nak flashback balik antara program yang masih tak boleh move lagi, hahaha. Dulu masa second year pernah pergi ke Kampung Selamat Bukit Merah. Juga pernah Miela cerita kan pengalaman di entri Bakti Siswa di Kampung Selamat.

Tag ni masih simpan lagi

Apa kaitanya dengan Program Motivasi Jejak Lestari USM?. Kalau dulu kami pergi ke Kampung Selamat buat program, kali ni budak-budak Kampung Selamat mai USM join program kami. Gituu ceritanya.

Hari Pertama : 27 November 2015
Petang lepas zohor Miela join jemput budak Kampung Selamat dekat Bukit Merah tu. Sepatutnya Miela tak pergi, sebab petang ada rehearsal persembahan hari Ko-k. Tapi terponteng pula, so pergi juga ke Kampung Selamat jemput dorang haha.

Budak-budak ni excited nak naik bas pergi USM

Sampai USM nak dekat nak senja tak silap. Memang agak jem nak sampai USM, hampir satu jam tersempit jem dalam pulau. Bila dah sampai, budak-budak diserahkan kepada abang dan kakak angkat untuk penempatan budak-budak ni tinggal. Dorang ni tinggal di bilik abang dan kakak angkat dorang selama 3 hari 2 malam.

Pendaftaran

Lepas maghrib ada sesi ice breaking, pengenalan sikit dan juga sedikit ceramah. Malam tu Miela tak join sebab sibuk buat persembahan hari Ko-k di DTSP. So tak berapa pasti apa aktiviti dorang buat macam mana, hehe.



Hari Kedua: 28 November 2015
Hari kedua agak padat sikit aktiviti dia. Macam biasa pagi-pagi breakfast dulu, kemudian ada senaman Tai-Chi. Kebetulan hari tu ada Karnival Gaya Hidup Lestari kat situ. So kami bawa budak-budak ni datang ke karnival tu dari pagi sampai tengah hari. Budak-budak Kampung Selamat ni juga join majlis pelancaran karnival sampai ke Tasik Fajar untuk tengok acara simbolik tanam pokok kat situ. 

Ini akak-akak fasi perempuan yang jaga budak-budak ni. haha
Ada sesi bergambar bersama anak-anak Kampung Selamat

Lepas ronda-ronda karnival, kemudian makan dan solat. Aktiviti petang agak best, sebab kami bawa mereka ni pergi jalan-jalan ke Bukit Bendera. Free okay, of course lah tiket di sponsor huhu.







Seronok bawa budak-budak ni berjalan. Ada sebahagian mereka memang tak pernah lagi pergi Bukit Bendera, patutlah excited. Pada yang sama dapat juga lupakan assignment yang tertangguh bila dok berjalan dengan depa ni haha. Kemudian malam tu selepas balik dari Bukit Bendera pula ada ceramah motivasi oleh wakil fasi. Tujuan dia nak bagi budak-budak ni semangat untuk belajar sampai menara gading.


Hari Ketiga: 29 November 2015
Hari terakhir bersama-sama dengan anak Kampung Selamat. Pagi tu maka kakak dan abang angkat depa terpaksa berpisah dengan budak-budak kampung Selamat ni. 

Abang angkat tolong angkatkan beg adik angkat sampai
ke padang kawad
Tapi nanti dulu, awal lagi kann nak balik. Lepas abang dan kakak angkat mereka ni hantar ke padang kawad, macam biasa ada breakfast juga ada senamrobik untuk segar sikit badan tu. Pagi tu juga ada bebrapa aktviti sebelum mereka pulang ke kampung. 

Akak dan abang fasi ajar budak-budak ni main bukit yang cantik hey!!
Dorang diminta buat satu peta kampung impian yang dorang impikan
Kemudian ada presentation oleh budak-budak kampung selamat

Habis sahaja aktiviti, ada majlis penutup. Kemudian barulah depa boleh pulang ke kampung tempat mereka tinggal. Agak tacing tapi boleh tahan lagi ayaq mata tu nak berpisah budak-budak ni  buat -buat tabah *haha boleh pulak. Tapi Miela percaya satu hari nanti, Insyallah ada rezeki jumpa lagi budak-budak ni. Miela harap budak-budak Kampung Selamat ada suntikan semangat untuk belajar sampai  berjaya hingga menara gading selepas join program ni. Ingatlah dalam kejayaan tu bermula dengan langkah yang pertama, bagaimana langkah pertama tu membawa kejayaan atau kegagalan *eh macam curi ayat someone ja >.< haha.


P/s: Siapa yang belum join Segmen Blogwalking by Cik Miela, jom join. Mana tahu korang bertuah kan. 

Thursday, January 28, 2016

Segmen Bloglist by Cik Miela

Salam Readership. Dalam dok bilang hari berapa hari cuti yang tinggal, rupa-rupanya tinggal 2 minggu lagi cuti. Oh cepatnya masa berlalu T.T. Agak rugi juga cuti yang ada yang tak buat something dalam blog ni. Kebetulan pula bloglist lama tak update. So Miela rasa bloglist perlu update dengan bloglist baru. Huhu.

Maka hari ni Miela lancarkan Segmen Bloglist by Cik Miela. Harap ada yang sudi join segmen ni hihi. Syarat segmen ni sangat mudah korang follow. 



Syarat - syarat:
1. Follow Blog Cik Miela
2. Like Page Blog Cik Miela 
3. Buat Entri Segmen Bloglist by Cik Miela beserta gambar. *gambar diatas
4. Komen di entri ni beserta link entri Segmen Bloglist by Cik Miela

*setiap penyertaan akan disemak

Tempoh penyertaan: 28 Januari 2016- 13 Febuari 2016

Hadiah:
1 x Toup RM10 + Bloglist 6 bulan
10 X Bloglist 6 bulan

Harap segmen ni dapat sambutan daripada blogger lain.  Kalau dapat sambutan , maybe hadiah akan di tambah. Mana tahu ada yang bertuah kali ni. Sambil join segmen ni dapat juga berkenalan dengan blogger lain.

Senarai Peserta Segmen Bloglist by Cik Miela

Wednesday, January 27, 2016

Cara daftar mengundi SPR


Salam Readership. Baru minggu lepas Miela daftar mengundi. Maklumlah umur dah cukup 21 tahun bila masuk bulan november tahun lepas. So cuti semester ni, ada masa terus daftar mengundi. Sebagai rakyat Malaysia *cehwahh*, kita perlulah jalankan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya tak tahu pun nak daftar mengundi macam mana, jenuh jugak google tak jumpa-jumpa. Akhirnya Miela tanya parents dan kebetulan ada kawan baru daftar mengundi. Rupa-rupanya mudah sangat daftar mengundi ni. Ada tempat boleh mendaftar pemilih seperti Ibu Pejabat SPR, Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Pejabat Daerah. Tapi yang tempat paling mudah mendaftar ialah pejabat pos, sebab berdekatan dengan tempat tinggal kita.

Seperti Miela katakan tadi, mudah sangat daftar mengundi ni. Hampa terus pergi tempat pendaftar pemilih seperti pejabat pos. Ambil nombor, tunggu turn. Kemudian cakap nak daftar mengundi, nanti orang tu akan minta kad pengenalanan. Kemudian orang tu akan daftar kita sebagai pemilih, siap daftar dia akan minta tanda tangan kita untuk sahkan. Pendek kata daftar mengundi cuma hanya guna kad pengenalan sahaja.

Lepas kita daftar mengundi, kita akan daftar kertas ni

Mudah kan daftar mengundi?. Masa daftar mengundi kita tak tahu parlimen dan dun mana kita dapat. Mungkin nak dekat masa hari pengundian baru tahu. So, mana-mana yang dah cukup umur 21 atau belum mendaftar, daftarlah diri sebagai pemilih sebab ini tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Jika ada sebarang kemusykilan juga boleh rujuk soalan lazim SPR di sini