Thursday, March 30, 2017

Tips Sebagai Pelajar Praktikal

Macam takda mengena ja gambar ni 😂. *actually ni watak intern dalam drama Good Manager.

Salam readership. Agak lama blog ni tak berupdate entri. Ini pun entri first untuk bulan 3. Well sekarang Miela sedang menjalani praktikal di Ael Engineering Sdn. Bhd Parit Buntar, Perak. Sedar tak sedar hampir sebulan dah intern. Kali ni nak kongsi lah tips bila kita berintern ni. Macam mana kita nak tunjukkan attitude sebagai budak intern yang bagus. Tips ni pun ada Miela ingat daripada artikel-artikel yang Miela baca di internet. Jadi Miela rangkumkan apa yang Miela ingat dan amalkan disini.

1. Tak tahu tanya. Jangan buat-buat tau
Ini benda paling penting. Biasa laa depa bagi task kadang tak tau nak buat macam mana ek. Kadang-kadang task yang kita dapat tak tak pernah langsung belajaq masa kat universiti. Terkena kejutan budaya kat situ. Kalau tak faham tu hampa tanya ja walaupun dah banyak kali terang. Biar kita nampak slow, biasalah budak intern kan. Daripada tak tahu buat-buat tau. Tak pasal kena marah sebab menyusahkan orang. Biasanya bila Miela diberi task, Miela akan ulang balik cakap apa kena buat kat staff untuk make sure betul tak kita kena buat itu ini.


2. Double check! Double check!
Paling penting terutama task melibatkan harta company. Harta company bukan macam kedai runcit beb. Aset tak banyak, hilang duit sikit boleh ignore. Tapi harta company besar-besar berjuta-juta. Kalau ada misleading sikit depa cari sampai ke lubang cacing,memang tak boleh ignore macam tu sahaja. Biasanya bila Miela kerja kena key in price update, delivery quantity ke Miela akan double check betul tak key in nombor. Dah siap pun double check lagi takut tertinggal. Ketaq gak buat, bukan boleh dibuat sambil lewa huhu.


3. Buat apa tuuuu?
Bila praktikal ni, belajaq memahami suasana tempat kerja. Rugi wei tak belajaq. Contoh tengah relax sat hang nampak akak tu buat kerja. Pastu tanya la "tengah buat apa tu kak?". Pastu akak tu jawab "tengah buat EDI untuk company xx". At least tahu laa rutin dorang buat apa, hampa nak tulis report pun senang. Kalau rajin tambah laa. "Ada apa-apa kak boleh saya tolong". At least nampak la rajin as budak praktikal.



Untuk pengalaman pratikal masih baru nak ceritakan. Tapi cukuplah ada sedikit banyak belajar benda tak belajar kat U. Kat U ibarat foundation basic-basic knowledge je. Tapi bila kerja, haaaa ambik hang macam tak pernah belajar. Tapi takpa la kan pengalaman, boleh letak skill baru dalam resume sebab dapat belajar guna system pejabat. Kepada yang bakal berintern, selamat berintern. Yang penting hati mau tabah, hehe. 

Monday, February 27, 2017

Kisah tentang Printer




Salam readership. Kisahnya semalam dah pergi dua kedai tapi suma kena reject tak nak repair scanner. Sedih nau 😢. Sebenarnya printer ok tapi scan tak boleh. Mereka tolak sebab printer HP payah nak repair and barang takde.

Mila guna printer HP 2545. Sepanjang pengalaman 4 tahun guna printer HP seriously sangat menjimatkan kos print nota dan assigment sebab dengan 1 ink dengan harga RM30++ hitam/warna boleh tahan satu sem. Kemudian dalam masa satu tahun printer tu ada rosak jugak tapi nasib baik ada warranty so dapat printer baru 😄. Tapi sekarang nak repair tak boleh sebab habis warranty 😓.

Printer yang guna sekarang

Walaupun dah fungsi scan dah rosak, tapi ink masih boleh jalan lagi. Cuma nanti kalau dia rosak rasanya tak dapat repair dah kot. Orang kedai pesan kalau beli printer belilah Canon sebab senang repair. Kesimpulanya takde rasa menyesal sangat beli printer HP sebab dia berjasa 4 tahun semasa study dan jimatkan kos print tapi sedih sebab scan tak boleh dah. So kesimpulanya kalau nak beli printer untuk short term boleh beli HP tapi untuk long term pakai Canon tapi ink agak mahal cuma senang nak repair. So setiap barang ada pro and contra tak kira mahal atau murah kan.

Sunday, February 26, 2017

Alternatif selain Nuffnang?



Salam Readership. Sejak kebelakangan agak kecewa juga pula dengan Nuffnang ni. CPUV bulan ni naik satu je. Selalunya tiap-tiap bulan naik banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi tak tau kenapa CPUV bulan ni agak sendu sangat. Nak kata pageview menurun, tak pulak makin naik adalaa. Bulan 2 ni pun pageview naik mendadak kemudian follower makin hari makan naik. Tak faham kenapa CPUV pulak tak naik walaupun pageview naik 😂. Terbalik pulak, I can't understand why. Dahlah setia dengan nuffnang dah 5 tahun tapi lately dia buat hal pulak huhu.

So kalau dalam 2 bulan nuffnang ni sendut jugak ingat nak tukar iklan lain. Jadi disini nak tanya blogger pengalaman iklan mana yang berbaloi pasang kat blog?. Kalau boleh nak senang masuk income dan paling penting senang cashout. Ada laa pernah baca selain nuffnang yang boleh menjana income seperti Google Adsense, Involve Asia, Amazon, Lazada dan lain-lain. Tapi tak tahu yang mana terbaik that why Miela perlukan pendapat daripada korang. Kalau Miela suka pasang iklan konsep sama macaam Nuffnang kira per unique visit daripada konsep Affiliate. Jadi yang manakah alternatif terbaik selain Nuffnang?