Monday, July 24, 2017

Cara dapatkan balik duit anda setiap kali top up


Salam Readership. Percaya atau tidak sebenarnya setiap kali korang top up ke mana-mana nombor, korang sebenarnya berhak mendapat mendapat balik duit atau cashback. Serius tak tipu, actually baru tahu juga dalam petengahan tahun ni. Dan apa bila tahu caranya, wahh memang amat berbaloi.

Cara dia dengan melalui website Shopback. Kalau korang belum tahu lagi, shopback merupakan website pengantara antara website online shopping lain untuk mendapatkan cashback setiap kali korang shopping. Sebenarnya tak nak intro banyak pasal Shopback, sebab shopback very well known dalam kebanyakan blog. Korang google je mesti ada sebut kelebihan tentang Shopback. 

Cuma kali ni Miela focus cara nak dapatkan cashback setiap kali kita top up sebabnya top up benda yang kita selalui buat. Macam rugi pula kalau kita tak dapat balik cashback setiap kali kita topup.

1. Mula-mula perlu daftar akaun Shopback. Yang menariknya anda akan dapat RM5  terus ke akaun anda. Cuma nak up lagi kena selalu shopping dengan Shopback la.

2. Lepas dah daftar akaun Shopback klik Mobile Reload akan keluar macam bawah ni


2. Pilih mana-mana telco yang anda ingin top up. Sebagai contoh Hotlink.

3. Tekan shop now dan terus direct ke Lazada. Kalau boleh ada akaun Lazada senang sikit korang nak shopping.

4. Klik buy now untuk  nilai yang korang nak reload. Contonya RM10. Then add to chart dan checkout.



5. Ini paling penting. Pastikan nombor yang anda ingin top upkan tu betul. Alamat tu korang ignore kan sebab dia takkan top up melalui post. Tapi pastikan pilih alamat yang ada nombor telefon betul macam dalam kotak merah di bawah tu. Kalau tak, korang kena edit tukar nombr telefon yang lain.


6. Continue dan buat payment macam biasa. Lupa nak bagitahu kalau top up melalui lazada ni dia masuk agak lambat sikit. Paling lambat pun sehari. So jangan expect top up terus masuk.

7. Tunggu email dari cashback untuk sahkan transaction korang tu. 

8. Ini adalah contoh cashback yang Miela pernah dapat. Yang kotak merah cahsback hasil daripada top up melalui Shopback


9. Nak bagi mudah faham nilai cashback dapat daripada kita toup:

Top up RM30 dapat RM1.05
Top up RM20 dapat RM0.07
Top up RM10 dapat RM0.35

10. Lagi satu masa untuk redeemable dia ambik masa 3 bulan tak silap. Setiap kali baru habis top up akan masuk bahagian pending. Then bila habis tempoh pending terus masuk ke bahagian redemamble.


Nilai  nak redeem duit cashback hanyalah RM10. Bayaran boleh terus masuk ke akaun bank. Inilah cara satu nak jana pendapatan shopback. Sebenarnya banyak lagi kegunaan shopback selain top up. Kalau boleh apa sahaja barang cuba maksimumkaan beli barang melalui online andai kata harga barang dalam online tu murah. Macam contoh tadilah top up. Takda kan orang jual top up yang lebih murah selain daripada Shopback?. Jadi rajin-rajinlah shopping melaui Shopback.

Saturday, July 15, 2017

Review Mat Bulat Meatball

Salam Readership. Baru taip entri ni rasa lapar balik teringat kan Mat Bulat Meatball ni. Tahu tak Burger Bakar Abang Burn?. Sekarang depa expand business dengan bisnes meatball pula. 


Bila nampak iklan diatas macam ni tetiba aih teringin, iklan dia tu mengoda betul. Mana taknya, sos dia banyak penuh satu bekas. Dan nasib baik juga Mat Bulat Meatball banyak cawangan, tak perlu pergi jauh-jauh. Kalau nak tau cawangan Mat Bulat Meatball berdekatan boleh check di Facebook. Yang paling dekat cawangan kat rumah Miela ialah bagan serai. Jadi apa lagi terus terjah ke Mat Bulat Bagan Serai.



Mat Bulat ada 3 jenis iaitu Ocobot, Dragon Ball dan Quarter Kilo. Harga dia boleh tengok diatas tu. Kalau nak tambah extra mash potato dan cheese sauce pun boleh. Bagi Miela mash potato paling sedap pernah rasa, memang puas kalau makan sekali ngan meatball.


Ni rupa sebenar Mat Bulat Meatball. Sorry nampak comot sikit, sebab benda ni terloncat sikit masa perjalanan balik. Hampa patut try Mat Bulat Meatball sebab rasanya memang puas. Mash potato tak kedekut, besaq ja. Jadi jangan sengan silu try Mat Bulat Meatball berdekatan dengan rumah ya.

Tuesday, July 11, 2017

Susu pisang dari Korea

Salam Readerships. Lama betul tak naik entri baru hehe. Dua tiga minggu ni internet ada problem sikit, tu susah nak update. Tahu tak korang banana milk/susu pisang dari Korea?. Kalau perasan dalam drama korea atau reality show ada juga susu pisang muncul dalam kaca tv.

Salah satu scene drama korea yang memaparkan produk susu pisang
Susu pisang atau dalam bahasa koreanya banana uyu. Jenama yang famous dengan produk ni ialah Binggrae. Beberapa artis korea pernah jadi duta produk ni seperti Lee Min Hoo, Lee Kwang So dan Girl Generation. Susu pisang ni merupakan salah satu produk korea miela suka selain kimchi dan samyang. Susu pisang korea agak mahal jual kat malaysia, harga sekotak RM4-RM6. Luckily Miela selalu dapat susu ni free sebab adik study kat korea haha.

Lee Kwang Soo pun pernah jadi duta

First dulu mula-mula rasa memang sedap sangat. Korang yang tak suka susu mesti suka punya susu jenis ni. Rasa pisang yang kuat dan susu bekrim perghhh rasa fresh ja. Recommend untuk rasa sendiri susu ni sebab sedap sangat. Jangan risau susu ni halal. Selain itu kalau korang nak dapat susu ni boleh dapatkan kat 11street, Lazada ataupun igshop.

Ni susu pisang asli dari korea yang Miela dah rasa. Feeling korea gitu

Susu pisang korea boleh juga didapati di Lazada. Klik gambar untuk terus ke lazada.

Jangan confius kenapa packaging agak berbeza dengan susu pisang dari korea dengan lazada. Actually sama je, malah sama brand. Kalau tengok betul-betul persamaan antara dua produk tu ada ada huruf B merah tandanya brand yang sama. Cumanya yang korea punya memang daam tulisan korea. Yang Lazada tu packaging untuk national sebab itu dalam english. Sebagai penutup entri Miel belanja korang tengok iklan susu pisang korea dibawah.