Friday, February 09, 2018

Cara transfer duit dari CIMB ke bank lain mengunakan CIMB Cliks


Salam Readership. Miela agak bersemangat sikit untuk update entri kali ni. Mana taknya, lately trafik blog meningkat disebabkan entri tutorial transfer duit ni. Dulu Miela pernah update cara transfer duit dari BSN ke bank lain mengunakan atm disini . Tapi entri yang BSN agak lama, mungkin ada perubahan dari cara transfer. Kemudian Miela pernah buat entri cara transfer duit mengunakan maybank2u disini. So let's next tutorial yang baru uolss.......


1. Log in ke CIMB Cliks
2. Klik bahagian transfer > To Other Banks



3. Isi detail seperti di dalam gambar


From : Select nombor acc cimb kita 
Method : Normal transfer ambil masa 1 hari waktu bekerja, instant transfer tak kisah transfer waktu malam akan masuk pada waktu tu juga
To : Pilih bank acc lain yang kita nak transfer
Account no : acc nombor penerima
Recipient's name : nama acc penerima
Payment type: Selalunya kita pilih fund transfer la kannn
Amount: Jumlah ingin transfer
Recipient reference dan other payment detail: apa-apa sahaja detail transfer ingin kita masuk
When: Of courselah korang nak pilih now, kalau nak schedulekan transfer pun boleh
Alert recipient by : boleh melalui email (free) atau by sms. Yang sms ni best boleh letak nombor penerima supaya penerima alert kita pun transfer. Tapi kena cas RM0.21 yer. 

4. Kemudian klik submit
5. Contoh Miela buat transaksi normal transfer, akan jadi macam ni yer


6. Kemudian request TAC. Nanti server akan hantar nombor tersebut melalui message ke nombor hampa daftarkan. Lepas tu boleh isi TAC number dan tekan confirm.

7. Jadi transaksi kalau berjaya akan keluar aknowledgement. Contoh transaksi normal transfer.



Semoga tutorial akan membantu korang terutamanya yang baru guna CIMB Cliks hehe

Saturday, February 03, 2018

Edit Resume dengan Canva


Salam readership. Sekarang korang nampak tak trend dimana bersepah orang jual resume infografik. You know what sekarang nak cari kerja pun dah semakin sengit. Majikan takkan nak tengok resume biasa-biasa je, mesti nak nampak lain dari yang lain-lain. Jadi hampa pun ikutlah trend nak buat resume infografik yang berkaler-kaler tu. 

Dalam facebook bersepah orang offer buat resume. But for me, kalau kita tak malas and ada sedikit masa untuk edit resume sendiri why not you buat resume sendiri?. Tapi buat resume inforgrafik kena pandai adobe photoshop kan?. Nooooo, sekarang hampa boleh edit online tau. Jawapannya canva.



Bermacam-macam resume boleh pilih,dah kita boleh edit detail jeer
Contoh resume Miela yang dah edit

Haa mudah tak nak edit?. Uolss senang jer wei, tak payah fikiaq design cuma edit detail resume hampa saja. Apa yang Miela suka kat canva ni kita boleh pilih template resume yang kita suka and edit ikut yang kita mahu. Plus bila kita edit, dia ada alignment sendiri, dah macam edit Ai tau. So taklah senget-senget kendudukan tulisan tu. Jadi kalau nak resume lawa boleh edit di canva .

p/s: Kalau ada tak faham tanya yer, entahlah kenapa tutorial kali ni macam simple gila 😂😂😂.

Sunday, January 14, 2018

Ramen dari Neraka



Salam Readership. Hai uolss. Pernah makan tak Samyang 2x spicy?. Actually hari ni baru Miela nak review tentang ramen dari neraka ni. Haha kenapa Miela panggil ramen dari neraka?, nanti Miela cerita yea. Samyang 2x spicy sekarang berlambak jual kat 7 eleven dijual dengan harga RM7.50 tak silap. Tapi ada jual murah, dalam RM6.00 lebih dalam bentuk cup.


Okay ini rupa bentuk packaging Samyang 2x Spicy. Warna merah terang betul, nampak lain macam ramen ni. Pakai font berapi-rapi lagi. 


Selepas direndam air panas kemudian tapis dan digaulkan perencahnya jadi macam ramen diatas. Nampak tak pedas je kan?. Pertama kali suap, tak rasa pedas sangat sama macam samyang yang biasa. bila dah masuk suapan ketiga dah mula rasa berpeluh lain macam 😂. Jenuh juga nak habiskan ramen ni, sebab pedasnya fuhhhh. Rasa berapi mulut 💥. Tetapi Miela tetap berjaya habiskan dengan menahan kepedasan melampau sambil berpeluh-peluh di kepala.

Compare samyang yang biasa, samyang 2x spicy rasa pedas agak melampau macam takda nikmat sangat nak makan sebab pedas yang amat. Berbanding Samyang yang biasa yang packaging warna hitam memang rasa pedas bagi Miela rasa pedas boleh masuk mulut dan boleh makan dengan nikmatnya. I means samyang biasa tu tak terlalu pedas bagi Miela. So untuk Samyang 2x Spicy a.k.a ramen neraka mila bagi 3.5 bintang je. Nak beli lagi?, Miela lebih suka samyang yang biasa haha. Melainkan tetiba rasa mengidam boleh beli lagi tapi memang agak jarang nak beli hat ni huhu. Korang pula dah rasa ke?. Boleh share kat komen yea 😄.