Sunday, September 02, 2018

Hiking Gunung Semanggol

Salam Readership. Terlalu lama rasanya tak mengupdate entri. Kisah hiking Gunung Semanggol dah lama sebenarnya. Kitaorang pergi masa bulan 4 hari tu. Sekarang dah masuk bulan 9, lamanya peram cerita 😂.

Actually Gunung Semanggol dekat je dengan rumah, dalam 15-20 minit dah boleh sampai. Cumanya baru dah tawan Gunung Semanggol ketika umur 24 tahun kah kah. Untuk trip hiking kami pergi seramai.... 1..2..3... * tengok gambar kat bawah. Haa......7 orang yer pergi, hehee



Nak cari gunung semanggol senang je, pakai waze tup tup sampai dah destinasi haha. Landmark dia kat Masjid An-nur, boleh parking kereta kat situ lepas tu boleh start jalan menuju ke kaki gunung. Sebelum naik hampa akan lalu ladang kelapa sawit. Mula-mula relax je, jalan rata tak mencabar sangat. Kalau bertuah ada lembu menyambut kedatangan korang hehe. 


Bila nampak kat sini baru start cabarannya, tu baru sikit. Kena panjat pakai tali. Silap je boleh jatuh. So kat kawasan sini kena hati-hati sikit terutamanya time nak turun. Kat sini juga, pun dah boleh nampak pemadangan  sawah padi


Of course curi masa sikit nak bergambar 


Hiking lagi, dah nampak laluan makin lama makin mencanak



Jeng bila part yang mencabar, banyak pula batu. Part sini memang mencanak. Time hiking jangan pernah percaya "nak sampai dah sikit lagi". Kejap-kejap benti sebab penat 😂


99.9 % sikit lagi nak sampai, rehat dulu sat sebab kat puncak ramai giler orang masa tuu. Ya Allah masa tu rasa lega sangat dah sampai, tapi fikir nak turun tu huhu rasa tak mau turun makkkk. Kalau boleh nak guling je sebab nak turun tu memang curam giler.


Haa nampak tak pemadangan kat belakang tu, boleh nampak sawah padi kan?. View kat atas memang cantik sangat


Tempat ni memang jadi tempat wajib untuk bergambar. Rugilah pergi hiking Gunung Semanggol kalau tak tangkap gambar kat sini sebagai bukti yang kitaorang pernah tawan Gunung Semanggol. Agak-agak bila nak tawan hati awak pulak? cia cia cia.

Last, lupa nak cakap durasi hiking Gunung Semanggol dalam masa 1.30 jam ke 2 jam macam tu. Orang cakap tak macam gunung sebab kalau yang terer boleh sejam suku pun sampai huhu. Kalau nak hiking yang lagi mencabar hampa kena lepas dulu panjat Gunung Semanggol sebab yang mencabar akan lagi tinggi nak panjat. Di hujung entri Mila belanja semasa hiking, jangan lupa komen okay!


Saturday, September 01, 2018

10 Lagu Nasyid Popular Zaman Sekolah Dulu

Salam Readership uolss. Miela masih ingat zaman sekolah dulu masa darjah 2 3 lebih kurang, masa tu lagu fenomena nasyid memang popular sangat. Channel tv 1 selalu dok tayang lagu nasyid , kalau tak silap siap ada carta nasyid lagi. Tambahan pula dulu sekolah petang pergi sekolah agama. Kat situ dah terdedah dengan lagu nasyid. Hampir tiap-tiap tahun je ada pertandingan nasyid. Lagu nasyid paling femes selalu orang guna buat persembahan nasyid macam Sumayyah dan Sepohon Kayu hihi.

Apa yang Miela lihat zaman sekarang industri nasyid macam dah kurang sikit tapi masih ada lagi lagu unsur keagamaan cuma versi moden contohnya lagu-lagu dari syamsul yusof. Tapi sekarang lagu nasyid yang lama sekarang sudah buat versi baru. Cover lagu nasyid apa kurangnya, macam-macam versi ada. Miela taknak bebel panjang-panjang, korang boleh skroll lagu-lagu nasyid popular zaman sekolah dulu-dulu. Ingat ke tidok.....


10. UNIC- Ainul Mardhiah


Lagu Ainul Mardhiah menceritkan tentang bidadari tercantik di syurga diciptakan untuk yang mati syahid. Lagu ni ada dua versi tau, versi terbaru 2017 pun still best.


9. NOWSEEHEART - Damai Yang Hilang


Lagu nasyid ni femes time berlaku perperangan di Palestin. Bila part tayang gambar-gambar anak palestin masa perang tu dengan  background lagu ni sumpah rasa sedih sangat. Kat situ kita patut rasa bersyukur negara kita masih aman lagi.


8. Raihan - Iman Mutiara


Lirik simple dan mudah diingati. Semua pun faham walaupun sewarak mana pun ibu bapanya belum tentu iman dapat diwarisi ke anaknya.


7. Hijaz - Fatamorgana 


Sampai hari ni masih tertanya-tanya siapalah budak kecil yang dalam video ni, serius benda yang mengingatkan lagu ni adalah subjek budak tu sendiri. Sebenarnya ada masej tersirat yang nak disampaikan tu.



6. 25 Rasul - Raihan

Lagu ni favourite tau time zaman kecik-kecik. Bila tak ingat nama rasul automatik terus nyanyi lagu nie sambil jawab exam 😂.


5. Hanya Tuhan Yang Tahu - Unic

Lagu ni berkisar tentang seseorang lelaki memedam perasaan terhadap seorang wanita tapi dia luahkan rasa tu kepadaNya. Lagu ni selalu femes masa kursus kahwin.


4. Tanpa cintamu - Mirwana feat Jay Jay


Kalau perasan dalam MV ada faizal tahir tau. Fazir sebenarnya bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana. MV nie berkisar tentang kisah silam penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan


3. Sepohon Kayu- Saujana 



"Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya". Lirik deep dan selalu jadi ingatan kan?.


2. Intifada- Rabani 


Lagu nasyid Intifdaa dia pun rentak muzik agak lain, dia rasa berkobar-kobar macam tu. Kalau menyanyi lagu ni rasa lebih semangat, nama tajuk dah Intifada bermaksud kebangkitan.


1. Summayah - hijaz 

Lagu Summayyah selalu tau jadi lagu wajib pertandingan nasyid zaman sekolah agama dulu. Lagu ni kisah tentang Summayah yang merupakan wanita pertama syahid dalam Islam.


Korang mesti rindu lagu-lagu nasyid zaman sekolah dulu kan?. Walaupun dah lama, lagu tak lapuk untuk di dengar pada zaman sekarang. Btw, apa lagu nasyid kegemaran korang? jangan lupa komen yer 😄

Wednesday, April 11, 2018

Jungle Trekking di Taman Negara Pulau Pinang

Salam Readership uolss. 11 March yang lalu (dah sebulan dahhh) Miela dengan sahabat-sahabat officemate telah ke Taman Negara Pulau Pinang untuk berjungle trekking disana. Ini termasuk kali ketiga datang ke Taman Negara. Nampak tak kalau repeat tempat yang sama, mesti tempat tu best punya haha. 

Sebelum nak pergi tu, trip kitaorang sebenarnya hampir-hampir tak jadi disebabkan dengar khabar angin trek untuk jungle trekking tu tutup sebab ribut. Disebabkan Miela memang teringin sangat nak pergi tempat tu I had ask my friend kebetulan tengah bercamping disana. Nasib baik dia cakap half trek je tutup. Maknanya kami berjungle trekking sampai pantai kerachut sahaja dan perlu naik boat untuk ke monkey beach. So aktiviti jungle trekking kami on. 

Awal-awal perjalanan memang syiok berselfie bagai. Jalan pun rata je, sambil menikmati keindahan hutan siap boleh gelak-gelak lagi. Masa tu memang tak rasa penat lagi.

okay lagiii

Dah start mendaki sikit


Time ni rasanya dah pertengahan hutan. Walaupun kami penat sikit tidak mematahkan lagi semangat nak "berselfie" wakakaka 😂. Actually trek kat Taman Negara Pulau Pinang ni tak sukar mana pun cuma ada sesetengah part kena mendaki sikit tapi kalau untuk yang beginnner tempat ni memang sesuai sebab takde penat sangat pun sebab banyak jalan rata.


 Okay lagi 5 minit nak sampai

Masa ni dah nak sampai pantai kerachut bila nampak kat titi gantung menghadap pantai

 Selfie lagi tunggu boat nak sampai ambik kami

Nextttttt..... Selepas naik boat kami tiba di destinasi terakhir iaitu Monkey Beach. Sepatutnya kami perlu jungle trekking ke Monkey Beach tapi disebabkan trek ke sana tutup memang pergi naik boat laa jawabnya. Selepas relaks-relaks sat menikmati keindahaan monkey beach main pula game Pirate Roulette Game. Tag kat sini takdelah pula gambar hehe. Semua aktiviti ada dekat video diakhir entri nanti. 

Selepas puas spend time bersama-sama di Monkey Beach, pulang pun menaiki boat daaa

Last but not least

Berjunggle trekking di Taman Negara Pulau Pinang memang dah jadi tempat favourite Miela. Sebenarnya tempat ni Miela banyak spend time dengan sahabat-sahabat lain di trip sebelum ni, bukan je jimat duit sebenarnya haha tapi menikmati keindahan hutan disamping bunyi laut tu sangat priceless okay. Terus boleh hilang stress sekejap. Sebagai penamat entri Miela belanja video trip kami kat bawah ni okay 😉.


p/s: Taman Negara Pulau Pinang merupakan tempat yang patut korang pergi kalau datang Penang tauuu