Sunday, November 25, 2018

Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)


Salam Readership. Sebenarnya Miela merancang nak pergi korea dalam bulan februari tahun depan. Doakan tau semoga urusan di pergi Korea dipermudahkan, sesungguhnya travel ke korea merupakan impian dah lama dah idamkan. Hehe tak sabar nak jumpa oppa kat sana 😝

Sebagai persedian, jadi Miela banyak research tentang travel ke Korea sebelum nak pergi. Kebetulan juga baru tahu Korea Tourism Organization ada offer sesiapa jawab survey akan dapat booklet voucher dengan T-Money free. T-Money paling penting ibarat Touch n Go dekat Korea. Kalau beli nak dekat RM10 covert duit Malaysia. Why not grab benda yang freee je muahahahaha.

Boleh jawab survey di website KTO

Caranya korang perlu daftar ahli dan jawab survey di Discover Korea Your Way (DKYW) 2018 . Disebabkan Miela jauh dengan Korea Plaza, jadi Miela sent photocopy IC dan tiket flight by post je. Miela sent sampul post laju prepaid warna oren size S. Dalam sampul kena sediakan siap sampul prepaid untuk Korea Plaza post balik yer.


Dah sampai bookletnyaa. Dia satu booklet inform tentang tempat menarik di korea dan satu lagi peta di Korea


Peta ni penting, tambah peta subway ni. Kena study betul-betul sebelum pergi sana. Kalau sesat negara sendiri takpe, sesat di negara orang faham-faham jelah aigooo



T-money sangat berguna di Korea nanti. Tinggal reload je nanti kat sana. 



Kupon sehingga promo 40%, banyak tuuu


Website Korea Tourism Organization banyak info berguna untuk merancang nak pergi Korea. Kalau nak tau setiap tahun KTO offer voucher free tau. Kalau korang nak dapat info atau lagi banyak voucher boleh je terus ke Korea Plaza dengan bawal salinan IC/pasport dan tiket flight.

Korea Plaza
Ground Floor, 
Menara Hap Seng,
Jalan P Ramlee,
50250 Kuala Lumpur

Sunday, November 11, 2018

Buat doodle dengan mudah dengan Unnie Doll & Oppa Doll

Dulu seni melukis doodle femes dikalangan blogger. Daripada melukis mengunakan paint, lepas tu guna SAI, Adobe Photoshop sehinggalah pakai Excel pun boleh lukis doodle. Kalau jenis tak berseni ni, memang payah sikit nak lukis hahaha. Rasanya tak sanggup nak flashback lukisan doodle lama-lama, faham-faham jelah hampa 😂. Tapi memang tabik spring siapa yang pandai lukis doodle ni, hampa memang jiwa seni beb.




Masuk 2018 sekarang ada apps create doodle sendiri tanpa perlu melukis. Apps Oppa Doll dengan Unnie Doll baru je femes dalam twitter sejak seminggu lalu. Jadi Miela try benda ni. Memang ketagih buat doodle comel terus. Bila lagi nak comelkan diri, kalau bukan create doodle seakan rupa sendiri 😜.

 


Dalam apps ni korang boleh pilih features mana korang suka untuk buat doodle. Dari warna kulit, mata, mulut, baju sampailah ke kasut pilih supaya doodle korang nampak comel gituu. Korang boleh siapkan doodle korang sendiri dalam masa 5 minit je. Bawah ni antara doodle Miela dah create sendiri hehe, cer cari yang mana satu macam Miela 😝?

 


Comel semua doodle ni kannn, korang boleh la guna doodle yang dicreate sendiri untuk buat wallpaper atau profile picture. Just download Unnie Doll atau Oppa Doll di Apps store atau Playstore. Nanti boleh buat doodle comel-comel macam ni okay! hehe

Monday, November 05, 2018

LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST: THE BIGGEST ONE DAY SALE!


Salam Readership. Lazada buat contest lagi guys. Kebetulan bulan November ni bulan special bagi Miela, sebab bulan ni bulan birthday Miela. Siapa lahir November angkat tangan sikit 🙋🙋🙋. Mana tahu luck November babies ni  kannn, boleh menang ke 😆. 

Okay korang semua jangan lupa take note, tanda di kalender masing-masing pada 11.11 Lazada akan mengadakan Lazada 11.11: The Biggest One Day Sale. Korang boleh usha dulu barang di sini dulu, buat wishlist dulu nanti dah berkenan terus ngappp tauu muahahahaha.

Actually Miela dah ada barang yang dah berkenan nak beli ni sempena Lazada 11.11 Shopping Festival, jeng ke jeng jeng jeng .......baca bawah yerrrr

1) HL: Hotel Pillows: Soft 2-Pcs:- 100% Cotton Sateen (Guaranteed) Top Fabric


Korang bayangkanlah kalau dapat bantal taraf hotel, sumpah senang nak tido lena termimpi kahwin dengan jejaka korea hewhew. Miela perlukan bantal yang empuk sebab sekarang ni ada masalah susah nak tidur walaupun dah kira kambing biri-biri cukup 100 😴


2) OS Professional Unicorn Thread 10PCS Makeup Brushes Set With Unique Handle

Sesungguhnya sebagai seorang wanita yang ingin tampil cantik dan yakin, ehhh cewahhhhh perlukan brush makeup yang baru. Sebab yang lama sudah tak boleh pakai lagi brushnya.Tambah-tambah bentuk unicorn comel giler terus bersemangat nak makeup ala-ala mua bellaz, hoho.


3) 10 Tingkat Rak Kasut/ Tudung - 10 Tier Amazing Shoe Rack/ Scarf Rack

Korang janganlah terkejut rak kasut ni sebenarnya boleh buat sebagai rak tudung okay. Korang pernah nampak viral gambar rak tudung duck tu dari Aisha Liyana?. Rak yang ini dia pakai sebagai rak tudung. Tetiba rasa nak beli juga walaupun belum mampu nak kumpul tudung duck, letak tudung sepuluh hengget pun dah cukup bahagia. Senang sikit nak pilih tudung, sebab rak tudung sekarang tak cukup tampung tudung yang adooo.


Ingat yer anak-anak semua, 11.11 tarikh keramat tau korang nak shopping super dupper murah ni di Lazada. Kalau terlepas, jangan menangis tepi bucu katil yer. Dan semoga juga pihak Lazada pilih Miela, November babies sebagai pemenang hehe.