Ahaa, antara watak favorite yg mila suka dalam Detective Conan selain conan/Shinichi dan Ran ialah Kaito Kid. Mengapa?? Nak tahu, jap lagi mila bagitau ek..sabo2…misteri akan terungkap sekajap ja lagi..Itupun segala maklumat fasal kaito kid nie cari kat goggle..puas mila cari tau..akhirnya banyak juga jumpa..Ok, mila akan cerita dengan versi mila sendiri ye..Tapi kalau ada tersalah fakta, jangan marah ye,,ini suma drpd laman web n blog org…

Kid sebenarnya telah muncul dari 2 siri komik iaitu alam komik magic kaito. Dan Detective Conan.Tetapi disebabkan adanya siri komik dan drama Detective Conan menyebabkan watak kid nie lebih popular dan dikenali seluruh dunia. Oleh kerana kebijaksanaan dalam mencuri sesuatu barang berharga dia digelar sebagai The Panthom Thief.


Dengan nama sebenarnya Kuroba Kaito anak kepada Toichi Kuroba lahir pada 21 Jun (tahun tak dapat dikenalpasti) dan berumur 17 tahun sama umur dengan Shinichi Kudo. Bapanya telah dibunuh oleh organisasi hitam. Sebenarnya tujuan utamanya ialah mencuri sebuah batu (batu Pandora/batu keabadian). Dalam pada itu dia juga mencuri barang-barang berharga untuk dikembalikan kepada yang berhak. Agak berlainan daripada Robin Hood yang mencuri untuk bagi kepada orang yang susah. Dan 1 lagi tujaan kemunculanya sebagai Kid of the Panthom Thief ialah untuk mengetahui siapa yang membunuh bapanya dan mungkin juga untuk menbalas dendam. Walaupun dia nie asyik mencuri je, kadang kala Kid menolong Conan contohnya dalam movie Detective Conan:The Lost Ship in The Sky (filem ke-14, boleh tegok kt youtube) dengan menyelamatkan Conan daripada jatuh dari tempat yg tinggi.
Lupa pulak, dia nie ada 2 org gadis yg menyukainya iaitu Akako Koizumi, rakan sekelas dan Aoko Nakamori anak kepada ispektor Nakomori …Tetapi kid lebih suka kepada Aoko Nakamori. Gadis yang mirip seperti Ran Mouri nie tidak tahu bahawa Kaito Koruba merupakan Kid of The Panthom Thief. Tetapi ayah Aoko Nakamori cuba menangkap Kid yang mencuri barang-barang berharga, malangnya tidak berjaya kerana kebijaksanaan Kid melepaskan diri walaupun kid menberi sepucuk surat tentang dia akan akan mencuri pada sesuatu masa. Pihak polis di Jepun berusaha untuk menangkap Kid, tetapi sering kali gagal.




Walaupun kid nie bijak dalam penyamaran sehingga dapat mengubah suara menyebabkan sume orang tidak dapat mengenali Kid, tetapi Akako dapat mengetahui jika Kid sedang menyamar.. Selain itu Shinichi/Conan dan Saguru Hakuba dapat mengetahui Kid yang sedang menyamar.
Itu saja tentang Kaito Kid yg dapat mila ceritakan dalam blog nie..Sebenarnya Kid nie bukanya jahat mana pun, kadang2 perwatakanya agak kelakar..Apa2 pun mencuri tetap salah, so korang jangan bercita-cita nak jadi pencuri ke perompak ke….Jumpa lagi!!

0 Comments