Monday, June 13, 2011

Hazama juara Akademi Fantasia 9

Malam tadi satu Malaysia tahu bahawa Hazama sudah diangkat sebagai juara Akademi Fantasia 9 musim terakhir pada tahun ini. Maka berakhirnya Akademi Fantasia selama sembilan musim,uhh sedihnya. Untuk pengetahuan semua, ketika undian terakhir ditutup Hazama mendapat 45% undian mengalahkan Lena sebanyak 28% undian. Ramai mejangkakan Hazama akan menjadi juara akhirnya ramalan mereka tepat. Cik Miela pun tumpang gembira sekali, memang Hazama layak menjadi berdasarkan persembahan yang hebat semasa konsert akhir. Tak kira lagu la, Hazama nyayi lagu cinta teragung ke pukau semuanya best. Selepas Pak Nil mengumumkan Hazama adalah juara AF9, maka megalirlah air mata JUARA, memang susah nampak Hazama menangis la. Tapi biasanya, AF tahun lepas pun bila dinobatkan sebagai juara mesti sang juara menangis teharu jugak. Apa-apa pun tahniah buat Hazama,


p/s; Korang tahu tak kenapa Shahir AF8 tak dapat buat persembahan final AF 9?. Sebab tangannya sakit dan retak akibat jatuh dekat bilik mandi. Semoga cepat sembuh yaa.

No comments:

Post a Comment