Pada pandangan Cik Mielalah filem ni banyak kelainan dari filem lain, so Cik Miela bagi 3 1/2 bintang. Cik Miela dah selesai tengok filem ni semalan. So Cik Miela nak review filem selepas menonton filem nie.



Hantu
Ternyata hantu dalam cerita ni lain sangat, salu dalam filem lain mesti rambut pajang baju putih. Part pertama ketika sang isteri melihat suaminya dimakan hantu memang kisah benar tapi tak dihebohkan pun. Lepas ada hantu budak dan mak yang berpakaian baju kebaya hitam. Last sekali ada hati nenek tua yang menyebabkan mereka kemalangan dan mengikut Zura hingga ke hutan.


Watak
Watak dalam filem ni Nik, Zura, Jack dan Ida. Watak paling menonjol ialah Nik lakonan Shahir AF8 dan Zura lakonan Sheira Ayob. Nick dan Zura merupakan pasangan dua merpati sejoli dalam filem. Nik seorang yang taksub kepada benda mistik, suka bergurau dan romatik terhadap kekasihnya. Manakala Zura seorang alim tetapi pengangan agamanya makin jauh sejak melanjutkan pelajaran ke kolej. Watak paling misteri tentulah Pak Malam.


Ending

Lepas si Zura tu lawan hantu kat kubur lama dengan membaca ayat kursi, akhirnya dia dan si Nik terdengar bunti siren kereta polis dan terus ke tempat kejadian. Mereka melihat mayat kawan-kawanya iaitu Jack dan Ida akibat kemalangan selepas di gangu kereta volkswegen kuning. Dan lebih sedih lagi apabila mereka melihat mayat yang ketiga itu adalah Nik. Rupa-rupanya kawan-kawan yang megikut Zura selepas kemalangan tu roh mereka or hantu kot. So, dengan sedihnya Si Zura tu terpaksa merelakan dan melepaskan Nik buat selama-lamanya. Begitulah ceritanya, macam vc kebahagian dalam perpisahan gitu.

0 Comments