Salam Ramadhan. Banyak berita di internet mengatakan bahawa Shahir AF8 akan berhenti bernyanyi dalam masa terdekat sekali gus merungkai misteri kehilangan Shahir. Sejujurnya, Cik Miela sedih tetapi Shahir ingin berubah ke arah lebih baik Cik Miela menyokong. Menurut cerita, Shahir berhenti disebabkan dianiaya oleh pihak tertentu. Katanya lagi Shahir akan mengikut jejak Sam Kamikaze dengan melibatakan diri dalam aktiviti dakwah. Kalau macam tu cuba korang fikir apa akan jadi jika shahir berhenti atau tak jadi berhenti dari industri hiburan.


Kalau berhenti

"Memang patut artis tu berhenti goisp rozita che wan je lebih" tu mungkin orang kata. Yang pasti Shahir sudah tentu banyak masa bersama keluarga dan mungkin dia akan menyambung pelajran nanti. Shahir akan jadi lebih alim. Tetapi Shahir begitu rugi kerana title JUARA AF8 kerana dalam masa setahun lebih Shahir dah berhenti. Sedangkan masa ujibakat beribu-ribu orang nak masuk AF dan nak jadi juara. Lagi satu dia sudah ramai peminat bahkan di dalam FB sudah mencapai setengah juta fans.


Kalau tak berhenti

"Ceh kata nak berhenti tak berhenti pun. Nak cari publisiti muruhan la tu" tu mungkin orang kata. Mungkin rata-rata peminat Shahir akan gembira mendengar berita ini jika Shahir tak jadi berhenti. Cik Miela rasa lebih baik shahir lebih fokus kearah genre islamik. Contohnya Maher Zain, artis dakwah yang berjaya. Jika Shahir jadi seperti Maher Zain mesti ramai peminat mengangkat Shhair sebagai idola dan artis contoh. Ini kerana remaja suka mngangkat artis sebagai idola mereka.


Apa-apun keputusan Shahir ia pasti akan mengubah hidup Shahir AF8. Sekadar pandangan dari gadis umur 17tahun,hehe.

0 Comments