Thursday, April 12, 2012

Bila bumi bergegar


Lebih kurang 4.38 petang, hampir sebahagian pelusuk di muka bumi terasa gegaranya. Agak lama gegarannya hampir lima minit. Cukup membuatkan kita berada dalam situasi kucar kacir. Gegaran ini berpunca dari Sumatera Utara yang berukuran 8.9 ricther. Sekejap!!, kenapa awal-awal ayat agak skema?hahaha. Tak pe teruskan cik miela.

Suasana di Queensbay

Semalam hampir seluruh rakyat malaysia di Semenajung terasa kepalanya pening ekoran gempa bumi. Kelam kabut di buatnya if sesiapa ada di tempat kerja,kedai buku dan shopping complex escepially di Penang. Semua orang berpusu-pusu keluar takut jadi pape. Sebenarnya Cik Miela bukan berada di shopping complex or luar rumah pada masa tu. Ada di atas katil sambil menbaca surat khabar harian metro. Tetiba bergoyang-goyang katil Cik Miela duduk. Ingat gegaran biasa, biasalah kalau trailer lalu depan rumah bergegar sedikit. Tetapi gegaran ni agak luar biasa, lama pulak. Macam ada something wrong in somewhare. Ternampak pula air akuarium berkocak. Ini mesti gempa bumi, so apa lagi keluar dari rumahlah.

Jadi kejadian yang berlaku tu bukan khayalan semata-mata. Sebab jiran-jiran pun mengakuinya. Di Facebook lagilah, habis news feed semuanya pasal gempa bumi. Eartquake pun sudah jadi trends di twitter. TV1 pun mengakuinya. Rupa-rupanya gempa bumi berlaku tu asal dari Sumatera. Terkejut bila gempa bumi berukuran 8.9 ricther. Besar kot nombor dia.

Apa yang membuatkan jatung cik miela berdegup kecang, tentang amaran Tsunami di Malaysia. Hanya mampu berdoa pada masa tu. 800 km/h ombak sedang menuju ke Malaysia. Takut pun ada. Sudahlah rumah dengan laut, 7km dari laut beb!!. Then bila malam, amaran Tsunami dah ditarik balik. Syukur Alhamdulliah. Selamat juga dari ancaman Tsunami Walaupun ancaman Tsunami di tarik balik, namun Allah jangan kita lupa. Sesungguhnya gempa bumi salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Amaran Tsunami boleh di tarik balik tetapi amaran Allah tetap tidak di tarik balik. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

  1. takutnyeee .. hum . same2 lah kite doa spye tade ap yg jd .aminn

    ReplyDelete