Wednesday, April 18, 2012

Suka baca Novel


Halo halo Cik Miela in the house. Hari ni nak taip entri berkisar tentang hobi Cik Miela yang suka baca Novel. Ya, selain hobi membaca blog-blog orang, menbaca novel juga hobi Cik Miela. Patutlahlah pakai speck, banyak baca buku la tu. Haha wayang je kan. Korang pun mungkin suka baca novel kan?. Cik Miela suka baca novel terbitan Alaf 21 dan yang terbaru KakiNovel Enterprise. Hobi ni sejak kecil lagi. Yelah menbaca kan jambatan ilmu. Memang patutlah dulu Cik Miela dapat anugerah NILAM peringkat Perak. Ececeh menunjuk la tu, tapi perak je pun tak sempat sampai peringkat emas sebab Cik Miela pun dah habis sekolah.

Gambar ni hanya sebahagian koleksi novel Cik Miela, tak larat nak tunjuk semua. Tapi... yang bawah sekali novel pinjam je pun :p. Novel kawan Cik Miela. Mujur kawan-kawan Cik Miela ada hobi yang sama suka baca novel. Jadi kami selalu bertukar-tukar novel dan sama-sama baca. Sejak zaman sekolah dah over, hobi ni semakin menjadi-jadi. Tiap-tiap bulan mesti ada dua or tiga novel di beli ataupun pinjam kemudian baca. Gambar yang ditunjukkan juga antara novel-novel faveret Cik Miela. Semuanya best-best belaka.


Tentang ingin memiliki novel sendiri, itu memang impian Cik Miela. Teringin nak pegang novel sendiri, dengan atas nama Salmila Nadia (mungkin guna pena lain). Tetapi bukan masa sekarang, akan datang. Sebab makin lama kita hidup makin banyak pengalaman. Dan pengalamanlah yang banyaklah memudahkan Cik Miela menulis novel. Sekarang menulis cerpen dulu lah. So,doa-doakan je kat Cik Miela supaya Cik Miela dapat hasilkan sebuah novel.


4 comments:

  1. wahh ,novel Gemersik Kalbu . Nak beli kali tuh , tapi dah habis walaupon dah pernah bace novel tuh . Best er dye >.<

    ReplyDelete
  2. oh ye ke?. tapi kat tempat saya masih banyak jual lagi novel gemersik kalbu. yes, memang best novel gemersik kalbu

    ReplyDelete
  3. Salam...masih lagi dengan hobi suka baca novel? Jom tukar novel ngan akak nak tak? ;)

    ReplyDelete
  4. Salam. Cuba Cik Miela baca novel terbitan Karya Seni. Memang Best!!

    ReplyDelete