Salam readership. Hari ini rasa annoying sangat-sangat dengan line internet tmnet ni. Pandai pulak line internet main chak chak dengan Cik Miela yer. Ketika entri ini ditaip Miela guna notepad je, takut kalau direct terus ke blog tak save pula sebab line internet masih mood chak chak. Sekaligus menganggu aktiviti blogwalking, facebook dan twitter yang selalu Miela buat tiap-tiap hari. Korang boleh tengok gambar di bawah apa Miela mahu sampaikan.




See?. Boleh connect wifi tapi tak boleh buka internet. Tapi berlakunye macam biskut chipmore, sekejap ada sekejap tak ada. Bayangkan Miela tengah main candy crush saga, dah finish level 95 lepas tu nak masuk level seterusnya tak boleh sebab connection internet terputus. Maknanya sia-sia jelah Miela bersusah payah main candy crush saga rupa-rupanya tak save. So very unlucky  *tetiba keluar lagu kwang soo.

Time boleh bukak internet Miela usha-usha facebook dan blog sekejap. Tapi bila wifi jadi ! , grrrrr geram pun ada. Sementara no connecting internet, Miela habiskan masa dengan menonton running man episode-epsode lepas. Hilang tension sekejap.




Banyak tak koleksi running man yang Miela ada?. Hehe jangan terkejut semua koleksi running man ialah 80gb++. Kawan-kawan Miela selalu minta copy running man dari Miela. Tak kurang jugak masa zaman matrik, ada jugak yang sanggup bertapa di bilik nak copy semua running man dalam lappy ni. Miela bagilah dorang copy, kesian pula tengok mata dorang blink blink. Lagipun share is caring right?.

P/s: Harap-harap line internet tak main chak chak dengan Miela esok.

0 Comments