Salam readership. Sejak Miela tamatkan  zaman matrik blog kembali berseri dengan entri-entri baru yang Miela sajikan. Kalau dulu, blog ni penuh debu dan sawang. Bahkan nak berbuah entri baru pun sebulan sekali je. Well sekarang cuti gua panjang, 4 bulan sampai raya uolzz. Kalau kerja gaji seribu sebulan, empat bulan boleh dapat empat ribu. Dah boleh beli Samsung Galaxy S4 tahu?.

handphone idamanku.. Kempunan tak mampu membelinya. sob sob

Orang lepasan matrik macam Miela nikan sepatutnya kerja ke takpun buat bisnes online sendiri ke. Berbeda sekali ngan gue, duduk  rumah jadi meem besar di rumah, hahaha. I know, bukan senang dapat cuti 4 bulan ni. Lagipun tak lama lagi Miela akan sambung study balik, so cuti 4 bulan ni Miela gunakan untuk spent time with my family.

Sepanjang cuti 4 bulan ni kan, Miela berazam penuh menbara nak aktif berblogging selama 4 bulan, insyaallah. Time ni lah nak cari follower lebih, join contest/segmen, follow blog orang dll. Yelah nanti bila dah start sambung study, blog ni dah jadi ladang spider. Kalau bab join contest/segmen bukan semua Miela join bergantung kepada syarat-syarat dia dan hadiah. Kalau syarat nak follow twitter dan instagram minta maaflah mungkin susah nak join. Tahu tak sebab apa?, hehe sebab bilangan following twitter dan instagram dah banyak dah jadi tak balance dengan follower. Anoyying betul alasan =.=".

Dalam cuti-cuti ni jugak, Miela masih menanti. Kutetap menanti meski harus penantian panjang, tetiba. Menati result upu. Result pspm dah lepas kiranya dah lega, ada Miela ceritakan pasal result dalam ada entri ni. Kalau dihitung dibilang lebih kurang seminggu lebih result upu akan keluar. Berdebar ok? sebab melibatkan masa depan. Universiti pilihan Miela ialah UKM, USM dan Utem. I don't know UPU nak lepaq Miela U mana nanti. Hanya mampu berdoa :).


P/s : Cuti yang penuh nikmat.

1 Comments

  1. Cuti Arol laaagi panjang! 8 bulan! Kawan-kawan semua kerja, ada yang gaji terkumpul dah lebih RM10k. Tapi Arol relaks jek duduk rumah like a boss! Hahaha! :D

    Arol pun tengah nervous sekarang nie! Harap dapat yang terbaik. Insyallah. :)

    ReplyDelete