Thursday, July 11, 2013

Dapat tawaran UPU dan USM

Salam Ramadhan. Tahu tak hari ni hari apa?. Hari ini kite dah cukup couple seminggu yer uolzzz #ehh. Tak sebenarnya hari ini sudah terjawab teka teki yang Miela tunggu selama ni. Macam makcik kat kampung tunggu anak dia pulang di hari raya *perumpamaan pelik. Menunggu dan menunggu. Hari-hari boleh Miela katakan, selalu usha facebook UPU dan laman web usm walaupun tahu result keluar 11 hrbln. Haha mana tahu result keluar awal. Haha gila bukan?.


Sebelum result keluar perasaan Miela gambar di atas ni, haha over kan?. Pagi-pagi  dah dok depan lappy tercinta. Tunggu punya tunggu akhirnya keluar jugak. Terketar-ketar jari ni nak taip no IC, nasib baik tak lupa. Macam mana tak terketar-ketar, sebab benda ni melibatkan masa depan.


Alamdulilah, dapat dua tawaran sekali gus berkat bulan ramadhan. Bertambah lagi dugaan, dulu dugaan menunggu sekarang dugaan nak memilih Universiti. Nampak je senang, tapi nak buat pilihan tu payah. UPM dan USM, dua-dua antara universiti terbaik di Malaysia. Haih susahnya nak pilihan. Hmm thinking again. Semoga Allah permudahkan Miela dalam membuat pilihan.

P/s: What you see is what you get

1 comment: