Salam readership dan salam maal hijrah. Alhamdulilah dah masuk tahun baru dah pun. Dan hari ini Miela dapat mengupdate blog. Maaflah, sejak jadi student jarang sikit nak update blog. Mujur minggu ni cuti mid sem, ada masa nak update blog. Habuk bukan main banyak dalam blog ni, hahaha.

Jadi student U ni, bukannya study memanjang. Bila tension tengok drama tak pun running man. But, satu hari ramai recommended kan cerita Love You Mr.Arrogant. Mula-mula arrogant sungguh Miela dengan cerita ni, macam tak best je, macam tak syiok je pelakon die. haha. Last-last tengok jugak, hilang terus arrogantnya, hehe. But yang menyesalnya tahun lepas pi kedai buku punyalah berlambak novel LMA ni, tapi tak tak beli pun. Sekarang nak cari buku LMA ni pun payah, sebab banyak stock dah habis.

Mula-mula tak berkenan betul dengan pelakonnya, 
tapi sekali tengok haahhh

Sebagai jalan penyelesainya. Beli buku online kat karyaseni. Save duit minyak, save energy dan yang pasti save duit. Sebab bila beli kat karyaseni, dapat diskaun 3 ringgit. 3 ringgit tu jimat, boleh beli nasi lemak dua bungkus haa. Harga novel asal LMA RM18 terus jadi RM15. Tengok-tengok dah sampai buku kat tangan, excited je baca. Masa tu juga, dok layan cerita ni bila habis kuliah.

Sinopisis belakang novel:
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

 
 Tadaa novel dah sampai


Review: Novel ni memang best. Drama di adaptasi di TV 3 hampir sibijik apa yang ada dalam novel. Even dari segi lagu music dan baju pun boleh sama dalam drama. Selalunya kalu drama adaptasi ni ubah banyak. Ni 90% sama, yang 10% ubah mengikut kesusuaian. Disebabkan Zarra gagal nak bayar hutang dekat Mr.Arrogant, di terpaksa kahwin untuk tebus kesalahannya. Bila dia Zarra kahwin, 3 serangkai mak mentua, kak ipar dan si buah ceri anti dengan Zarra. Kesian kat Zarra, dah kena kahwin paksa lepas tu kena hadap 3 serangkai tu pulak. Nasib baik ada Mr.Arrogant, selalu cover Zarra dari si tiga serangkai , sweet gitu. Walaupun arrogant, si Mr.Arrogant tetap ambil berat pada Zarra. Kiranya Mr.Arrogant sebenarnya sayang pada Zarra cuma dia tak luahkan tapi sebaliknya dia tunjuk kasih sayang dari perbuatan.

p/s: Lusa drama Love You Mr.Arrogant dah nak habis, baru nak review heee.

2 Comments

  1. sye pon bila cuti sem ni dapat la tgk drama2 kat tv kalau tak ,hmmm ..
    best jugak drama ni...

    ReplyDelete
  2. PROMOSI SHAWLS HALFMOON GLITTER + CHIFFON RM25 ONLY
    http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/11/shawls-halfmoon-2-layer-rm2500-only.html

    ReplyDelete