Salam Readership. Amboi tajuk bukan main ala-ala tajuk buku Ain Maisarah aku mahu aku mahu je. Hehe dulu-dulu masa zaman sekolah menegah rendah selalu jugak  baca novel Ain Maisarah ni siap buat koleksi lagi. Tapi novel-novel tu dah hilang mana entah. Hmm tak sempat lah anak-anakku nak menbaca koleksi novel Ain Maisarah tu ehhh.

Ok now sekarang ni trend kamera polaroid semakin menjadi-jadi disebabkan bentuk kamera yang comel sekali. Geram tau tengok, bentuk macam maianan. Ditambah pula dengan fenomena Rindu Awak 200% tu, mana taknya Si Armel Aisya pun guna polaroid tau. So Miela sedikit sebanyak sebenarnya suka terpangaruh benda-benda macam ni. Orang ada kita pun nak jugak, childish sungguh haha!!.

Kalaulah aku Armel Aisyah, confirm nak always dekat dengan Abang Zill je haha

Awal perancangan memang nak beli kamera DSLR or mini DSLR tapi memadangkan bajet dah lari nak kena beli handphone baru so tak dapat nak beli kamera tu. Tapi bila tengok-tengok dalam facebook macam comel kamera polaroid ni, arghhh nak jugak!. Bayangkan korang tangkap gambar guna kamera polaroid, beberapa minit kemudian keluar bunyi srehhhhhh *bunyi main hetam je* pastu keluaq gambaq. Tentu excited kan?. Boleh lah Miela nak guna baki bajet konon nak beli kamera DSLR tu, untuk beli kamera polaroid ni kan.

Tiffany SNSD pun selfie guna kamera polaroid

Sebut pasal harga kamera ni, bagi Miela tak lah mahal, harga mampu milik RM200++ . Tapi ada jek harga RM300, RM400 sampai RM500. Tapi orang cakap lagi mahal, lagi bagus kualiti dia. Btw ada yang cakap kualiti gambar kamera polaroid cantik lebih kurang macam DSLR, erm tak tau betul ke tak. Merasa pun belum. Cuma kalau nak beli film tu, hmm 20pcs RM40++. Maknanya 1pcs lebih kurang RM2. Buatnya korang tangkap tak jadi, tetitba kena ayaq ka. Mau menangis tepi pintu. Lagipun nak beli benda ni, ada kesan jangka panjang, maknanya walaupun kamera tu murah tapi duit kau tetap mengalir keluaq bila nak beli  film baru. Hmmmmm.

Sekarang Lazanda tengah buat offer tau, tapi entahlah tak confident nak beli kat Lazanda. Nak cuci-cuci mata boleh je, klik gambar.

p/s: Masih fikir nak beli ke tak kamera polaroid. Tengoklah kalau ada rezeki nanti