Salam Readership. Kali ini kita berada di rancangan ketuk-ketuk Merdeka, ehhh???. Mimpilah hang Miela nak buat rancangan memasak sendiri, lengkuas dan halia pun tak gheti nak beza cehhhh *malu sekejap*. Relakssss kakak semua, hari ni Miela nak kongsi resepi samosa daging. Tak guna pun halia lengkuas kunyit semua tu. Guna daging burger uollzzz, tak payah nak rebus daging dah.  Ini resepi punya senang saja, sebab Miela suka yang ringkas haaaa. Ok mula-mula kita nak masak samosa kena sediakan muka yang cantik dan comel *ok gurau je*.

Resepi Samosa Daging Burger


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya5 keping daging burger *dipontong cincang*
1 biji bawang besar dihiris *dipontong dadu*
3 ulas bawang putih *di pontong cincang*
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam *hancurkan*
Garam secukup rasa
1 tangkai daun kari *optinal*
500g ubi kentang di pontong dadu *lupa nak letak*
sedikit minyak untuk menumis
Telur putih secukupnya

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang yang telah dipontong sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam dan tambah sedikit air.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Masukkan daging, kacau sehingga masak dan kering. Tutup api.
5. Ambil satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
6. Lipat kulit popia dalam bentuk segitiga, boleh tengok tutorial disini.
7. Di pehujungnya gamkan dengan telur putih.
8. Sedia untuk digoreng

p/s : Pssssssstttt, Giveaway #CikMielaBukaKedai tinggal dua hari sahaja lagi. Yang belum join, jemput join. Mana tahu anda orang bertuah tu kan. 

2 Comments

  1. sedapnya..dah lama tak makan samosa..

    ReplyDelete
  2. Wahh samosa ni peberettt ni. Lepas ni boleh try lah buat sendiri guna resipi ni. HEHEHE

    ReplyDelete