Salam Ramadhan. Masa kemas-kemas barang, terjumpa satu buku lama ni. Agaknya buku tersebut berusia 10 tahun, dah masuk darjah 4 sekarang haha. Masa zaman sekolah rendah dulu, gegeh lah membeli buku biodata ni. Biasalah masa zaman kanak-kanak, apa orang beli kita pun ikut beli. Sanggup jimat duit semata-mata nak beli barang yang kita nak. Harga buku ni dulu RM3.50, berhari-harilah kumpul duit nak beli buku ni dulu.

Muka depan. Masih lagi elok

Isi dalam buku biodata. Comel-comel je tengok

Pesanan dan ingatan yang begitu nostalgia mengingatkan zaman sekolah dulu
Bila di tengok balik buku ni, macam-macam ucapan ada. Biodata merangkumi dari nama, alamat, hobi, tarikh lain sampailah tokoh diminati, penyanyi diminatilah, peristiwa hidup semuanya nak letak dalam buku biodata. Masa sekolah dulu, saling jugak bertukar-tukar bidoata dengan kawan. Katanya lepas habis sekolah nanti boleh dibuat kenangan.

But now, yeah buku ni memang dijadikan kenangan dengan kawan-kawan masa zaman sekolah. Sampai  kawan yang isi dalam buku biodata ni pun dah kawen!!. Ada yang dah kerja dan juga masih belajar macam Miela. Cepat sahaja masa berlalu. Rasa dah tua pulak, haha. Agak-agak hampa masih simpan buku macam ni?. Mungkin zaman sekarang susah nak jumpa buku biodata ni jual kat kedai.

0 Comments